Wednesday, September 9, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH

1. Wan Azizah diketahui punyai emosi yang tidak stabil. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi ialah kurang kasih sayang semenjak kecil. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.

2. Ahli keluarga sedia maklum Wan Azizah lebih sayangkan bapa-bapa saudara yang membesarkannya serta hampir tiada apa-apa perasaan kepada ibunya. Hubungan dengan adik beradik yang lain juga kurang rapat (tiada permusuhan, mungkin tidak membesar bersama). Hubungan kekeluargaan kembali terjalin setelah AnWAR menyertai kerajaan/kabinet.

3. Hubungan dengan keluarga mertua juga tidak 'ngam'. Maklum saja ketika itu keluarga AnWAR bukan dari kalangan 'orang yang ada-ada'. W/pun Datuk Ibrahim (bapa AnWAR) pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan, kehidupan mereka biasa-biasa saja. Dua orang abang AnWAR adalah guru maktab, seorang kerani sekolah manakala yang lain sedang membesar tika itu.

4. Perkahwinan beliau dengan AnWAR juga penuh berliku. Tertawan dengan pesona AnWAR sebagai penda'wah, perkahwinan beliau ditentang keras oleh bapanya Datuk Dr. Wan Ismail. Peringkat awal perkahwinannya juga diharungi penuh onak. Berkerjaya seorang doktor, AnWAR ketika itu tiada kerjaya tetap. Wan Azizah yang membiayai perbelanjaan keluarga, manakala AnWAR hanya 'lepas' untuk dirinya saja tika itu.

5. AnWAR tidak memberikan tumpuan kasih sayang kepada isteri yang baru dikahwininya. Beliau amat sibuk dengan tugas sebagai penda'wah dan sering meninggalkan Wan Azizah keseorangan di KL. x-pkr dimaklumkan, Wan Azizah (sarat mengandungkan Nurul Izzah tika itu) pernah disuruh AnWAR turun di pertengahan jalan dan pulang sendiri gara-gara mahu memenuhi jemputan ceramah menggantikan orang lain.

6. Wan Azizah mengakui beliau lali mengharungi keperitan berseorangan semasa melahirkan Nurul Izzah dan Nurul Nuha. Setelah itu beliau tahu bahawa AnWAR tidak pernah memberi tumpuan kepadanya biarpun mengandung empat kali lagi selepas itu. AnWAR mengambil seorang pembantu dari Bukit Mertajam membantu Wan Azizah menguruskan rumahtangga tetapi Wan Azizah yang membayar gajinya.

7. Kehidupan sebagai isteri menteri juga tidak memenuhi kehendak Wan Azizah. AnWAR mengajar Wan Azizah agar hipokrit di depan umum. Segala kemewahan tidak boleh ditayang. Semuanya harus dilakonkan agar 'nampak' ala kadar saja di mata umum. Ketika AnWAR Menteri Pendidikan, dimaklumkan secara sinis Wan Azizah berkata beliau ingin muntah melihat AnWAR memimpin tangan Nurul Izzah beratur untuk pendaftaran darjah satu (liputan media cukup hebat tika itu).

artikel akan bersambung kebahagian dua nanti........

17 comments:

Anonymous said...

hehe best juga baca cerita ni bro ..

rupanya berlakon jg anwar ni ,ceh pimpin nurul izzah daftar Darjah satu ..hehe

Anonymous said...

boleh tlg dptkan sedikit pandangan dan pengalaman saudara:

1. org kata anwar tidak pernah pergi haji atau umrah. sbb nama dia xde haji kat depan nama.

2. dua minggu lepas, di blog DSAI kata dia tgh umrah. tapi ada org kata mereka nampak DSAi di Manama, Bahraian.

kluangman said...

Sesuatu yang menarik..harap ia tulin 1000% kerana ia melibatkan seorang 'ibu' yang pastinya akan berada di jalan benar suatu masa nanti demi menyelamatkan negara dari tangan kotor anWAR.

Dr.Sid said...

fuhh..sapa sebenarnya ko ni bro..banyak ko tau psl anuwar..bgs2..cite lg k..ni blog wa..singgah2 la..

http://writtenbyhim.wordpress.com/

Anonymous said...

heheehe aku ingat lagi masa tu. Anwar sebagai menteri pelajaran daftar anak di amasuk sekolah. heboh se Malaysia seorang menteri pelajaran pimpin tangan anak gi sekolah..aku pun turut mempercayai..orang ini lah PM Malaysia masa depan..chehhh kena tipu bulat2

x-pkr said...

anon,,,

umrah ada dia pi masa lps Munich,itu confirm dia ada di Makkah 1-2 hari je. yg lain tak berani confirm. haji dia pegi zaman ABIM dulu.

dua minggu lps confirm dia ada di Jeddah, tiada kepastian dia masuk makkah utk umrah. May b b4 or after Jeddah di singgah Manama.

kluangman,,,

ianya cerita sahih dari sumber amat sahih....

Dr Sid,,,

saya hanya insan biasa, spt sdra juga.... Nanti saya singgah ke sana.

anon,,,

saya pun terpedaya tika itu...

Anonymous said...

Anwar tentu pening kalau cerita dia dengan pembantu rumah waktu di Bukit Mertajam dulu keluar dalam blog.

Apatah lagi cerita macam mana tahun 1986 lagi dah bincang dengan Rahim Ghouse nak jatuhkan Tun.

Junah said...

Salam,

Tabahnya kak Wan, moga aku dpt isteri mcm tuh dan minta simpang aku jd sumai mcm anwar!

hatiminda said...

kalau tidak menipu bukan lah anwar namanya... Anwar=penipu, penipu itu= anwar maka anwar memang penipu!!!

Anonymous said...

ello bro...waktu aku ada keja kat singapore few months ago, ada la drebar teksi ni cite kat aku, anwar kawin lari dgn wife dia, betul ke?....drebar tu yg cite kat aku......mungkin bro lebih tahu.....aku tak kesah laa....apa pun....dia punya hal......lantakla...tapi anwar ni banyak temberang dia la.......

The Hobbit Frodo said...

Erkkkkk ... harus bro nawar fenin skank ni nak carik saper spy^derman yg leh cilokk kesah2 lampau beliau. detailll wooooo ...


((xder dlm memori wa kesah menyayat hati bro nawar pimpin tangan nurul izah ~ x lahir kedunia lagi agaknye))


bahagian kedua bermola ~~~

Anonymous said...

hahaha bodoh tuan punya blog..x abis2 fitnah..mmg kaki fitnah la puaka2 umno ni hahaha

x-pkr said...

sdra,

AnWAR mmg kawin lari, TS harussani mufti Perak yg nikahkannya, hidup lagi Tan SRi mufti, boley tanya dia!

Hobbit...

boleh la htr spy leman nanti.....

sdra,,,

panas ka? apapun ni bukan fitnah, ianya cerita sahih, tanya la adik beradik AnWAR, jgn tanya AnWAR dia ni dilanda wabak 'syndrome denial' bab2 kena kat dia ni...

t/kasih sudi singgah dan jgn lupa ikuti cerita seterusnya..

pencinta kebenaran said...

wah..hebat la bro...thanks sbb bg pendedahan yg baik...plg tak tahan pimpin tangan anak masuk darjah satu..huahahahaha..lakonan jek

Pu3 Subang said...

dalam family saya, saya sorang jer tolak pkr..mcmana nak yakin kan family bahawasanya anwar tu pendusta?

TakerRules95 said...

X-PKR Azizah pakai tudung dan tak guna bomoh tak macam Rosmah tak pakai tudung tapi guna bomoh

Anonymous said...

aku tak nampak apa masalahnya dengan DSAI memimpin tangan anaknya ke darjah satu dulu, biarlah masuk berita dunia pun. aku rasa tak membuang masa atau wang sesiapa pun.

DSAI berlakon jadi bapa mithali? aku tengok anak2 DSAI OK je.jadik manusia gak.
bukan ke semua parents rasa kagum, saat anak mereka masuk ke peringkat yg sebegini? kita dulu masa kecik tak hingin ke kalau bapa kita ada buat cam tu? berlakon atau tidak yg penting dia ada pada masa tu kan? come on, be truthful.


p/s:
ok tak harga minyak baru sempena hari kemerdekaan 2009? tq ya ayahanda. lepas ni boleh la kita dapat pasukan f1 sendiri pulak.WOW!! free ke tu? negara boleh mendapat untung besar ye...dah dapat untung besar kelak,harga petrol bleh turun balik tak??? bijak sungguh business plan ayahanda kita ni ya.


DSAI mendahulukan rakyat sebelum isterinya??? wah!!! (pengikut/penyokong tu rakyat jugak kan?) macam besar je pengorbanan DSAI ni. ingatkan dia pergi clubbing rupa2nya berda'wah...ish,ish,ish