Wednesday, August 25, 2010

KENALI SEBAHAGIAN SAHABAT AnWAR DI INDONESIA.

gambar sekadar hiasan


1. Prabowo Subianto - Let-Jen bersara, menantu Soeharto yang tewas dalam dalam pemilihan Naib Presiden Indonesia yang lepas. Punya cita-cita besar dan sehingga kini masih aktif mengejaar cita-citanya. Amat rapat dengan AnWAR semenjak dari mengetuai KOPASSUS (komando elit Indonesia) serta seorang yang amat kaya hasil 'tempias' Soeharto ketika menjadi Presiden.

Mendapat pendidikan ketenteraan di Port Benning AS serta amat terlatih untuk mensabotaj musuh. Juga punya rekod menyerbu kediaman bekas Presiden Habibie dan mempersoalkan tindakan Habibie yang tidak memilihnya sebagai Panglima Tentera Indonesia yang mungkin membolehkan beliau menjadi Presiden melalui kuasa tentera.

Amat agresif serta seorang yang bercita-cita tinggi di Indonesia. Juga punya hubungan baik dengan Barat w/pun dicap sebagai sorang yang tidak mempunyai rekod hak asasi yang baik semasa mengetuai KOPASSUS 'menghilangkan' ramai penyokong pembangkang di jalanan. Kini dipercayai menggunakan jalanan sebagai langkah untuk berkuasa.

2. Amien Rais - bekas ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia. Tokoh pembangkang yang radikal dizaman Soeharto serta 'power broker' menjatuhkan Habibie dan Gus Dur. Rapat dengan AnWAR sejak tahun 60-an lagi. w/pun sudah 'pencen' namun masih mahu menjadi 'power broker' dalam politik mutakhir Indonesia.

Amien cukup obses dengan demo jalanan ini. Konon baginya itulah lambang demokrasi sebenar, walhal ianya diguna untuk kepentingan diri sendiri. Pernah mencetuskaan kontroversi apabila secara terbuka melawat AS dan memohon sokongan semasa menjadi calon presiden Indonesia. Kini mengajar secara separuh masa di Universiti Indonesia.

'Tidak setuju' dengan Malaysia hanya kerana AnWAR dibawa ke mahkamah untuk tuduhan liwat. Amien merupakan idola mahasiswa Indonesia yang sentiasa mahu suara mereka didengar w/pun ketika menjadi Ketua MPR, belang Amien terbongkar beliau hanya mahu melepaskan diri dan keluarganya sahaja.

3. Taufik Ismail - seorang pujangga dan penyair tersohor di Indonesia. Selain Rendra, Taufik juga terkenal dengan sajaknya yang sentiasa 'anti establisment' seolah-olah pelajar, petani dan masyarakat kelas ketiga sentiasa ditindas. Sajak Taufik yang menceritakan ketakutan pelbagai tingkat masyarakat sering dibacaa AnWAR dalam pidatonya.

Namun Taufik tetap hipokrit dalam setiap syair yang ditulisnya. Bagaimana orang yang terlalu mempersendakan mereka yang punya mobil besar, boleh memiliki banyak mobil besar dirumahnya. Taufik juga idola bagi mereka yang 'anti establishment' di sana, namun berkawan dengan elitis di Indonesia serta memperolehi manfaat darinya.

Sering menulis sajak/syair khusus buat AnWAR dalam kebanyakan lawatan AnWAR ke Indonesia. Karya Taufik juga banyak mempersenda dan mempertikai Malaysia. Lagak ini tidak ubah seperti penyair di zaman Jahiliah yang berkarya memuji pemimpin qabilah mereka sedangkan mereka tahu betapa kotornya kehidupan pemimpin mereka.

Ini hanya sebahagian dari 'circle' AnWAR di Indonesia. Boleh dinilai kebanyakan mereka adalah golongan 'anti-establisment' atau hipokrit yang sentiasa menyatakan tiada langsung kebaikan dilakukan orang kepada mereka. Golongan ini suka akan ketidakstabilan situasi dimana keadaan ini akan dieksploit demi kepentingan mereka sahaja.....

InsyaAllah akan ada lagi nanti.........

Salam Hormat.

6 comments:

Anonymous said...

Minta Kerajaan Malaysia PNG mereka.

Salam

alis said...

paham dan al maklum .dahsayt juga kawan kita!!!!

Anonymous said...

Guna APMM, sekat pendatang haram Indonesia di Selat Melaka dan perairan selatan. Mereka dari Indonesia yang datang mencari makan di Malaysia, gunakan peraturan seketat-ketatnya. Tidak ikut peraturan, tangkap dan hantar balik. Jangan ada belas kasihan. Mereka tidak mengenang budi.

Rakyat Malysia juga perlu pekerjaan. Tapi, pekerjaan habis di jilat mereka yang datang samada yang ikut peraturan atau yang datang secara haram.

Mereka datang banyak mendatangkan penyakit sosial dinegara ini. Mereka jahat disana juga jahat disini. Bekerja 'membujur lalu melintang patah'.

Perbesarkan dan fungsikan RELA sebagai angkatan yang benar2 ada kuasa nak membersihkan gerombolan mereka yang datang bukan setakat mencari makan, tapi mencetuskan huruhara. Kebergantayangan mereka dinegara kita, hanya memberi faedah kapada gulungan kaya, yang menjadi kontraktur-kontraktu. Sebaliknya tiada langsung memberi faedah kapada rakyat miskin. Kerana mereka yang memonopili kerja disemua bidang, rakyat negara kita yang miskin merempat mencari makan sesuap pagi dan sesuap petang.

Mereka telah membawa pulang harta rakyat Malaysia seumpama rakyat kita dizaman penjajah yang mana penjajah ini membawa balik harta kita dan perkayakan rakyat mereka dibumi mereka.

Ini hanya akan berlaku, jika Kerajaan kita tegah dan tidak lembik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kapada mereka.

Wassalam......

b1m said...

macam biasa.... nanti aljuburi pergi settle, dan janjikan keadilan apabila dia dok putrajaya nanti.

karok said...

Benar, itulah yang sebetulnya.Pokok pangkalnya Anwarlah hantunya disini. Pengkhianat !. Patut disula sahaja.

d said...

Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS atas pengendalian blog anda yang semeamangnya mempengaruhi masyarakat terutamanya pengundi2 baru..

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai pengendalian artikel yg mantap..

Kami tlh linkkan blog anda di dalam senarai blog pilihan kami..

Kami memohon jasa baik pihak anda agar dapat linkkan blog kamI di dalam senarai blog anda.

SEKIAN, SALAM KASIH DARI,

Melayu CinDia
Wakil Blogger2 GELOMBANG RAKYAT.