Monday, September 27, 2010

AnWAR PENGAMAL RASUAH TEGAR!

1. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Itulah bidalan paling tepat terhadap apa yang berlaku dalam pemilihan PKR sekarang. Jika dulu menuduh UMNO/BN mengamalkan kronisme dan nepotisme, kini PKR lebih dahsyat! 3 sekeluarga bakal mengisi jawatan tertinggi PKR.

2. Jika dulu mengatakan pemilihan UMNO/BN tidak telus serta SPR memihak kepada kerajaan, kini pemilihan PKR 'teramat' telus. Insiden baling kerusi, tendang meja, koyak kertas undi, nama calon ketua cabang hilang mewarnai pemilihan PKR. Badan bebas yang dilantik memantau pemilihan PKR 'amat adil dan telus' dengan berpihak kepada AnWAR dan Azmin.

3. Jika dulu AnWAR menyatakan pemilihan UMNO bergelumang dengan politik wang, kini perkara sama berlaku dalam pemilihan PKR. AnWAR dilaporkan telah memanggil ketua-ketua cabang tertentu di Pulau Pinang selepas jamuan rumah terbuka beliau di sana. AnWAR dilaporkan mengagihkankan sejumlah nilai wang tunai.

4. Konon atas nama perjuangan, wang diberi kepada ketua-ketua cabang tertentu bagi mengadakan Majlis Rumah terbuka cabang-cabang PKR dan menjemput Azmin atau wakil khas sebagai tetamu kehormat. Memang AnWAR sangat berkesan sebagai Pengurus kempen bagi Azmin yang sangat disayanginya.

5. Perlu diingat, ketua-ketua cabang yang langsung tidak menunjukkan minat terhadap Azmin akan di ketepikan dan wang diagihkan kepada pesaing mereka. Contoh terbaik ialah bagaimana Mustafa Kamil Ayub tersungkur di cabang sendiri kepada orang Azmin yang telah umumkan 'bersara' dari PKR.

6. Kesimpulannya, AnWAR memang pengamal rasuah tegar dulu dan kini. Jika dulu memperkenal dan menyemarakkan politik wang dalam UMNO dan kerajaan, kini AnWAR terus mengamalkannya dalam PKR, malahan telah memperkenalkan budaya ini dalam PAS! AnWAR tidak peduli kerana bagi beliau, matlamat menghalalkan cara, dan yang lebih penting lagi ialah cita-citanya tercapai biar apapun cara yang akan digunakan.........

Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

AI sememangnya pernah terlibat dengan isu rasuah sebelum ini. Semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan semasa zaman Tun M, banyak tender dan projek Kerajaan diberikan kepada kawan-kawannya dan kroni-kroninya. Disebabkan perbuatannya yang agak melampaui batas memaksa Tun M membuang anak buah kesayangannya itu dari Kabinet. Jadi kalau kegiatan rasuah terbawa-bawa dalam Pkr ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Hanya ahli Pkr di peringkat bawahan sahaja yang tertipu dengan AI ini. Kesian kepada ahli Pkr yang begitu mentaati dan mempercayai AI.

Anonymous said...

salam,

kenapa masih ramai rakyat malaysia masih tidak mempunyai mata dan telinga dan otak yang dikurniakan oleh Allah s.w.t?

-art-

x-pkr said...

AI cukup sinonim dgn wang! menerima dan memberi....itulah yg berlaku dlm pemilihan PKR skg. Agen calon yg bertanding pun bersepah kat Quality Inn Shah Alam tu....