Wednesday, November 4, 2009

DR. ASRI, AnWAR DAN WAHABI

Ustaz Ubaidillah@Abdullah Yasin

1. Cerita Dr. Asri bekas mufti Perlis masih panas. Dr. Asri pun suka ianya dipanjangkan nampaknya. Mungkin beliau suka akan kontroversi yang melonjakkan namanya. 'Market' beliau makin naik. Sebagai seorang sahabat, saya suka mengingatkan Dr. Asri agar berhati-hati. Pelanduk boleh melupakan jerat, tapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Jika benar JAIS punya agenda, tentu saudara juga punya agenda.

2. Bermula dari tangkapan oleh JAIS, salah satu agensi kerajaan Negeri Selangor, kini saudara diheret konflik dengan JAKIM dibawah kerajaan pusat. Imbas saja kes Ustaz Ramlan Poringi yang tiba-tiba mempertikaikan sumpah Saiful Bukhari walhal Mufti Wilayah Persekutuan mengakui Ustaz Ramlan tidak berkebolehan membaca kitab-kitab agama dalam bahasa Arab. Namun penyokong pembangkang bersorak gembira!

3. Begitu juga dalam kes saudara, masakan seorang Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam Malaysia boleh mempertikaikan kelulusan saudara. Penyiasatan salahlaku perisytiharan ijazah palsu ini dikendalikan oleh satu jawatankuasa di peringkat jabatan, bukannya oleh seorang individu! Maka itu saudara tidak perlu melenting. Tidak mustahil keadaan pegawai tersebut juga sama situasinya dengan situasi Ustaz Ramlan Poringi yang telah dimanipulasi.

4. Saudara banyak berceramah tentang hikmah dan kesabaran. Saudara juga membidas pengagungan berlebihan kepada pemimpin. Kini tiba masanya saudara diuji. Akhlaq ulama' diikuti oleh pengikutnya. Seharusnya saudara yang memimpin pengikut malam saudara ditangkap agar tidak agresif serta memberikan kerajasama, bukannya menuruti arahan pengikut bersembunyi dalam bilik lebih setengah jam!

5. Banyak kekeliruan di sini. Saranan saya saudara harus lebih tawadhu', menuruti sifat Rasulullah yang bijak menangani situasi tanpa berkompromi dengan kawan atau pun lawan. Saudara bisa mengatakan tindakan saudara ini untuk pertahankan maruah diri namun jangan sampai masyarakat menilai saudara juga seperti ahli politik, bersilat sana sini bagi menghalalkan tindakan. Atau apakah mungkin saudara menjurus kearah itu?

6. Berbalik ke soal AnWAR, beliau juga berdamping rapat dengan Ustaz Abdullah Yasin yang tidak pernah mendapat pengiktirafan serta tauliah untuk mengajar di negara ini. Ustaz Abdullah Yasin berkelulusan dari Arab Saudi dan mendapat taraf penduduk tetap negara ini semasa AnWAR berkuasa dalam kerajaan. JAKIM dan Ustaz Ahmad Awang (tika Presiden Persatuan Ulama' Malaysia) pernah mempertikaikan Ustaz Abdullah Yasin.

7. Yang dipertikaikan ialah pembawaan Ustaz Abdullah Yasin menjurus kearah Wahabi. AnWAR sering mengarahkan JAKIM tidak mengganggu Ustaz Abdullah Yasin. Ustaz Abdullah tinggal di Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi, serta punya tauliah untuk mengajar Indonesia dan Arab Saudi. Ustaz Abdullah sering memberi kuliah di rumah-rumah mewah sekitar Bukit Damansara yang punya hubungan dengan AnWAR dan Wan Azizah.

8. Saya bersetuju bahawa ilmu agama yang diajar itu tidak bergantung kepada tauliah atau tidak, namun sebagai manusia tentunya kita terikat dengan undang-undang. Kita terikat dengan hubungan kepada Allah dan hubungan kepada manusia. Maka JAWI perlu menyiasat perkara ini, jangan biarkan ia terlepas pandang. Jangan biar AnWAR mencatur dan mengheret golongan agama yang dihormati mengikut nafsu dan selera politiknya.

Kepada Ustaz Asri, "ular menyusur akar tetap berbisa". Tidak rugi kita merendah diri dan jangan terlalu mabuk dengan publisiti. Golongan seperti saudara seharusnya memimpin kerana golongan seperti saudara melangkaui batasan 'glamour' dan politik.....

Sekian.

9 comments:

Anonymous said...

Wow!!! hebat ............ teruskan menulis perkara benar tanpa sebarang diskriminasi.

Unknown said...

Apa salah wahabi?..fahaman wahabi ni ramai kt arab saudi..rasenye zahid hamidi pn pnah ckp wahabi xsesat, bukan tegolongan dlm 73 yg sesat tu..

Anonymous said...

Saya tak faham... apa tindakan Dr Asri selepas penangkapannya boleh dianggap berlebihan? Dan juga apa kena-mengena Ustaz Abdullah Yasin dengan Dr MAZA?

Anonymous said...

tak sesat tak apa, apa yg harus dikira sekarang ni, dia seolah-olah mencari populariti dalam hal ini. Dia semakin mahu memanjang kes ini. Kalau benar tidak bersalah, tanganilah isu itu seperti mana yang saudara punya blog ini katakan. daripada menokok nambahkan cerita yg sebenar, adalah baik ustaz ni bersikap jujur. kepada rakyat pula, jgn cepat prasangka terhadap ustaz ini... kita sendiri pun tidak tahu sama ada dia benar ataupun tidak.

tapi kalau dah celup tu.. memang celup la selamanya.

Unknown said...

orang orang ugama bertelagah orang melayu/islam hancus...ha..ha..unperfectstone53

x-pkr said...

asraf,,,

tiada apa salah dgn wahabi, yg salah org yg memperdagangkan agama, gemar meraih publisiti murahan....

ahmadfarihan,,,

Dr. asri yg dikata Wahabi ditangkap atas tuduhan yg samar2, Ust abdullah Yasin pun mcm tu, tak pernah ada permit, tapi selalu mengajar di lingkungan AnWAR.....

AnWAR selalu gunakan Ust Abdullah utk pengaruhi datin2 yg byk belajar dengannya...

Jgn ada double standard dlm penangkapan!

mediasiber,,,

saya setuju, artis pun keluar kenyataan di belakang Dr. asri.

Sbg org agama, beliau harus bertenang dan bijak menangani isu! Bukan melatah saman itu dan ini biarpun betul! beliau bukan org politik.

Pak Tua Jaga said...

Teringat lagi Mantan Mufit Perlis ini, mengutuk ulamak2 lain di Malaysia, jabatan agama di MEDIA diulangi di MEDIA walhal Beliau ketika itu adalah Mufti Perlis, Perlu ka seorang Mufti membuat perkara macam ini? dr situ bermula ketidakpercayaan kat dr.Maza ni, artikel2 yg bisa mencelarukan umatn nampaknya gila glamour bukan setakat berlaku dekat artis saja

cuba2 baca disini sama www.al-ghari.blogspot.com

Anonymous said...

pandai lah anuwar ni wt filem

aku pun nak ikut cara dia belit


-ed

Anonymous said...

Untuk komen yang tidak kurang menarik sila baca ``Asri perlu muhasabah'' di http://malaysiaaktif.com/article.php?aid=4656