Wednesday, July 7, 2010

AnWAR MENGAMUK LAGI....

1. Satu demi satu pekungnya terbuka. Isu yang terus hangat ialah penajaan RPK dan PI Bala di London. AnWAR sudah tidak mampu menyatakan ianya tiada kaitan dengan PKR. Gambar-gambar telah dikeluarkan oleh mereka yang bersekutu dengan AnWAR. Terbukti mereka punya kaitan kerana bertemu di luar negara!

2. Semalam di parlimen khabarnya AnWAR mengamuk lagi. Diasak dengan pelbagai solan berkaitan penajaan RPK dan Bala, AnWAR cuba mengalihkan isu dengan meyerang kredibiliti mereka yang bertanya dan mengeluarkan kenyataan. Sebelum ini beliau mengamuk apabila RPK mengeluarkan 'gambar lama' beliau dan Zaid Ibrahim di London.

3. AnWAR terus-terusan cuba mengalihkan isu dengan fitnah jahat bahawa sesiapa juga yang bertanya atau menyerangnya, mereka ini dibayar pihak tertentu. Sebelum ini, wartawan Utusan, Berita Harian, TV3, Agendadaily termasuk Malaysiakini juga diherdik AnWAR jika soalan-soalan yang diajukan tidak berpihak kepadanya.

4. Nyata beliau kini bankrup idea bagi menepis soalan cepumas yang diajukan kepadanya. Kononnya AnWAR pejuang kebebasan media. Beliau mendakwa konsisiten dengan pegangan ini, walhal beliau sebenarnya hipokrit. Soalan yang menjurus serangan terhadap kerajaan dilayan sepenuh hati, sebaliknya cuba mengelak dan marah-marah jika terkena dirinya!

5. Saya percaya masih ada manusia berjiwa luhur kini. Bukan semuanya atas dasar wang. Wartawan yang mengajukan soalan hanya komited pada kerjaya mereka mencari kebenaran dan keadilan. Pertanyaan mereka untuk meminta penjelasan, malangnya mereka diserang dan diherdik AnWAR. Penyokong AnWAR turut mencemuh mereka.

6. Begitu juga mereka yang membuat pendedahan membuka pekung AnWAR selama ini. Saya percaya Zul Nordin, Zahrain, Wee Choo Keong dan beberapa nama lagi tidak menjadikan imbuhan wang ringgit sebagai matlamat mereka. Mereka yang mendedahkan perilaku AnWAR sebenarnya hanya mahu yang lain tidak tertipu dengan AnWAR.

7. 'Body language' AnWAR ketika berhadapan dengan soalan atau pendedahan mengenai dirinya mudah dibaca. Beliau amat-amat tidak selesa. Marah-marah, pusing cakap antara taktiknya menghentikan soalan atau serangan terhadapnya. Tips ini diceritakan seorang teman yang bersama AnWAR dari 1981 hingga kini (bukan pegawai).

8. Teman-teman dari kalangan PKR juga mengesahkan perkara ini. AnWAR bukan saja bersikap seperti dengan mereka yang di luar PKR, malahan dengan penyokong sendiri juga AnWAR marah-marah jika pendapat yang diutarakan bertentangan dengan dengannya. Wan Azizah juga diherdik AnWAR! Hanya Azmin saja yang dilaporkan tidak kelihatan diherdik AnWAR...

9. Inilah gambaran manusia yang melabelkan dirinya konon pejuang kebebasan. Asal saja berkaitan dirinya, semuanya fitnah (kononnya la...). Pernah seorang sahabat AnWAR yang kini pengerusi bank terbesar di Malaysia menyatakan beliau prejudis pabila AnWAR menyebut beliau difitnah, sedangkan AnWAR langsung tidak teragak-agak memfitnah orang lain di pentas ceramah beliau.......

Sekian.

p/s: saya menerima emel berkaitan seorang tokoh koporat besar negara yang kecenderungan politiknya dimanipulasi AnWAR! Maklumat lanjut sedang disahkan dan akan disiarkan sedikit masa lagi.

5 comments:

Anonymous said...

Anuwar meroyan sebab tak dapat bekalan stor kunyit nya yang muda muda lagi jambu tu, kalau dah dapat tentu jawab soalan wartawan dengan tersenyum sambil makan karipap dan selepas menjawab bertanya pula kepada wartawan " Are you OK". Itu lah nasib seorang bekas banduan yang terlalu tinggi cita cita sehingga sanggup mengadaikan apa sahaja untuk berkuasa akan tetapi terima lah sahaja takdir yang datang dengan nya dari ALLAH SWT yang satu dan bukan nya dua atau tiga.

Sekian wasallam

hanizam said...

teruskan bro...aku tunggu laporan seterusnya...

mat said...

silap aribulan jadi incredible hulk si anwar tuh!...you don't like me if i'm angry...:)

Anonymous said...

Salam Perjuangan,

Mohon tuan link kan blog ini ke blog saya di:

http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

Ayuh, kita sama-sama membuka kesundalan si musuh no. 1 negara ini.

Terima kasih.

x-pkr said...

Anon,,,

haha...amat berbudi bahasa tu...

hanizam,,,

insyaAllah, ambol skikit masa utk verify bbrp fakta.

mat,,,

AnWAR skg dah terkenal krn mata yg terbeliak apabila diaju soalan cepumas...

KAlam...

insyaAllah, selamat berjuang!