Monday, July 5, 2010

AnWAR DI BELAKANG ZAID-RPK

Zaid dan RPK ketika pertemuan di London

1. Dua figura PKR yang hangat dikaitkan dengan AnWAR sekarang adalah Zaid Ibrahim dan Raja 'spin' RPK. Zaid tidak menafikan pertemuannya dengan RPK ketika kunjungannya ke London tempohari. Beliau gunakan aspek perundangan bagi menghalalkan pertemuan tersebut. Sama seperti AnWAR, Zaid cuba menepis kaitannya dengan kerja-kerja khianat RPK.

2. Yang menariknya, sejurus selepas perkara ini 'meletup', RPK mengeluarkan gambarnya dengan Zaid (spt. di atas) di laman blog beliau. Tulisan RPK juga menyatakan tiada salahnya pertemuan itu. Namun selang beberapa ketika, gambar beliau dengan Zaid telah ditarik balik dari siaran di blog. Ada yang katakan ianya disiar selama 5-6 jam sahaja.

3. YAng menjadi tandatanya, mengapa ianya ditarik balik dari siaran RPK setelah beliau dengan 'angkuh' mempamerkannya. Sumber dalaman menyatakan RPK menyiarkan gambar tersebut sebagai 'ugutan' kepada pimpinan PKR agar kemahuannya dipenuhi. Mengenali RPK, dakwaan ini ada benarnya kerana RPK ini sudah biasa 'makan besar'.

4. RPK ini akan patuh selagi beliau mendapat imbuhan yang secukupnya. Kehidupan mewah beliau di London di saat anak beliau merempat di tanahair setelah dijamin membuktikan segalanya. Manakan seorang yang muflis dapat hidup begitu mewah dan sering bersiar-siar di Eropah bagi 'mendapat ilham' menulis memburukkan negara sendiri!

5. RPK pernah menunjukkan keangkuhan mencabar pihak berkuasa menangkapnya dan menyiarkan gambar beliau di hadapan bangunan Scotland Yard. Kali ini beliau dengan angkuh pula mempamerkan gambarnya bersama Zaid Ibrahim di Hotel penginapan Zaid semasa kunjungan ke London. Khabarnya AnWAR kelam kabut pada hari gambar tersebut disiarkan.

6. W/pun tiada apa-apa bukti yang boleh dikaitkan dengan gambar ini, RPK telah melanggar prinsip AnWAR iaitu bukti jangan datang dari pihak yang dituduh! Jangan sesekali mengaku apa yang dituduh kerana dengan mengaku, anda telah kehilangan sebahagian dari penyokong. Jika tidak mengaku, anda masih punya penyokong untuk diharapkan.....

7. Tindakan RPK mempamerkan gambar tersebut jelas menunjukkan pertemuan Zaid-RPK memang berlaku. Ini yang tidak dimahukan AnWAR. Jika tiada gambar, AnWAR masih boleh katakan ianya super-impose, atau jika ianya dari pihak lain, AnWAR boleh katakan ianya adalah perancangan jahat UMNO mahu mengaitkannya dengan RPK!

8. Sekarang gambar ini datangnya dari RPK sendiri. AnWAR tergamam! RPK pula masakan bodoh sengaja mahu mempamerkan gambar tersebut buat tatapan umum. Jika RPK pernah secara 'halus' mengugut kerajaan agar patuh kepada kemahuannya, kini beliau 'mengugut' AnWAR dengan mempamerkan gambar Zaid-RPK. AnWAR terpaksa akur!

9. Ini kerana AnWAR tidak punya pilihan. Beliau tahu RPK boleh menukar kesetiannya pada bila-bila masa. Maka itu AnWAR perlu memenuhi kemahuan RPK untuk menutup mulutnya. Mungkin setelah kemahuannya dipenuhi, maka RPK menarik balik gambar tersebut dari blognya, namun ada sahabat memberikan gambar tersebut buat tatapan semua.......

Sekian.

3 comments:

june said...

hmmmmmmm....interesting...

WaAmpuSanaWaAmpuSini said...

sebenarnya, apa yg dihebohkan selama ini terbukti benarnya....sebab itulah zaid ibrahim ditawarkan kerusi pada pilihanraya kecil hari tu....sebabnya mudah saja....nak balas budi zaid berahim kerana banyak membantu raja petra dan PKR amnya....anwar oh anwar....satu persatu bukti dijelmakan oleh Allah SWT....pandai2 lah kita menafsirkan jalan ceritanya....klimaks kesudahan jln ceerita nie sudah boleh dihidu dah....

WakJ Zoner said...

Salam..

CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG..
Akhirnya kebenaran akan muncul jua..