Thursday, January 20, 2011

JGN SANGKA AIR 'TENANG' TIADA AnWAR.

1. Tenang sudah memasuki fasa terakhir sebelum memasuki zon 'perang' secara rasmi Sabtu ini. AnWAR masih terkedu bila cubaan campurtangan beliau dalam PAS ditolak mentah-mentah. Bukan apa, AnWAR telah berjanji dengan bakal calon PAS yang ditolak kepimpinan parti sendiri bahawa beliau punya kuasa untuk memnentukan calon.

2. Memang AnWAR suka meletakkan dirinya konon tinggi dari orang lain sehingga boleh 'overule' keputusan yang boleh dibuat oleh Presiden parti lain dalam pakatan mereka. Puas juga AnWAR mengelak apabila pemimpin PAS ini mahu mendapatkan penjelasan dari AnWAR. Pelik juga apabila ahli PAS cuba melobi orang luar PAS mahu menjadi calon PAS.

3. Namun AWAS ! W/pun diberitakan AnWAR dan PKR dilarang secara halus oleh PAS ke Tenang, idea, pemikiran serta gagasan AnWAR akan tetap berada di Tenang. personaliti PAS seperti Khalid Samad (org Johor), Mahfuz Omar dan beberapa yang lain akan hadir membawa aspirasi AnWAR, tanpa perlu AnWAR sendiri hadir ke Tenang.

4. Apapun tujuan PAS yang tidak mahu kehadiran AnWAR di Tenang, BN/UMNO jangan mengambil ringan da'yah ini. Pastinya gambar AnWAR akan tetap ada di Tenang, VCD ucapan AnWAR akan diedarkan dan 'modal' AnWAR untuk menarik simpati yang PAS pasti akan gunakan, Wan Azizah pasti akan datang bersama Nurul Izzah.

5. Oleh itu, jentera BN/UMNO harus terus bekerja macam biasa, berusaha secara ofensif menjawab tuduhan-tuduhan pembangkang namun dalam masa yang sama bekerja secara bijak dan berhemah menawan hati pengundi di Tenang. Seorang blogger telah mewujudkan laman khas http://tenangprk.blogspot.com utk maklumat terkini tentang Tenang. Sama-sama kita menyokong laman ini untuk kesejahteraan Tenang di masa hadapan.

No comments: