Monday, November 30, 2009

AnWAR JUGA GUNA BTN

1. Bercabang sungguh lidah manusia ini demi kelangsungan 'survival' politiknya. AnWAR, Khalid Ibrahim dan Hasan Ali pernah menjadi sebahagian dari Biro Tatanegara (BTN) dan hari ini mereka mencaci organisasi yang pernah mereka beroleh manfaat darinya. AnWAR bukan setakat beroleh manfaat besar dari BTN, malah terlibat merubah dan merangka modul program latihan BTN semasa menjadi Pengerusi J/Kuasa Kabinet Mengenai Latihan dan Perubahan Sikap dahulu.

2. Modul Program Bina Negara yang diubah AnWAR menggantikan Program Wira Waja bagi memupuk semangat patriotisma untuk setiap rakyat Malaysia. Modul diubah bagi melindungi strategi AnWAR yang mahu mengawal sepenuhnya organisasi berkenaan. Atas nama 'perubahan sikap' AnWAR memupuk semangat patriotisma kepada negara dan dirinya sekaligus. Mana-mana pegawai BTN yang ingkar serta ikhlas menunaikan tugas dibuang atau ditukar serta-merta.

3. Sesungguhnya AnWAR tahu program-program anjuran BTN adalah program yang baik serta memupuk semangat cintakan negara, terutama di kalangan anak-anak muda. Program-program BTN secara tidak langsung akan mendedahkan tembelang AnWAR yang mementingkan diri sendiri demi mencapai cita-citanya. Ini juga bakal membuka pekung AnWAR yang tidak punya semangat patriotisma kepada negara Malaysia.

4. Maka itulah, petugas-petugas dilingkungan AnWAR dihalang dari mengikuti program BTN bagi menutup kelemahan dirinya. BTN hanya menerapkan semangat cintakan negara dalam programnya, bukannya 'menelanjangkan' personaliti-personaliti tertentu seperti yang didakwa AnWAR. Betullah kata pemerhati politik, AnWAR ibarat 'sesumpah' yang boleh bertukar warna mengikut keadaan semasa.

5. Begitu juga TS Khalid Ibrahim. Beliau pernah menjadi penceramah popular di BTN. Ceramahnya padat dengan isi dan fakta w/pun sering tersasul dan tergagap sejak dari dulu lagi. TS Khalidlah yang mengeluarkan data-data betapa orang melayu jauh ketinggalan di segi ekonomi dari bangsa-bangsa lain di negara ini. Begitu juga apabila BTN menganjurkan program perdana yang melibatkan tokoh-tokoh besar, TS Khalid terhegeh-hegeh meminta nama beliau dimasukkan sebagai penceramah!

Betapa 'sesumpahnya' mereka berdua ini! Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Jika dahulu BTN boleh menaikkan geraf dan mempopularkan diri mereka, maka disanjunglah BTN sebagai sebuah organisasi yang baik tiada tolok bandingnya. Kini program BTN 'menelanjangkan' diri mereka secara tidak langsung, maka dihalang perserta dari menyertainya. Dicaci dan dihina BTN memecahbelahkan masyarakat.

Yang menjadi mangsa adalah pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di BTN dari dahulu hingga sekarang. Mereka ini dilatih menjadi seorang pegawai yang patuh kepada dasar-dasar kerajaan, bukan patuh kepada orang politik yang silih berganti. Sewajarnya kita memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai BTN yang berkorban masa dan tenaga demi memberi kesedaran kepada semua bangsa Malaysia betapa berharganya kemerdekaan yang kita perolehi pada hari ini. Bukan seperti AnWAR yang mahu mencorakkan kemerdekaan kita seperti acuan barat yang penuh muslihat..............

4 comments:

Anonymous said...

Salam perjuangan semua,

Saya amat setuju dengan cadangan tuan supaya pegawai2 dan kakitangan BTN dihargai kerana pengorbanan mereka memberikan perkhidmatan demi menjaga kedaulatan agama, bangsa dan negara tanpa melibatkan unsur2 kecaman kepada mana2 individu terutamanya dari parti pembangkang.

Nik
Daejeon

Anonymous said...

memang dasar bermuka-muka!

pisau said...

tu tanda anwar ibrahim tak sedar diri.

di BTN memupuk jati diri dan semangat kenegaraan. memang aku setuju sangat warga kerja BTN diberi penghargaan

uchee said...

saya amat terharu atas sokongan tuan-tuan pada BTN. saya sebagai warga BTN amat memerlukan sokongan rakyat malaysia dalam hal ini. kami yakin doa kalian dan sokongan ini membuatkan kami lebih tekun memperjuangkan agenda untuk bangsa, agama dan negara