Thursday, November 25, 2010

AnWAR MERASUAH DAN MENGUGUT LAGI.

1. AnWAR khabarnya bakal merasuah lagi. Calon-calon pertandingan tertinggi yang tewas serta membuat bising telah dipanggil AnWAR. Mustafa Kamil Ayub yang tewas dengan majoriti besar kepada rakan kongsi AnWAR sebagai Timbalan Presiden ditawarkan AnWAR untuk menjadi Ketua Penerangan, namun dibantah Azmin.

2. Syarat ANWAR mudah saja, terima jawatan yang ditawarkan dan lupakan segala aduan yang telah dikemukakan mereka kepada J/Kuasa Pemilihan parti (JPP). Menurut AnWAR, JPP juga berada dibawah telunjuknya. Kelompok ABIM mahu Mustafa dilantik sebagai Naib Presiden (lantikan) namun itu juga dibantah Azmin.

3. Ketua Penerangan yang dijanji AnWAR kepada Mustafa juga belum terjamin kerana ada bantahan dari Azmin. AnWAR pun tidak kisah ttg jawatan. Beliau boleh adakan 1001 jawatan kepada Mustafa asalkan diam serta tidak bising lagi mengenai penyelewengan pemilihan PKR. Apakah menawar dan mengugut agar Mustafa diam bukan RASUAH?

4. Calon Ketua AMK juga mengalami nasib yang serupa. Aduan BAdrul Hisham Shaharin (cikgu Bad) kepada Presiden parti telah dibakul sampahkan! Bukan saja Azizah tidak memanjangkannya ke JPP, malahan mengugut pula agar Badrul Hisham menutup mulutnya dan dijanjikan ganjaran jika berbuat demikian.

5. Badrul Hisham juga ditawarkan jawatan jawatan Ketua Penerangan PKR oleh AnWAR dengan syarat Badrul tidak bising-bising lagi mengenai aduannya. Taktik ini sama seperti AnWAR menjanjikan jawatan TPM kepada semua yang berkepentingan semasa berbohong mengenai peristiwa 16 September. Azmin juga tidak senang dengan hai ini.

Apakah jika hal ini dilakukan oleh orang selain AnWAR, ianya RASUAH? Apabila AnWAR yang melakukannya, mahu dikatakan apa? Menawar dan mengugut bagi memperolehi manfaaat darinya bukankah rasuah? Menyalahguna kedudukan bagi memperolehi manfaat darinya bukankah salahguna kuasa?.... AnWAR memang cakap tak serupa bikin.........

Sekian.

3 comments:

Singh Is Kinng said...

Salam Mr X-Man,

Itulah kemampuan Anwar ... berjanji kosong demi nak selamatkan diri, akhirnya mewujudkan time bomb yg akan meledak pada bila2 masa.

BTW ... saya nak tanya and mintak confirmation:

1. Adakah Anwar sudah menjadi ahli PKR ... and kalau ahli ... ranting mana?

2. Adakah jawatan ketua umum ada dalam perlembagaan PKR?

Thanks and advance.

x-pkr said...

Mr. Singh,,,

anwar mmg ahli PKN, ahli berdaftar dgn nombor keahlian 001. Keahlian belaiu diumum semasa pelancaran PKN 1999 di Renaissance Hotel KL.

Bila bergabung dgn PRM jadi PKR, keahlian anwar diserap secara automaik. Cabang mana tidak dapat dipastikan krn keahlian anwar secara terus (bimi dia yg jadi presiden, so boleh buat apa saja)

MMG sag sah dlm perlembagaan PKR tiada jawatan ketua umum, struktur parti spt lain2 organisasi politik, Presiden dsbnya.

Anwar saja wujudkan jawatan itu dan lain2 jwtn spt pengarah strategik, penyelaras Naib Presiden utk kepentingannya dlm PKR...

Anonymous said...

Tu la pasal. Setengah orang ABIM tak boleh pakai, suka buat haru. Si Prof Sidek Baba tu pun sorang lagi, dahla SPM Gred tiga je, STP 7kali, tetiba boleh jadi cikgu,ape mende pulak tu. Dah lama dah tak puas hati dgn ABIM ni
-Pengikut setia di perantauan: UK