Tuesday, February 1, 2011

AnWAR TERUS MERANGKA STRATEGI

1. Tahniah buat semua jentera BN di Tenang. Kemenangan dengan majoriti 3707 adalah jumlah yang baik. Pertambahan undi Melayu dan India juga menunjukkan tanda positif. Indikasi kemenangan BN di 2 peti undi mjoriti Cina menunjukkan ada perubahan dari pengundi Cina yang dikatakan cenderung kepada pembangkang.

2. Namun AWAS! Jentera BN usah leka dengan kemenangan ini. Jumlah undi 2992 yang diperolehi PAS, separuhnya disumbang oleh pengundi Cina. Suka kita mengingatkan semasa PRK Ijok April 2007, TS Khalid Ibrahim tewas ketika itu dengan majoriti 1850, namun memenangi kembali kerusi tersebut pada PRU Mac 2008 dengan cukup selesa!

3. Ketika PRU Ijok 2007, tidak ada impak besar jika PKR menang kerusi tersebut. Pemerintahan negeri tetap tidak berubah. Dalam masa kurang setahun 'mereka' merangka strategi dan menumbangkan kerajaan BN Selangor pada Mac 2008. Kini dengan mood PRU 13 semakin panas, tidak mustahil startegi sama bakal berlaku.

4. 'Mereka' mengumpan BN dengan kemenangan selesa di Tenang, dan mungkin juga di Merlimau nanti. Dalam pada itu, sasaran utama 'mereka' adalah PRU 13 nanti. 'Mereka' sedar selepas PRU 12 dahulu, BN bekerja kuat untuk untuk mengembalikan sokongan rakyat dan usaha itu kini mula menampakkan hasil.

5. 'Mereka' tidak suka senario ini, maka dilalaikan BN dengan kemenangan berterusan dalam PRK. Fokus taktikal mereka adalah menumbangkan BN dalam PRU 13. BN jangan sesekali leka dengan kemenangan berterusan ini, sebaliknya kemenangan ini harus dijadikan penyuntik semangat mempertahankan kuasa nanti.

Sementara kita mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jentera BN di Tenang, kita juga menyeru jentera BN siap-siaga untuk merampas kembali apa yang telah kita hilang dalam PRU 12 lalu. Ingatlah! Pelanduk sering melupakan jerat tapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk!

Sekian...

3 comments:

zizie said...

Bermaksud BN kurang dapat sambutan dari Kaum cina la ni.mcm mne bn nk menarik perhatian kaum cina.sedangkan mereka sendiri sokong PAs.

UMNO PARTI PENJARA said...

generasi muda dan generasi baru perlu merangka strategi..











Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Anonymous said...

bro, saya suka betul part pelanduk tu. dlm maksud nya. kalau tak faham si BN ni tak tahu nak ckp apa lah.