Friday, August 20, 2010

HELAH TERBARU AnWAR.

1. Samdol si Shamsul Iskandar telah membuat aduan qazaf terhadap Ezam berkaitan tulisan Ezam dalam laman twiiternya. Sepatutnya si samdol itu terus memfailkan pertuduhan berdasarkan dokumen yang telah beliau kemukakan. Ini bagi membolehkan prosiding mahkamah dimulakan segera membicarakan perkara ini. Amat menarik untuk melihat AnWAR dan Azizah di mahkamah syariah pula!
2. Sebenarnya aduan si samdol ini hanya merupakan helah politik, juga satu tindakan serius mempermainkan kesucian mahkamah syariah. Si samdol itu tahu bahawa dengan 'bukti' di laman twitter Ezam, tindakan qazaf terhadap Ezam tidak dapat dibuat. AnWAR dan Azizah juga tahu dan mereka sebenarnya pun tidak mahu memulakan tindakan qazaf terhadap Ezam. Apa yang dilakukan kini hanya tindakan 'control damage'.
3. Sesuatu perlu dilakukan agar AnWAR dan Azizah nampak serius dalam tindakan mereka. Kambing hitam yang dungu perlu segera dicari. Makanya samdol Shamsul Iskandar terpilih! AnWAR berpesan hanya pergi mengadu, jangan failkan kes. Makanya beban untuk menyabitkan Ezam agar boleh didakwa kini dibebankan kepada mahkamah syariah. Sepatutnya AnWAR dan Azizah bekerjasama dengan mahkamah syariah mendakwa Ezam!
4. Apabila diadu, mahkamah syariah Wilayah Persekutuan serba tak kena. Tidak mahu diterima aduan samdol itu, takut nanti dikata lembab. Bila diterima aduan dan jalankan siasatan dengan 'bukti' yang dibekal samdol itu, awal-awal lagi dah tahu tiada alasan kukuh mahu menyabitkan Ezam dengan qazaf. Bila dikata tiada kes nanti, maka jadilah AnWAR seperti ayam jantan yang berkokok kuat tapi ekor bergelumang taik......
5. Inilah perangkap AnWAR sebenarnya yang mahu menimbulkan persepsi mahkamah syariah juga dikawal oleh kerajaan serta tidak adil dan bebas! Peguam Syar'ie yang lebih berpengalaman dalam PKR seperti Kamar Ainiah pun tidak mahu melakukan aduan ini kerana ia akan kelihatan amat bodoh. Samdol ini sanggup memikul tugas. Tidak diketahui adakah kerana beliau tidak tahu atau demi menambat hati AnWAR yang sering melabelkan beliau 'ketot'.
6. Kita amat berharap mahkamah syariah akan menyiasat dengan terperinci aduan si samdol ketot itu. w/pun di kalangan pengamal perundangan syar'ie tahu 'bukti' yang dikemukakan itu tidak kemana, hendaknya selepas itu nanti ada tindakan mahkamah syariah yang memfailkan saman terhadap pengadu yang tidak serius serta memainkan institusi mahkamah syariah negara ini w/pun pasti akan dikritik hebat pimpinan pembangkang nanti. Namun integriti dan kredibiliti institusi Mahkamah Syariah harus terus dipelihara dan jangan dibiarkan sesiapapun mempermainkannya demi kepentingan politik sendiri......
Salam Hormat.

3 comments:

Anonymous said...

Si ketot ni memang otaknya kurang. Agaknya memang orang ketot ini macam ni.

Anonymous said...

Sepatutnya dia kena memfailkan qazaf untuk Anwar yang menuduh Saiful ada hubungan sulit

orang johor said...

walaupun laoyar tapi otak pun blh dikatakan bebal jgk sbb mengikut kata tuan nya membabi buta! nak tunjuk hero lah konon! poodah...ari tu terkencing dlm seluar bila sergah!winglyx