Thursday, April 1, 2010

MEB : AnWAR AKAN MULA 'MEMBEDAL'

1. Model Ekonomi baru (MEB) telah diumumkan PM dua hari lepas. Lagi satu peluang AnWAR 'membalun' kerajaan. Sekurang-kurangnya isu APCO yang dibawa AnWAR boleh dibiarkan tergantung bagi mengelirukan minda masyarakat Malaysia. Ini memang kepakaran AnWAR, baling batu sembunyi tangan!

2. Penjelasan dituntut dari AnWAR, sebaliknya beliau bersilat dari menunjukkan bukti dan tiba-tiba menggesa satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi menangani isu tersebut. Ini taktik beliau mengalihkan isu pokok. Beliau tahu s/jaya tersebut hampir mustahil tetapi tetap menggesa. Ini satu lagi taktik beliau, "hit and run" (pukul dan lari).

3. Berbalik kepada isu MEB, AnWAR berasa amat terpukul dengan pengumuman ini. Manakan tidak, pengumuman ini bakal memacu pasaran ekonomi negara dengan lebih terbuka dengan janji tidak mengabaikan golongan melayu yang ketinggalan jauh di bidang ekonomi. Pastinya ia juga membuka pelaburan langsung dari luar!

4. Jika selama ini pengkhianatan AnWAR terhadap DEB ada kesannya, MEB adalah pelan jangka panjang yang bakal menarik kembali sokongan masyarakat Malaysia kepada kerajaan tanpa mengabaikan kaum yang ketinggalan dalam bidang ekonomi. Pelan atas kertas MEB diunjur begitu cantik meningkatkan ekonomi negara.

5. Sebagai seorang yang obses dengan pasaran ekonomi terbuka, AnWAR tidak boleh menentang dasar ini. Nanti guru AnWAR di bidang ekonomi, Adam Smith marah pula kepada beliau ...hahaha. Nyata AnWAR tidak boleh menjilat kembali 'ludahnya', menuduh kerajaan tidak mengamalkan dasar ekonomi terbuka (w/pun byk benda lain dah dijilatnya kembali).

6. Apa yang boleh dibuat AnWAR adalah menuduh kerajaan menciplak dasar mereka di pakatan pembangkang. Hj. Hadi kata pulak MEB adalah warisan dasar ekonomi Mahathir. Lim Kit Sial pula berkata PM tidak menghormati parlimen kerana tidak bentangkan MEB di Parlimen terlebih dahulu.

7. Buat AnWAR, MEB tidak menciplak dasar pakatan pembangkang! Agenda ekonomi pembangkang adalah agenda 'segera' yang punya motif politik, tidak berpijak di bumi nyata. Unjuran agenda ekonomi pembangkang boleh buatkan ekonomi negara dikawal kuasa luar kerana tiada pengawalan terhadap pegangan ekuiti selain memufliskan negara.

8. Buat Hj. Hadi, takkan AnWAR nak ikut model ekonomi Mahathir kot! Kan AnWAR kata semua dasar Mahathir itu tiada faedah. Buat Kit Sial, lu kena ingat, ini kelajaan sikalang ada majoliti w/pun talak cukup itu 2/3. Lu punya anak ada majoliti sana pineng, mau bikin apa talak masuk itu dewan, lu pigi bising sana dulu laaa.....

AnWAR mula menyatakan beliau cukup bimbang dengan pelaksanaan MEB nanti. Ia bakal menyusutkan sokongan kepada pembangkang apatah lagi dengan kes liwat sekarang. Kepada penyokong pakatan, tanya dan minta Saifudin Nasution dan Abdullah Sani ( PKR-Kuala Langat) bercakap jujur tentang kenyataan ini. Saifudin diminta merangka strategi untuk 'menyerang' MEB.

Apabila menerima info dari seorang teman lama PKR saya terus teringat ceramah Ustaz Ruslan Kassim yang kini AJK PERKASA dengan gaya muka yang cukup bersahaja..."Apa kerja pembangkang tuan-tuan...., membaaangg kaaaaannggggg je la kerja mereka, sampai terkangkang", disambut dengan hilai ketawa dari para hadirin...

Sekian.

2 comments:

CCZ said...

hehehe..itu yang lari ke luar negeri macam tak cukup kain tuh..

Anonymous said...

pandai ke si nuar tu merangka ekonomi? degree pun kelas tiga pastu xde kena mengena pong dgn biz or ekonomi. dh lah masa krisis ekonomi dulu smpai 3 kali dia revised budget, nasib baik Tun M datang selamatkan M'sia kalu tak dh lama tergadai dgn IMF. Otak dia mcm tin kosong, diketuk, ditendang dan disepak sure berbunyi.