Wednesday, April 14, 2010

AnWAR TAK MAU MENANG DI HULU SELANGOR


1. Heboh nama Zaid Ibrahim dicalonkan PKR untuk PRK Hulu Selangor. Semalam juga adalah hari gelap bagi AMK dan PKR Selangor bilamana 2 calon yang difikir paling sesuai telah ditolak mentah-mentah oleh AnWAR. Sedari mula, nama Zaid memang disebut sebaik saja Datuk Dr. Zainal meninggal dunia. Ada 'pro' dan 'kon' dari dalaman PKR.

2. AnWAR yang beria-ia mahukan Zaid kerana Zaid bekas menteri katanya. Tambahan pula Zaid punya sokongan padu dari DAP, w/pun bukan DAP yang akan bertanding di Hulu Selangor. Ahli DAP di Hulu Selangor juga teramat sedikit. Nyata DAP tetap punya pengaruh ke atas PKR biarpun cuba dinafi oleh pimpinan PKR!


3. Namun pemilihan Zaid amat mengecewakan PKR Selangor khususnya PKR Hulu Selangor. Jika calon anak tempatan tidak terpilih mewakili PKR, biarlah sekurang-kurangnya ianya dari Selangor seperti Dr. Zainal, ujar salah seorang teman x-pkr yang juga AJK PKR cabang Hulu Selangor. Pemilihan Zaid amat menghiris hati penyokong PKR tempatan.


4. Ujar teman ini lagi, biasalah apabila p/raya kecil, sudahlah calon orang luar, jentera utama parti juga akan datang dari luar, penyokong PKR tempatan akan jadi seperti 'melukut di tepi gantang'. Mereka hanya diperlukan dari segi logistik sahaja. Bab strategi dan 'durian runtuh', SAifudin dan Azmin yang akan kawal.

5. Teman ini menambah, AnWAR amat menjaga hati DAP kerana itulah beliau terpaksa akur cadangan DAP. Semasa memberi penjelasan kepada penyokong PKR tempatan, AnWAR jelaskan Zaid ini konon hero seperti Lim Guan Eng. Guan Eng membela gadis melayu dan Zaid terkorban kerana membela Teresa Kok!


6. Kerana itu Zaid perlu ditonjol di Parlimen. Tanpa mahu mengambil kira denyut dan nadi penyokong PKR Hulu Selangor, AnWAR sanggup mengenepikan soal moral Zaid. AnWAR sanggup menolak cadangan PAS yang mohon AnWAR pertimbangkan semula pencalonan Zaid di Hulu Selangor. Betapa angkuhnya AnWAR demi cita-cita peribadi.

Kesimpulan teman x-pkr tadi, bila saja AnWAR umumkan nama Zaid Ibrahim di Hulu Selangor, AnWAR sebenarnya tidak mahu menang di sana (ni kata penyokong PKR). AnWAR lebih pentingkan orang lain dari penyokong sendiri. AnWAR teramat ego untuk mendengar suara akar umbi PKR. AnWAR hanya pentingkan satu-dua kerat personaliti dalam PKR yang elit seperti beliau....

Ini rumusan dari penyokong AnWAR sendiri! Apa lagi yang kita mahu harapkan dari pemimpin seperti ini. Apa lagi yang kita mimpikan dari Pakatan Kian Rapuh yang dipimpinnya..... Sekian.

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

Ekstrim,
Aku yang bingai ni rasa bukan Anwar tak mahu menang di Hulu Selangor tetapi dia dah rasa tak boleh menang di situ. Selepas menang tipis dengan 198 undi sebelum ini dan masalaah yang timbul dalam PKR dan dirinya sendiri, dia rasa adalah lebih baik menjadikan Zaid sebagai mangsa untuk dikorbankan. Selepas ini Zaid dah tak boleh minta-minta lagi kalau dia gagal.

Syammil said...

baru kena pencuri dgn penyamun..