Wednesday, March 24, 2010

AnWAR & 'YB KALABAKAN'

1. Zahrain masih jadi tumpuan minggu ini. Isu yang didedahkannya kini melarat hingga keluar Parlimen. Beberapa siri laporan polis dibuat terhadapnya atas dakwaan berbohong. Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, boleh jadi Perdana menteri! Inilah sindiran AnWAR kepada Dr. Mahathir dulu yang kini berbalik kepada dirinya.

2. Hampir kesemua mereka yang dinamakan oleh Zahrain mengakui samada secara lansung atau tidak langsung mendapat jemputan untuk menjayakan kerajaan mimpi 16 September AnWAR. Cuma Datuk Ghafur Salleh sahaja yang beria-ia menafikan dan menyerang Zahrain. Saya bukan mahu membela Zahrain bukan juga menyokong Ghafur.

3. Apakah sandiwara yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Kalabakan ini? Sejak 90-an semasa menjadi Ketua Bahagian Tawau, beliau memang teramat rapat dengan AnWAR. Selepas AnWAR AnWAR dipecat dari kerajaan, Ghafur masih kekalkan hubungannya dengan AnWAR dan mencaci Dr. Mahathir (w/pun Ghafur tetap dalam UMNO).

4. Di zaman Pak Lah, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri, namun hanya menerimanya beberapa hari sahaja sebelum meletak jawatan konon tanda protes. Sebenarnya Ghafur hanya mendapatkan pencen sebagai Timbalan Menteri sahaja. Dalam masa yang sama beliau tetap rapat dengan AnWAR dan selalu berhubungan dengan Azmin!

5. Adalah lebih mulia Datuk Anifah Aman dan Tengku Azlan yang menolak tawaran jawatan Timbalan Menteri dengan penuh hormat dan berprinsip, dalam masa yang sama juga tegas menolak pelawaan AnWAR. Berlainan dengan Ghafur, belah kerajaan dia nak sapu duit pencen Timbalan Menteri, dengan AnWAR dia tetap nak beli insuran!

6. Semasa AnWAR Timbalan Presiden UMNO, Ghafur adalah 'panglima' AnWAR di Sabah. Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam sering makan hati kerana AnWAR banyak 'melabur' kepada Ghafur. Jika AnWAR berjaya mendaki jawatan nombor satu negara, maka Ghafur sah akan menjadi Ketua Menteri Sabah.

7. Mujurlah ianya tidak menjadi kenyataan. Namun cakap-cakap politik menyatakan tawaran AnWAR (melalui Azmin) kepada Ghafur masih kekal hingga sekarang. Jika kerajaan mimpi 16 Sept lalu menjadi kenyataan, Ghafur akan menjadi 'hero' yang konon menyelamatkan Sabah dari diskriminasi Kerajaan Pusat.

Kita tahu bila dan di mana Ghafur berjumpa AnWAR sebelum 16 September 2008. Nafikanlah di luar parlimen dan cabar pembuktian. Saya pasti ramai yang akan tampil dengan fakta dan bergambar tentang pertemuan Ghafur dengan AnWAR serta agennya. Ghafur boleh memilih untuk mengaku ada pertemuan tersebut namun menolak tawaran AnWAR dengan jelas. Ini tidak, beliau beria-ia menafikannya. Beliau juga menyerang karektor Zahrain (ini taktik AnWAR untuk membunuh lawan politik beliau).

Buat YB Ghafur Salleh, jika tiada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah. Jika tiada apa-apa, masakan YB tetap dipelawa si AnWAR bedebah...............

7 comments:

Anonymous said...

Bravo bro. Singkat dan padat...

Anonymous said...

THIS FUCKER GOOD FOR NOTHING, HIS INTENSION TO REMAIN IN BARISAN JUST TO ENJOY THE FULL BENEFITS AS BARISAN MP ,HIS HEAD AND TAIL DOES NOT HEADING TO THE SAME DESTINATION...SHOULD KICK HIM OFF LONG TIME AGO ,,,LOOK AND READ HOW HE LOOK ,,,YES ALL GIFTED BUT THE SIGN YOU YOURSELF CREATED .

Anonymous said...

burung tempua bersarang rendah..
abg dah pandai main pantunlah...

HEHHEHE..

-incik telagi mandiri-

x-pkr said...

anon-anon,,,

1. thanks bro...

2. agree with u...

3. dari gemas nak ke gemencheh, terimakasih lah....

hehehe

Pak Tam said...

Kalau begitu tak hairanlah kenapa MP Kalabakan begitu melenting sangat bila dikaitkan dgn Anwar.

Anonymous said...

Burung tempua bersarang rendah
saya tengok anwar menyampah hehe

-yong

Anonymous said...

bro.....
dari gemas nak ke gemencheh
den orang moncheh...
he he he

-anti jubur-