Wednesday, July 21, 2010

K'JAAN PERPADUAN : AnWAR WAJAR CONTOHI USTAZ ABU BAKAR HAMZAH.

MUKA HADAPAN BUKU ABU BAKAR HAMZAH DALAM KENANGAN KARYA DR. ALIAS MOHAMED.


1. Dalam 'kehebatan' AnWAR berfalsafah tentang Tagore, Gandhi, Conficious, Plato dan sebagainya, barangkali beliau terlepas nama Ustaz Abu Bakar Hamzah yang dikenali sebagai tokoh akademik dan politik. Beliau berpengalaman luas dalam UMNO dan PAS serta ikon penting kerajaan perpaduan Perikatan-PAS di Kelantan dahulu.

2. Ustaz Abu Bakar Hamzah, seorang yang berjiwa besar, sanggup mengenepikan perbedaan politik demi survival melayu islam di Malaysia. Pernah keluar dari UMNO serta dipecat dari PAS, namun sayangnya kepada agama islam dan bangsa melayu di Malaysia tiada taranya. Beliau terus berperanan demi memantapkan ummah khususnya di Malaysia.

3. Punya perwatakan kritikal, berprinsip namun sanggup berunding demi kebaikan. Memainkan peranan penting di sebalik penubuhan kerajaan perpaduan Perikatan-PAS. Namun ketika PAS mula kehilangan suara dalam kerajaan perpaduan tersebut kerana salah mereka sendiri, Ustaz Abu Bakar Hamzah disalahkan hingga digelar 'taghut' oleh ahli partinya sendiri.

4. Ustaz Abu Bakar pernah menyatakan pada 1973, di dalam PAS jangan sampai terjadi "bertaut sesama Islam itu 'kafir', manakala memeluk DAP dan puak radikal lain itu tidak mengapa dan 'halal'. Nah, hal itu semakin jelas dalam PAS mutakhir ini. Namun yang sedih, ianya dipandu oleh 'seseorang' dari luar PAS iaitu AnWAR.

5. 1 Januari 1973, ketika kerajaan Perikatan-PAS ditubuhkan, ramai yang beroleh manfaatnya. UMNO tidak dapat semua dan PAS tidak hilang semua. Tun Razak dan Datuk Asri ketika itu berjiwa besar, menolak segala kepentingan peribadi demi Islam dan melayu di Malaysia. Kaum lain juga tidak diabaikan dalam kerajaan perpaduan ini.

6. Malangnya, Ustaz Abu Bakar Hamzah pernah menyatakan kebimbangan apabila PAS semakin dikuasa golongan 'buta Al Quran'. Golongan politik yang akan menolak segala kebaikan jika tidak bermanfaat buat dirinya serta mencari seribu satu alasan menghalalkan kejahatan demi kelangsungan politiknya. Semua itu ada dalam PAS sekarang.

7. Ianya dicetuskan oleh AnWAR dalam PAS kini. Umum mengetahui, AnWARlah di sebalik pelbagai syarat yang dikenakan oleh PAS untuk memulakan rundingan penyatuan UMNO-PAS. AnWAR tidak mahu UMNO-PAS bersatu kerana bakal membuatkan dirinya hanyut dalam persada politik negara.......

Buku Abu Bakar Hamzah Dalam Kenangan sewajarnya dibaca oleh setiap pecinta perpaduan. Ustaz Abu Bakar HAmzah tetap menegur UMNO biarpun dalam kerajaan perpaduan, dan tetap menyintai PAS biarpun dipecat setelah Presiden PAS dikelilingi oleh mereka yang 'buta Al Quran'. Saya percaya karya Dr. Alias Mohamed ini perlu dibaca oleh generasi PAS sekarang, manalah tahu barangkali mereka juga telah lupa dengan pemimpin mereka yang komited berda'wah serta sanggup mengenepikan segala kepentingan peribadi beliau demi ummah.....

Al Fatihah buat Al MArhum Ustaz Abu Bakar Hamzah ( 1925 - 1993 ).

5 comments:

Anonymous said...

Kalau saya tak silap la, Kamar Ainiah (peguam Anwar tu) pernah berlakikan Ustaz Abu Bakar Hamzah. Maaf kalau tersilap

Unknown said...

Kepada saudara x-pkr,

Tahniah di atas ulasan saudara dalam topik perpaduan umah. Sesungguhnya apa yang di lakukan oleh Almarhum Uztaz Abu Bakar di masa lalu patut di contohi oleh pemimpin zaman sekarang.

Sekiranya perkara itu amat sukar di lakukan oleh PAS di sebabkan pengaruh anWAR, pemimpin UMNO patut mengambil langkah sukar ini. Kedua dua parti ini bertautkan Islam dalam perjuangan mereka.

Pastinya kita ramai Malayisa akan melihat dan menyokong langkah tersebut. Dan kita semua mahukan kebenaran dan perpaduan.

Tahniah lagi sekali kepada saudara x-PKR kerana menjadi salah satu pemangkin kepada tujuan tersebut. Teruskan perjuangan saudara.

Anonymous said...

SLM BRO..WALLY SLIPOR DH BERJAYA DI "BUTAKAN" OLEH SI PELIWAT WLU PUN JELAS AMALAN DIA SEMAKIN TERPESONG DEK KERANA SYGKAN KIT SIYAL & SON..HARKK PTUIHHH!

Bingai @ Bangang said...

"SIRI SELAMATKAN RAKYAT SELANGOR"
Ceramah isu pasir dan DSAI
23.07.2010 jam 8.30 malam
di Dewan Tabika Kemas,
Jalan Gelama 17/24
Seksyen 24, Shah Alam

x-pkr said...

anon,,,

saya tak pasti samada kamar ainiah atau kakaknya kamar oniah. yg pasti salah seorg dari mrk isteri kedua ustaz Abu Bakar Hamzah...

labis,,,

terimakasih, ianya juga dari dorongan semua rakan2 yg prihatin dgn perpecahan umat islam malaysia kini, ini sebahagian usaha kecil kita semua kala usia meniti senja...

bro Jeff,,,

wali ni buatan sendiri, sendiri masuk bakul, sendiri angkat...terlalu byk kepentingan peribaqdi beliau utk kekal berkuasa...