Thursday, December 31, 2009

HIPOKRASI AnWAR YANG TERKINI

1. Saya terpanggil untuk menulis pada hari terakhir tahun 2009 ini, walhal punya rencana bercuti bersama keluarga di pantai timur tanahair. Runtunan hati melonjak-lonjak untuk berkongsi cerita setelah melayari blog AnWAR. Apa yang saya bakal kongsikan ini tiada kena-mengena dengan yang telah wafat namun punya kaitan rapat dengan yang masih hidup iaitu AnWAR!

2. Khabar duka pemergian Gus Dur mengejutkan kita semua. Baik kawan atau lawan politik Nusantara, Gus Dur punya kontroversi tersendiri. AnWAR mendakwa Gus Dur adalah sahabat beliau dan mereka amat rapat. Barang diingat, AnWAR hanya rapat dengan Gus Dur setelah AnWAR dipecat dari kerajaan tahun 1998, w/pun mengenali Gus Dur sekian lama.

3. Semasa AnWAR dalam kerajaan, dari timbalan menteri hinggalah TPM, AnWAR tidak pernah mahu melayan Gus Dur apatah lagi menemuinya dalam lawatan ke Indonesia atau Gus Dur kemari. Gus Dur dianggap pembangkang di zaman Soeharto dan AnWAR tidak mahu menemui Gus Dur kerana itu, w/pun mereka saling mengenali dari dari tahun 1965 semasa program perkaderan muda Nusantara di Jakarta.

4. Program yang diasaskan oleh Pak Natsir, negarawan Indonesia yang kemudiannya mencambahkan NU (Gus Dur), Muhammadiyah (Amien Rais), ICMI (Habibie) dan ABIM di Malaysia. Ikatan persahabatan antara mereka cukup rapat, namun AnWAR hanya selesa berhubungan dengan Habibie (menteri di zaman Pak Harto) dan Amien Rais yang punya karektor politik sepertinya.

5. AnWAR pernah menyatakan bahawa Gus Dur hanyalah seorang kenalan, bukan sahabat rapat. Beberapa orang bekas pegawai AnWAR boleh mengesahkannya. Tanya juga Azmin Ali (ketika menjadi pegawai AnWAR) yang sering mengutus surat maaf kepada pejabat Gus Dur memaklumkan AnWAR teramat sibuk, walhal AnWAR sebenarnya tidak mahu berjumpa Gus Dur kerana beliau memandang rendah keupayaan Gus Dur.

6. Manusia merancang, Allah menentukan! Keadaan serta-merta menjadi terbalik selepas AnWAR dipecat dari kerajaan dan Gus Dur pula menjadi Presiden Indonesia. Ketika itu, AnWAR berulangkali menyatakan "Gus Dur adalah kenalan lama saya dan kami amat rapat sejak dahulu"! AnWAR mencari 'pintu' bagi membolehkannya berdamping dengan Gus Dur.

7. Ini termasuk Azizah yang dihantar AnWAR menemui Amien Rais di Jakarta bagi membuka ruang agar Azizah rapat dengan keluarga/isteri Gus Dur. Atas semangat persahabatan yang luhur, salam AnWAR disambut Gus Dur. Kunjungan ke Munich, beberapa kali ke KL menziarahi AnWAR membuktikan Gus Dur begitu ikhlas. Namun AnWAR, Azmin dan kelompoknya tidak tahu menghargai persahabatan.

8. Sehingga kunjungan Gus Dur ke Kongres PKR yang lalu, AnWAR dan Azmin sering mempersendakan Gus Dur di belakangnya. Gurauan mengenai fizikal Gus Dur, keletahnya sering menjadi modal AnWAR dan Azmin sebagai bahan jenaka. AnWAR juga menggunakan Gus Dur sebagai 'pelaris' dalam kempennya ke seantero dunia. Orang hubungan AnWAR dengan Gus Dur ialah Datuk Ravi Dharan Abdullah, empunya Daya Group yg banyak kepentingan perniaagaan di Indonesia.

Mungkin saja AnWAR benar-benar sedih dengan pemergian Gus Dur, atas pertimbangan apa, hanya Allah dan beliau saja yang tahu. AnWAR berhak meluahkan kesedihan beliau dalam blognya, namun beliau juga perlu jujur dengan menyatakan mengapa beliau tidak memberi penghargaan kepada Gus Dur sebelum Gus Dur menjadi Presiden Indonesia, walhal mereka telah lama mengenali.

Al Fatihah buat Pak Gus Dur dan takziah kepada keluarga kerana kehilangan orang yang tersayang!

1 comment:

Anonymous said...

Membaca artikel anda yang ini saja (tidak termasuk yang banyak lagi oleh penulis-penulis lain) sah menunjukkan bahawa si Anwar Ibrahim ni adalah seorang manusia yang bertopengkan hipokrasi. Saya hairan macamlah Wan Azizah boleh hidup berdampingan dengan si muarabal ini. Ramai lagi ibu tunggal yang tiada pelajaran, harta dan kedudukan di dunia ini yang boleh hidup berbahagia. Sedangkan Wan Azizah adalah seorang profesional berkelulusan tinggi. Tentu beliau boleh berdikari. Saya harap WAn Azizah akan menyahut seruan iklhas Puan Saidatul Said Keruak, bekas Presiden PKR. Saya bukan warga Malaysia. Tetapi saya muak dan meluat dengan para pembangkang Melayu di sana!