Friday, November 20, 2009

ANUAR LWN AnWAR

1. x-pkr mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua sahabat-sahabat maya yang bekerja tanpa kenal erti letih bagi menegakkan kebenaran. GAP, RBF, AIDC, Medan Info, House PK, PB, PP Cyber, 1Malaysia dan byk lagi telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kita tahu AnWAR bukan kecik anak untuk dilawan, tapi semua sahabat-sahabat ini telah membuktikan bahawa AnWAR tidak mustahil untuk kita lawan!

2. Selepas Vigneswaran tampil membuat pendedahan, AnWAR dan Azmin menafikannya. Namun muncul pula Anuar Shaari dengan laporan polisnya yang menghangatkan keadaan. Beliau mendakwa bersamanya adalah dokumen-dokumen 'original'. Anuar Shaari semasa dalam PKR dulu pun tidak banyak cakap, 'very low profile' mengikut loghat sahabat AnWAR di dunia barat. Difahamkan semasa bekerja dengan AnWAR pun sikapnya begitu.

3. Dalam diam-diam, rupanya Anuar Shaari ni boleh tahan orangnya. Namun Anuar Shaari mestilah dedah habis-habis! Jangan simpan je. Mungkin saja Anuar Shaari tak tahan dengan sikap hipokrit AnWAR/Azmin yang menafikan pemilikan saham-saham. Barulah beliau tampil dengan membawa bukti-bukti itu kepada polis. Nasihat buat Anuar Shaari, jika ada, keluarkanlah lagi. Jangan dibuai nostalgia semasa kerja dengan AnWAR dulu!

4. Apa pun kita ucapkan terima kasih dan tahniah atas keberanian beliau. Kebanyakan pemimpin PKR sendiri terkejut Anuar Shaari seberani ini memandangkan beliau kurang dikenali di kalangan PKR sendiri. Kita harapkan Anuar Shaari akan lebih 'keras' menentang AnWAR dan Azmin selepas ini. Jangan lupa Dr. Wan Azizah juga kerana Anuar Shaari pernah bertugas dengan Azizah ini. Pasti beliau tahu serba sedikit.

Drama AnWAR semakin menarik, beliau boleh terus-terusan menafi namun kebenaran akan timbul jua. bagi orang yang mengenali AnWAR, jawapan beliau tentang laporan polis Anuar Shaari memberi maksud yang mendalam! AnWAR TAK BOLEH JAWAB kerana Anuar Shaari mengemukakan dokumen asal. Lantaran itu AnWAR merendah dan memperlekehkan Anuar Shaari untuk menghancurkan karektor beliau. Barangkali AnWAR sendiri tidak pernah menyangka Anuar Shaari akan 'menyerang' beliau sebegini hebat dan bingung memikirkan bagaimana Anuar Shaari memperolehi dokumen tersebut.........

Buat AnWAR, "air tenang jangan disangka tiada buaya", barangkali juga Anuar Shaari ini buaya yang akan menyerang AnWAR dengan lebih ganas lagi..................

Sekian.

9 comments:

Syammil said...

anwar kata..nehi nehi nehi..hahaha

Jeffry said...

SLM BRO..SEKALI SKALA BUAYA NGAP BARU DIA TAU PJNG PENDEK TGN DIA KEHKEHKEH

Anonymous said...

salam saudara x-pkr..teruskan dgn segala pendedahan2 yg sebegini!Yaaa..ramai yg dah tau siapa sebenarnya PAK SHEIKH kita ni..tapi lebih ramai lagi yg tak tahu...buat2 tak tahu...ataupun memang dah GELAP hati agaknya!!!!teruskan usaha saudara...ada ramai dari kita yg menyokong saudara..

x-pkr said...

syammil,Jeffrey, Anon,,,

if sapa-sapa ada link ke anuar Shaari, bagi strong signal kat dia suruh saman anWAR, kita menyokongnya

Pejuang Bangsa said...

Anwar dan Azmin sudah gelabah !!!

teruskan pendedahan ini bro bersama GAP ..

Anonymous said...

Apapun aku ucap tahniah kpd x-pkr atas pendedahan rasuah anwar dan azmin. Buat anuar shaari teruskan perjuangan sdr.... Tegakkan kebenaran walau apa halangan pun..Dulu anwar tu memang idola aku...tapi rupanya dia juga BAPAK RASUaH..yang bergelumang dengan segala macam kekotoran.. Jijik rupanya kau anwar..seumur hidup aku menyesal bersekongkol dgn anwar menjatuhkan Tun Ghafar dulu...

Mikhail271 said...

kdg2..terpk gak ak..md sabu betanding timbalan presedin hanya kerana nak halang husam kroni anwar dari menang ke?

KerisKontot said...

saya sokong pendedahan ini kerana jelas membuktikan berlaku penyelewengan dan rasuah dalam UMNO. Kalau zaman Azmin dan Anwar berlaku adakah ZAman Najib tidak??? Sudah tentu tidak. Nak tahu Najib bersalah atau tidak cuba keluar UMNO dan serang UMNO...pasti sisi buruk Najib akan keluar dengan cepat sekali...

Teruskan buat pendedahan...BENARlah tuduhan kami Perjuangan UMNO adalah mengumpulkan sebanyak mana kekayaan..cuma mungkin Anuar Shari tak bernasib baik sebab Azmin lebih pintar dari beliau...Kalau Anuar sempat sapu dia pun akan tutup mulut..

KerisKontot said...

Adik PM diminta perjelas miliki RM30 juta saham CiMB

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CiMB bernilai RM30 juta.

Menurut Naib Presiden PKR, Badrul Hisham Shaharin di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com, Nazir memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69.

Manakala, Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menjelaskan bahawa jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.

Dianggarkan Nazir-Azalina telah menjual sejumlah saham CiMB pada tahun 2008 bernilai lebih RM1 juta.

Badrul yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Nazir-Azalina membuat penjelasan atas pemilikan saham CiMB secara misteri tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media antarabangsa melaporkan Presiden AS Barrack Obama sendiri sebelum ini menghubungi PM Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung berhubung kes terbabit.

Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri.

Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar.

Ianya sekaligus membolehkan AS serta beberapa negara yang anti kedua-dua kerajaan komunis tersebut bersikap dingin dengan Malaysia.

Selagi Nazir-Azalina tidak menjelaskan tentang pemilikan saham CiMB yang misteri itu tegasnya, selagi itulah Najib tidak berupaya menjernihkan hubungan diplomat.