Monday, March 29, 2010

AnWAR DAH LAMA PINGGIRKAN DR. ZAINAL.

1. W/pun agak terlambat, takziah buat keluarga Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, mantan MP Hulu Selangor PKR dan Timbalan Menteri Besar Selangor semasa UMNO/BN dahulu. Kemunculan beliau secara terbuka dalam PKR adalah semasa Kongres PKR di Ipoh Disember 2004. AnWAR membawa beliau setelah usaha memujuk mula berjaya.

2. Tidak banyak legasi yang Datuk Dr. Zainal tinggalkan semasa menjadi menjadi Timbalan Menteri Besar dan MP Hulu Selangor. Beliau terkenal sebagai seorang yang patuh dengan arahan ketua serta tidak banyak cakap. Karektor begini menyebabkan beliau 'ketinggalan' dalam politik serta menjadi batu loncatan kepada orang lain.

3. Keluarga Datuk Dr. Zainal tidak langsung menyokong penglibatan beliau di dalam PKR, namun menghormati keputusan yang telah dibuat oleh suami dan bapa mereka. AnWAR mengulas dalam blognya konon beliau rapat dengan Dr. Zainal. Bahasa yang digunakan cukup 'molek'. Begitulah AnWAR bermain bahasa!

4. Apakah usaha AnWAR memelihara persahabatan mereka selain dari 'pr' dan lakonan yang baik! Keluarga Dr. Zainal begitu tertekan dengan keputusan beliau menyertai PKR namun tidak pernah dipedulikan langsung oleh AnWAR. Semasa memujuk begitu banyak janji ditabur, setelah dapat, janji tidak ditunai!

5. Dr. Zainal juga amat kecewa dengan AnWAR selepas 2006. Di Selangor, Azmin tetap berkuasa. P/raya 2008, Dr. Zainal mahu bertanding di Hulu Langat namun Azmin menguis beliau ke Hulu Selangor (ketika itu PKR tidak dijangka menang). AnWAR tetap lepas tengkuk sendiri, konon banyak benda lain nak fikir.

6. Mujurlah Dr. Zainal menang di sana. Maka kuranglah rengekan tidak puashati terhadap AnWAR dan Azmin. Di Selangor, Azmin tetap mengenepikan Dr. Zainal dalam kepimpinan negeri. Dr. Zainal ialah calon alternatif sebagai MB Selangor jika bertanding DUN selain TS Khalid Ibrahim.

7. Dr. Zainal punya pengalaman luas dalam pentadbiran negeri Selangor sebagai Ecxo dan Timbalan Menteri Besar. Beliau juga punya hubungan baik dengan istana serta tiada isu-isu yang kontroversi. Punya hubungan baik dengan agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat. Perawakannya juga boleh diterima masyarakat umum.

8. Kerana itulah Azmin pinggirkan Dr. Zainal di Selangor dan 'menghumbannya' ke Hulu Selangor. AnWAR menyokong Azmin dengan tidak melayan langsung rungutan Dr. Zainal. Maka itu, tidak perlu mempercayai hipokrasi AnWAR yang 'bercakap' dan 'menulis' yang baik-baik tentang Dr. Zainal.

AnWAR memang 'hebat' dalam memujuk, lembut gigi dari lidah'. Semasa memujuk, sebelum dapat, macam-macam yang dijanjikan! Sudah dapat, beliau mengelak dan membiarkan orang yang dijanjikan terkontang-kanting sendirian biarpun sahabat sendiri! Banyak rahsia perangai AnWAR telah terbuka! Nilaikanlah sendiri manusia jenis apa jika depan cakap lain, belakang cakap lain. Lepas tu tu asyik yang belakang dan jalan belakang bagi memenuhi cita-cita sendiri...

1 comment:

Anonymous said...

cak cak cak ada aku kesah....sapa suruh masuk PKR dan jadi kuda tunggangan si aljuburi.pecaya sanga dengan lembut lidah bicara sipenyodom keparat tu.nak nyesal pun dah terlambat.. padan ngan muka..ishhh tak baik aku ni tau. orang dah meninggal..apa pun aku tetap sedekah
Al- fatihah