Wednesday, January 27, 2010

ASEAN : AnWAR MASIH MENGHARAP (II)

1. Dalam posting yang lepas, telah dihuraikan bagaimana AnWAR cuba 'masuk jarum' dengan bakal-bakal presiden Filipina. Semuanya dilakukan demi mencari populariti agar serta jalan yang lebih parah, mahu pentadbiran negara berkenaan menyatakan bantahan tentang kes liwat beliau seperti yang telah dilakukan Joseph Estrada suatu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, AnWAR pasti cuba mengaih apa jua bantuan dari sana.

2. Kali ini saya cuba menyelusuri Indonesia pula. Di sana nama 'Pak AnWAR' memang terkenal. Setiap kali kehadiran AnWAR di Indonesia, pasti media di sana akan memberi liputan terhebat terhadapnya. Jangan terkeliru, 'kehebatan' AnWAR di sana disokong oleh beberapa teman rapatnya yang mengatur liputan media serta protokol bagi membuatkan kehadiran AnWAR tampak hebat. Semuanya 'ongkos' pak......

3. Sejak zaman muda lagi AnWAR mendapat latihan (tamrin) di sana. Perkenalan beliau dengan Amien Rais, Gus Dur, Habibie, Adi Sasono dll adalah semasa berguru dengan negarawan Indonesia, Pak Natsir. AnWAR juga amat rapat dengan pengasas Islam Liberal di Indonesia iaitu Nurcholish Majid. Asas persahabatan AnWAR dengan sahabatnya di Indonesia 'penuh warna'. Semasa zaman Soeharto, sebahagian nama-nama yang disebut tadi adalah pembangkang.

4. AnWAR yang membina kekuatan hingga menjadi pemimpin Malaysia sering meminggirkan sahabatnya di sana. Hingga ke akhir hayatnya, 'guru' AnWAR di sana, Pak Natsir sering menyebut tentang AnWAR yang telah lupa diri hingga sanggup 'melonggarkan' persahabatan demi mengejar kuasa (saya pernah menyebut bagaimana Gus Dur sering dipinggirkan oleh AnWAR). Dengan Amien Rais juga AnWAR berbuat begitu.

5. Di saat Amien Rais menjadi 'power broker' tahun 2000, barulah AnWAR berani berterus terang beliau bersahabat baik dengan Amien. Namun AnWAR di Sg. Buloh ketika itu. Amien ketika itu Ketua Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) berperanan besar menjatuhkan Habibie (juga sahabat mereka). Wan Azizah juga beberapa mengunjungi Amien RAis ketika itu memohon bantuan. Apa yang dibantu, kita tidak tahu...........

6. Setelah 'gagal' bergantung dengan Jusuf Kalla dan Prabowo Subianto dalam PEMILU Presiden Mac 2009, AnWAR tercari-cari ruang untuk membina jambatan dengan pimpinan Indonesia. AnWAR tidak mengharapkan Naib Presiden Boediono yang dilihat benar-benar menjadi orang nombor dua di Indonesia. Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani yang sering merujuk kepada AnWAR juga kini bergelumang dengan skandal.

7. Beliau diasak hebat ekoran penggunaan wang negara bagi menyelamatkan Bank Century Indonesia. Langkah ini mirip pembelian Talam Corp. oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelamatkan syarikat tersebut. Spekulasi kuat menyatakan beliau bakal digugurkan dari kabinet Presiden SBY nyata menggusarkan AnWAR. Banyak rakannya kini hanya 'bekas menteri' spt Fahmi Idris, Adi Sasono dan Yusril Ehza.

8. Dengan Presiden SBY, AnWAR tiada ruang langsung! Harapannya kini hanya kepada jutawan Abu Riezal Bakrie yang juga Ketua Umum GOLKAR. Namun Abu Riezal juga bergelumang dengan pelbagai skandal rasuah yang boleh menutup peluangnya pergi jauh dalam politik Indonesia. Lain-lain sahabat AnWAR di Indonesia hanyalah tempelan yang beliau perlukan ketika beliau 'susah' nanti.

Indonesia sebagai negara penganut Islam yang terbesar amat penting bagi AnWAR menjayakan misinya. Samada sebagai jalan berbaik Barat atau platfom untuk memburukkan imej Malaysia di kacamata dunia. Beberapa percubaan menghuru-harakan hubungan Malaysia-Indonesia sebelum ini jelas tidak berjaya. Nyata pemimpin kedua-dua negara rasional menghadapi kemelut ini, namun ia cuba dikeruhkan oleh 'mereka' yang akan mendapat manfaat dari krisis ini. Siapa dia? Sama-sama kita renungkan..................

1 comment:

Anonymous said...

ala biasa la bro..

ingat lagi masa aku keje kat sebuah stesen swasta masa si nuar ni jadi TPM dulu

dia siap tanya dalam berita perdana berapa kali cerita Dr. M keluar and berapa kali cerita ttg dia keluar pada tiap2 hari berita utama.

kalau cerita ttg Dr M keluar 5, dia mintak keluarkan cerita dia 6..nak lebih publisiti...pasang jarum

kawan2 kat bilik berita mesti tau cerita ni..