Tuesday, April 6, 2010

AnWAR, AZMIN & ABIM


1. Baru-baru ini dilaporkan AnWAR telah menemui pimpinan ABIM dan PKPIM (Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)terkini. Blog Unspinners, AIDC, Parpukari, GAP dan RBF telah melaporkannya. Pertemuan diatur oleh 'senior brothers' ABIM seperti Dr. Siddiq Fadzil, Dr. Muhd. Nur Manuty dan Ahmad Azam dan Ahmad Shabrimi.

2. Pimpinan ABIM terkini dilaporkan menyanggah tindakan beberapa 'senior brothers' mereka yang mahukan pemimpin muda ABIM menyokong AnWAR. Rumusan pertemuan tersebut berakhir dengan pimpinan ABIM dan PKIM menyerahkan kepada mahkamah berkaitan dengan kes liwat AnWAR. AnWAR sungguh kecewa!

3. Azmin Ali pula kini muncul mahu menjadi 'hero' kepada AnWAR. Rumusan dari pertemuan AnWAR-ABIM, Azmin giat memaki dan mencerca pimpinan ABIM. Tidak terkecuali menjadi sasaran ialah 'senior brothers' ABIM yang disifatkan Azmin gagal mengawal anak buah mereka. Bagi Azmin mereka gagal membela 'founder' ABIM.

4. Azmin secara terbuka bercakap dengan pimpinan MPP PKR bahawa kelompok ABIM dalam PKR adalah pengkhianat kepada AnWAR serta tidak layak sebagai pimpinan parti. Konon selama ini AnWAR telah memberi banyak ruang kepada 'orang ABIM' seperti Muhd. Nur Manuty w/pun ahli PKR telah menolak mereka.

4. Azmin memang cukup biadab dengan semua pimpinan ABIM yang juga sahabat ANWAR. Tanyalah Fuad Hassan, Kamaruddin Jaafar (PAS), Ismail Mina dan Muhd. Nur Manuty sendiri! Telah sekian lama Azmin mencemburui ABIM kes terbaru ini adalah manifestasi betapa ABIM sering dimanipulasi kewujudannya dalam PKR.

5. Betapa biadabnya Azmin terhadap ABIM, AnWAR pasti akan bermain politik. Di hadapan pimpinan ABIM, AnWAR akan mengangguk kepada setiap rungutan ABIM terhadap Azmin. Namun Azmin masih kekal sebagai orang kesayangan AnWAR hingga kini. Apakah 'senior brothers' ABIM masih enak dibuai janji-janji palsu AnWAR?

ABIM adalah badan dakwah yang mengisytiharkan pertubuhan mereka adalah 'non-partisan'. Pimpinan muda ABIM telah meletakkan perkara ini sebagai matlamat utama dan mereka telah melakukannya dengan berkecuali dalam kes liwat AnWAR. Seharusnya beberapa orang 'senior brothers' ABIM ini mencontohi pimpinan muda ABIM serta lebih memfokuskan erihal da'wah. Jangan dibiarkan ABIM menjadi kuda tunggangan seseorang saat diperlukan kemudian diterjang keluar setelah sampai ke destinasi......

Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Kes laporan polis di Bandar Baru Bangi April 2004 tentang penyelewengan & penipuan oleh pengerusi & para pegawai Koperasi Belia Islam yang melibatkan Maybank dan Caltech Group sehingga kini tidak diambil perhatian langsung?


Perbuatan mungkar oleh pemimpin dan para pegawai ABIM dan KBI saling tutup menutupi dan litup melitupi itu kelak telah mengundang ketidakpuashatian dikalangan ahli.

Sudah bersedia? Sudah 6 tahun...

Mungkin terlepas perundangan duniawi.
Kelak mengancam psikologi.


Lujnah dah punah!

dan_othman@yahoo.co.uk
pengasas Caltech

Anonymous said...

slm saudara,sebenarnya klu kita ikut betul2 perjuangan DSAI ni dlm politik....TAK ADA APA PUN..yg HEBATnya tentang manusia ni..hanya pandai BERCAKAP..tak kira lah dlm bentuk apa pun cakapnya,memang dia HEBAT di situ...lain pada itu tahap pemikiran dia sebenarnya hanya hebat sikit dari budak SEKOLAH MENENGAH!!!!!!!!!cuba2 lah tanya pada mereka yg rapat dgn manusia ni!!!!!