Friday, January 8, 2010

IKHLASKAH AnWAR KE MAHKAMAH SYARIAH?

1. Qazaf adalah pertuduhan fitnah seorang tertuduh kepada pengadu dalam sesuatu kes, yang akan dibuat oleh pihak tertuduh. Dengan kata lain, pihak yang dituduh akan memfailkan permohonan meminta pengadu menyediakan bukti-bukti lengkap bagi menyikong pengaduannya. Beban mengemukakan bukti diletakkan kepada pengadu meyokong pengaduannya. Bermakna juga dalam Qazaf, pihak pengadu yang akan dibicarakan (tertuduh tetap dibicara dlm kes yang lain). Demikian adilnya islam membela manusia sejagat.

2. Dalam perbicaraan yang melibatkan mahkamah sivil, SAiful Bukhari sebagai pengadu manakala AnWAR dipihak yang tertuduh. Setelah berhempas pulas membuat helah menangguhkan perbicaraan, kini AnWAR cuba mengaburi pandangan umum dengan memfailkan tuntutan Qazaf terhadap Saiful Bukhari. Kononnya mahu mencari keadilan di Mahkamah Syariah. SEmentelah, AnWAR juga mempertikai "sejak bila mahkamah syariah berada dibawah telunjuk mahkamah sivil dlm sebarang kes", lanjutan jawapan menteri JPM di parlimen.

3. AnWAR mendabik dada konon beliaulah yang mula-mula mengusulkan mengasingkan mahkamah sivil dan mahkamah syariah dalam sistem perundangan negara. Perkara itu konon dilakukan bersama Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim ( Al Marhum, mantan Dekan Kuliyyah Undang-Undang UIA). Kerana itu sekarang mahkamah sivil dan mahkamah syariah merupakan dua entiti yang berbeda dan tidak berhak mencampuri urusan masing-masing. Namun lagak AnWAR seperti ayam jantan kokok riuh sekampung tapi ekor bergelumang tahi!

4. Sesuatu yang tidak pernah ANWAR jelaskan kepada umum sedangkan beliau tahu faktanya adalah dalam undang-undang Malaysia, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Sistem perundangan negara adalah warisan 'Westminster' British yang digubal melalui Suruhanjaya Reid dan Cobbold sebelum Malaysia diberi taraf negara 'merdeka' oleh British. Bermakna sebarang undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan negara adalah terbatal dengan sendirinya. Klausa ini masih kekal hingga sekarang.

5. Inilah yang tidak dikehendaki oleh TS Ahmad Ibrahim apabila mengusulkan pengasingan antara mahkamah sivil dan syariah. Beliau tidak mahu pengasingan ini hanya kosmetik yang akan diguna oleh AnWAR untuk menjaja beliaulah 'juara' perundangan islam negara. Kerana itu AnWAR tahu, apabila Kelantan dan Terengganu (semasa pemerintahan PAS) mahu melaksanakan hukum hudud, pelaksanaan itu tidak akan kemana. Malah inilah jawapannya kepada 'non-muslim' (hatta semasa dalam kerajaan), berkaitan isu ini.

6. "Mereka (K'tan dan T'ganu) tidak boleh pergi jauh, undang-undang hudud tidak akan mengatasi perlembagaan negara dalam konteks Malaysia", kata AnWAR. Kerana itu juga Zaid Ibrahim berani menyaman kerajaan Kelantan kerana mahu melaksanakan hudud. Zaid tahu beliau akan menang mudah kerana perkara itu akan dibicara di mahkamah sivil. Selagi mana klausa "perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara", maka selagi itulah mahkamah syariah tertakluk kepada mahkamah sivil secara tidak langsung.

7. Ini hakikat yang perlu diakui dalam pelaksannaan undang-undang Malaysia. Kerajaan skg perlu pertimbang cara terbaik jika mahu mahkamah syariah benar-benar 'bebas' dari mahkamah sivil. Bagi AnWAR, jika benar beliau mahu berlandaskan syariah, mengapa beliau tidak membuat permohonan di mahkamah Tinggi sivil untuk memindahkan kesnya ke mahkamah syariah? Saya pasti bukan saja pendakwa dari Jabatan Peguam Negara akan membantah, malahan AnWAR akan menghadapi bantahan dari barisan peguamnya sendiri seperti KArpal Singh dan Sankara Nair.

8. Amat jelas AnWAR cuba membina persepsi di kalangan penyokongnya beliau akan dibebaskan jika dibicarakan di mahkamah syariah. Hujahnya pihak Saiful akan gagal mengemukakan 4 orang saksi yang 'adil bagi menyokong pengaduannya. Kenapa AnWAR tidak menyatakan konsep 'Qarinah' yang membolehkan bukti-bukti lain juga diambil kira bagi mensabitkan kesalahan terhadapnya. Saya percaya pihak Saiful bersedia mengemukakan bukti-bukti bagi mempertahankan aduannya jika dibicarakan di mahkamah syariah nanti.

9. Dalam kes Qazaf yang dikemukakan AnWAR terhadap Saiful, beliau tidak jujur memberitahu penyokongnya bahawa pelaksanaan syariah yang beliau mahukan hanyalah 'kosmetik' semata-mata. Jika benar beliau mahukan keadilan syariah, beliau harus memohon di mahkamah sivil bagi memindahkan kes sekarang ke mahkamah syariah. Barulah kes 'Jinayah' dan 'Qazaf" beliau akan berjalan seiring di mahkamah syariah.

Kita juga mahu tahu apa pendapat pendapat Karpal Singh nanti. Yang pasti beliau tidak boleh 'beraksi' di Mahkamah Syariah nanti kerana pra syarat melayakkan bergelar peguam syar'ie di Malaysia ialah lulusan Undang-undang UIA (menyediakan kursus undg2 sivil dan syariah) serta ijazah syariah dari mana-mana universiti namun diwajibkan mengambil Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Syariah dari UIA. Bagi AnWAR pula, beliau tahu ada ruang kelemahan dalam sistem perundangan negara dan sentiasa mengambil kesempatan demi memenuhi kepentingan diri. Dan kerana itulah juga kita tertanya-tanya, apakah AnWAR benar-benar ikhlas mencari kebenaran di mahkamah syariah, atau ianya lanjutan drama beliau sebelum ini................

Sekian

8 comments:

Anonymous said...

kes gereja terbaar hari ni benar2 gembirakan piha tertentu yg ketandusan isu untuk divert attention/

Pedang Bertuah said...

Tuan,

Nak tahu ikhlas tak ikhlas, buktikan dulu dengan membuat sumpah laknat di Masjid.

Kalau benar anak jantan dan dipihak yang benar, buatlah dulu sumpah laknat dengan Allah sebagai saksi untuk bersihkan nama Anwar.

Then, barulah masuk Mahkamah Syariah untuk dapatkan keadilan secara total dan direkod.

Tak habis2 nak main wayang. Yang best nyer, masih ada orang yang tertipu berkali-kali, dan lagi, dan lagi, dan lagi.....

x-pkr said...

anon,,,

saya setuju......

pdg bertuah,,,

manusia ni gunakan segalanya utk kepentingan diri sendiri

Anonymous said...

Sumpah pun tak berani...cakap je lebih

Madi said...

Apa yang menghairankan walaupun sudah berapa kali anwar ni menipu contohnya seperti 16 sep, cubaan membunuh dan banyak lagi namun masih ada juga pengikutnya setianya. apa mereka ini tidak ada ruang ke untuk duduk berfikir sekejap?

Anonymous said...

BILA DAH RASMI KRISTIAN PAKAI NAME ALLAH.ANUAR AKAN SUMPAH LAKNAT KT GREJA..HURAY.. pb

pb said...

dia xnak pi sivil.takut crita bgmana dia 'mlewat' 'bntot2'(krusi)YB juga akan terkait jg (apa dia buat situ)

Anonymous said...

dah terperangkap barulah nak guna
cara islam.

http://xr.com/web-terlampau