Thursday, December 24, 2009

KOMENTAR MENGENAI YUSUF QARDHAWI

1. Apa yang dijangka telahpun berlaku. AnWAR memanipulasi sepenuhnya kehadiran Tokoh Ma'al Hijrah negara 1431, Dr. Yusuf Qardhawi. GAmbar dan kenyataan Yusuf Qardhawi sedang bertebaran sekarang bagi mengelirukan pemikiran masyarakat tentang kes liwat AnWAR yang bakal dibicarakan Januari depan.

2. Satu perkara yang perlu kita sedar ialah Yusuf Qardhawi menyatakan pendapatnya atas kapasiti seorang rakan kepada AnWAR. Beliau bukan seorang hakim dalam perbicaraan. Pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan AnWAR memanipulasi beliau. Umat islam Malaysia jangan terkeliru dengan mainan 'licik' AnWAR.

3. Islam itu adil. Apabila seseorang dituduh melakukan sesuatu, orang yang kena tuduh boleh membalas tuduhan dengan menyatakan si penuduh membuat tuduhan palsu. Selepas itu bermulalah perbicaraan di mahkamah. DAlam kes ini, Saiful sedia dibicarakan di mana-mana mahkamah sekalipun. AnWAR yang sering mengelak.

4. JAngan terpedaya dengan helah AnWAR yang sering mewar-war bahawa beliau akan dibebaskan dengan segera jika perbicaraan berjalan di mahkamah Syariah. Belum tentu! AnWAR menyatakan demikian kerana mahu memesongkan isu dan perbicaraan di mahkamah syariah tidak berjalan sekarang. Jika ada, pasti dikatakan mahkamah syariah juga tidak adil nanti jika ada bukti-bukti yang boleh mensabitkan beliau.

5. Islam itu juga amat adil. Bukan soal saksi sahaja yang menjadi persoalan pokok di mahkamah syariah. BAgaimana dengan prinsip keadilan, Qarinah dan lain prinsip ketelusan dalam islam. Saya percaya, SAiful juga telus, kerana itu beliau berani menyatakan kebenaran. AnWAR hanya minta 4 orang saksi kerana beliau tahu pendakwa tidak dapat menyediakannya. Prinsip keadilan dalam islam lebih luas dari itu.

6. Yusuf Qardhawi juga tidak mempraktikkan kemahiran undang-undangnya di Malaysia. SAtu ilmu yang wajar beliau pelajari kini adalah pelaksanaan undang-undang dan kehakiman syariah di Malaysia. Jangan fikir dengan status yang beliau ada sekarang, beliau telah mahir segalanya. Saya tidak berniat menghinanya, namun sebagai seorang yang tawadhu' serta cintakan kebenaran, beliau wajar menerimanya sebagai satu teguran yang membina.

7. Jika dalam keadaan sekarang, Yusuf Qardhawi tidak layak pun menjadi peguam AnWAR dalam perbicaraan mahkamah syariah di Malaysia. Peguam Syar'ie di Mala ysia perlu lesen praktik di sini selain kemahiran undang-undang negara. AnWAR tahu itu, maka itulah beliau memanipulasi pemikiran rakyat dengan menggunakan Yusuf Qardhawi. Tidak semua fatwa Yusuf Qardhawi diterimapakai di negara ini!

Maka itu, sementara kita menghormati ulama' besar seperti Yusuf Qardhawi, kita juga harus mempunyai ilmu di dada agar kita tahu apa yang kita buat dan siapa yang kita sokong. islam sendiri menganjurkan penambahan ilmu. Jangan biar diri kita diperalat untuk manfaat individu dan mencapai kepuasan diri...................

12 comments:

Siddiq Azani said...

anwar memang licik dan bijak mempergunakan orang lain. beliau memang wajar digelar sesumpah. tapi lebih baik kalau digelar "sesumpah yang meliwat"

- WBhim

Anonymous said...

Kita mau tanya Dr Yusof Qardrawi, betulka sokong PAS conform masuk syurga?

kasim said...

skang, dah dua ulama' besar nyatakan pendirian sokong anwar, bukan yusuf sorang ni je..

tuan baca disini shj..

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/12/terbaru-seorang-lagi-ulamak-besar-dunia.html

rasanya, semakin ramai ulamak besar dunia akn backup anwar ni, baik kita segera memintasnya....

tak dinafi, anwar mmg mempunyai pengruh besar, bukn shj dunia barat, bahkan dunia islam...so, minta think tank najib fikirkan bagaimana cara berhadapan dgnnnya...

EpOoL De DrAGoNiZeR said...

hahahaha... Sokong PAS confirm masuk syurga?? Haduih.. Jap saya nak tengok kat buku syarat masuk syurga..... Ada tak ALLAH senaraikan syarat masuk syurga tu kena sokong PAS.. Saya ni bukan retorik UMNO, tapi kalau dah PAS buat statement gitu, takkan kita nak ya kan... Mengenai Dr. Yusof ni, dia tak tau citer sebenar, sebab tu lah kesimpulan dia hanya pada Anwar.. Cuba Anwar dan Saiful duduk semeja berhadapan dengan Dr tu, kita tengok apa komen beliau..

aliffnajmi said...

Dr Yusof cuma dengar cerita dari belah anu-war jer. Sebagai seorang ulamak yg dihormati di Malaysia ni... sepatutnya Dr Yusof juga perlu menghormati rakyat Malaysia terutamanya si Saiful tu dan kenal pasti siapa mangsa dan pemangsa yg sebenarnya.

Dr Yusof tak harus keluarkan kenyataan camtu sebelum dengar cerita dari kedua2 belah pihak.

x-pkr said...

siddiq,,,

sudah terang lagi bersuluh...tu pun depa tak npk2 lagi !

anon,,,

Qardhawi tak faham ckp melayu, inggeri spun dia hancus...tu yg dia dok kena belit dgn AnWAR je...

kasim,,,

yesss, DR. wahbah ! barang diingat, mrk bercakap atas kapasiti kwn, bukan hakim. Hakim akan mendgr dua2 belah pihak bila nak buat keputusan..

epool,,,

saya setuju dgn anda, tapi AnWAR pasti tidak bersetuju...hehe

aliff,,,

tu yg nama ulama' besar...tak tau hormati undg2 negara lain, ingat sendiri sudah byk betul....

madi said...

saya tidak salahkan yusuf qardawi atau siapa sahaja ulama didunia yang memberi sokongan kepada anwar. sebab mereka tu orang luar yang tak tau apa-apa pun, rakyat malaysia yang berhadapan dengan isu ini hari-hari pun masih tertipu dek kerana taksub. selagi puggung sendiri tak disondol selagi itulah akai mereka tak berjalan.

Anonymous said...

Salam,sebenarnya dr yusuf tu tak salah,dia bkan tau apa2 pun tntang politik kat malaysia ni,cuma terkilan skit,sbg ulamak besar takkan dia tak terrfikir tentang perasaan mangsa,keadaan mangsa sebelum buat kenyataan,kenapa dari dulu PAK SHEIKH ni asyik bergelut dgn kes liwat je tak habis2?kita yg "BODOH" ni pun blh terfikir..tak kan dia tak boleh ya tak?tu lah tandanya manusia ni tak ada yg sempurna....walaupun dia tu ulamak muktabar...nyata emosinya menguasai fikirannya!

Anonymous said...

SILAP TU.bkn 2ulamak.tiga. Ulamak BALA... ada blog klakar kuar surat BALAci brsumpah. minta ANU plak bsumpah .dia dah penat jadi BALAci. BALA trpaksa jd BALArealReward takala kes liwat nak tersebut Jan. ni. Dlm surat bsumpah tu Bala minta Nuag plak bsumpah,dia dah penat...dah penat jd BALAci. kah kah kah... -PeliwatBangsa-

jiwakita said...

salam....

ini nukilan Nik Najmi...

“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim. Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

“Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

yg didakwa di ucapkan oleh tokoh islam
ternama Dr Yusuf Qardrawi...

pehhh...hebat mainan penulis upahan!

Anonymous said...

assalamualaikum...sahabat yg budiman... Kenyataan pas ttng masuk syurga adalah bukan kata2 kosong..kalau org yg ber'kal @ yang syg agama pasti tau sbb dan knp Tok Guru menyatakan sebegitu. Memeng la soal syurga adalah bergntung pada keimanan dan kketaqwaan masing2 tp Allah mempersoal juge pasal apa yg telah kita lakukan d dunia, Allah tya apa agamamu, panduanmu...dll...dan siapa pemimpinmu..jadi sudah sah kt sini Umno tolak hukum hudud, bukan tolak lg, siap hina pulak tu...itu ke Islam,kalau xde ilmu sekalipun (atau xnak hukum hudud) xpyh ckp ttg hudud buat dosa jer...ini Undang2 Tuhan..bukan pas yg buat..Korang x bc ke pasal 'penghinaan ummat Islam thdap Islam" sndiri, Ummat Islam kt sini (umno la)..kalau org kafir nk hina xpe lagi la..sbb dah kafir..mmg sifat diorang tp yg Islam ni..yg telah pun Allah bg Hidayah..jadi, cuba korang buka Quran..tgk surah ape yg bincang pasal Hudud dan apa hukum menolak Hukum hudud ni...kalau korang xtakut korang ikut ah telunjuk dan petunjuk umno, sbb aku tgk makin hari makin dahsyat..emm.. barulah korang boleh nk menilai..jgn ckp tanpa berfikir..lebih diam dari berckp..krn diam lebih baik,drpd ckp tp xde ilmu.. wallahu'alam..
_anti_jahil

Anonymous said...

pada anonymous......tak payah la cerite yang besar2........hudud, payah kita nak paham....biar org yg pandai buat analisa......kita tengok benda yg kecik2 ni dah.....apahal imam ko mencarut tak tentu arah....tu islam ke? nama je to guru, tapi hampeh.....kalau dah kepala gile babi, pengikut dah mcm babi......ko ni pun sama dah kot.....