Wednesday, January 26, 2011

AnWAR MEMANG 'KUKU BESI' DLM PKR

Dr. Muhd. Nur Manuty dlm kenyataan menyokong perkataan Allah diguna oleh agama-agama lain.


1. Mustafa Kamil Ayub telah diberi surat tunjuk dalam usaha PKR untuk menyingkirkan beliau. Mustafa bukan pemimpin biasa dalam PKR. Beliau pernah jadi Timbalan AMK dan Naib Presiden. Rekod kepatuhannya dalam PKR juga bersih. Cuma dosanya dalam PKR bermula apabila beliau mahu bertanding Timbalan Presiden.

2. Sejak itu Mustafa ibarat sampah dalam PKR. Beberapa kerat pemimpin PKR yang ditemui Mustafa hanya berlakon menyokong beliau termasuklah AnWAR dan Azizah. Yang lain hanya mampu bersimpati dan memohon nyawa politik dari Azmin agar tidak menjadi seperti Mustafa. Azmin kini melunaskan dendamnya terhadap Mustafa.

3. Melalui AnWAR, Dr. Muhammad Nur Manuty digunakan bagi menyingkirkan Mustafa. Di Perak, Mustafa menang bagi jawatan Ketua Perhubungan PKR Perak melalui proses demokrasi. Akan tetapi AnWAR dan PKR menafikan kemenangan Mustafa dengan melantik Dr. Muhammad Nur Manuty sebagai ketua di Perak.

4. Dalam PKR, suara ahli boleh diketepikan begitu saja jika Presiden tidak berkenan siapa yang menang. Dalam kes di Perak, Mustafa telah menang mengalahkan Dr. Muhammad Nur Manutydalam perebutan jawatan Ketua di Perak. MAKNANYA ahli PKR mahukan Mustafa sebagai ketua di Perak!

5. Perlembagaan PKR dipinda bagi kepentingan AnWAR. Asalnya jawatan ketua negeri perlu dipilih secara pengundian (mcm DAP). Akan tetapi AnWAR pinda (tentunya dgn sokongan sekutu dan pengampu) dan memasukkan klausa Presiden juga boleh melantik ketua negeri w/pun setelah berlaku proses pengundian!

6. AnWAR mengawal Presiden PKR. Apabila pengumuman dibuat, AnWAR lepas tangan konon itu keputusan Presiden walhal beliau yang mengarahkan Presiden menggunakan kuasanya. Benar telahan rakan-rakan bekas PKR yang katakan Presiden PKR adalah tunggu kayu mati yang senang dipatah dan dipijak oleh tuannya.

7. Ini juga jawabannya mengapa AnWAR tidak mahu orang lain mencabar jawatan Presiden dalam PKR. Azizah dia cucuk hidung, Azmin dia berkongsi segalanya, Izzah anaknya pasti akan menurut perintah! Beliau tetap kekal sebagai tangan hitam yang memegang 'remote control'. Konon PKR pengamal demokrasi tulin.....pooraaah !!!!

No comments: