Thursday, January 27, 2011

KUAN YEW BANTU PAS DI TENANG? AnWAR SENYUM!

1. Mungkin dirancang atau secara kebetulan, tiba-tiba meletup isu Menteri Mentor kepada PAS dan DAP? menggalakkan umat islam melonggarkan amalan mereka demi perpaduan di Singapura. Sesuai dengan proses demokrasi di Tenang, kita tidak dapat mengelak membicarakannya. Ikhlas atau tidak respon harus segera diberi.

2. Tentunya reaksi kita akan menentang kenyataan biadab Lee Kuan Yew itu. PAS melalui Nik Aziz menyokong kenyataan Menteri Mentor PAS dan DAP itu. Ikhlaskah beliau berbuat begitu atau semata-mata DEMI UNDI? DAP seperti biasa akan diam membisu dalam isu membabitkan Lee Kuan Yew, namun penyokong nombor wahid LKY.

3. Dalam diam, DAP membangkitkan kemarahan kaum Cina kerana orang Islam Malaysia telah menghina Lee Kuan Yew. Kenyataan Nik Aziz diguna sebagai senjata memujuk kaum Cina mengekalkan undi mereka kepada PAS. Ingat! BN kalah di 4 peti undi bandar yang diwakili kaum Cina di Tenang pada 2008, manakala menang 8 di kawasan luarbandar melayu.

4. Tidakkah ini mengiyakan dakwaan wujud kerjasama langsung PAP di Singapura dan DAP di MAlaysia, manakala PAS pula hanya dipermainkan dalam gabungan dengan taktik halus dan 'berseni' DAP itu. Maka benarlah juga dakwaan bahawa mengundi PAS itu adalah mengundi DAP. Manakala PKR berperanan sebagai orang tengah dalam hubungan PAS-DAP ini.

5. Sudah terang lagi bersuluh! Masyarakat harus bijak menilai, slogan 'Membangun Bersama Islam PAS' kini hanya terletak di tayar-tayar buruk yang dicat hijau putih serta diletakkan di tepi-tepi jalan sahaja. PAS kini semakin teruja dengan 'umpan' kuasa yang dijanjikan oleh AnWAR dan DAP dalam gabungan mereka.

6. Ternyata di sebalik dakwaan angkuh Kuan Yew itu, beliau akan menggunakan apa sahaja ruang untuk memperlekehkan melayu-islam di Malaysia. Bagi mengukuhkan cita-citanya, beliau menggunakan sekutunya di negara ini. Taktik mereka secara halus menggunakan orang melayu-islam sendiri bagi mengelirukan masyarakat melayu-islam yang akhirnya menjuruskan perpecahan di kalangan umat Islam negara ini, dan akhirnya, siapa yang untung dari perpecahan ini.....

Sekian