1. AnWAR sekarang sudah boleh menghitung hari sebagai orang yang bebas di bumi Malaysia. Beliau sudah mula menghantar 'signal' kepada rakan-rakan luarnya bahawa beliau bakal dikenakan tindakan atas sikap dendam pemimpin negara terhadapnya yang tidak kunjung padam...kononnya la!!
2. Sebenarnya ia tiada kena mengena dengan orang lain. AnWAR wajar menyalahkan dirinya sendiri atas segala apa yang berlaku. Namun seperti biasa, AnWAR tetap mahu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku bagi menutup sebarang keburukan dan kesalahan yang telah dilakukannya.
3. Saya akan cuba mengulas beberapa 'talian hayat' yang akan digunakan AnWAR bagi menghidupkan sisa-sisa peluang memanjangkan 'talian hayatnya'. Yang terkini AnWAR bakal menggunakan konvensyen Pakatan pimpinannya untuk menyatukan ahli gabungan agar menyokongnya.
4. Isu yang bakal digunakan sebagai 'penyatu' adalah tuntutan royalti minyak oleh Kelantan. AnWAR melihat isu ini menguatkan sokongan PAS kepadanya kerana tidak kira ulama' atau erdogan, PAS bersatu dalam hal ini. Tindakan PAS mendodoikan isu ini sebagai penindasan dan kezaliman juga berkait rapat dengannya.
5. AnWAR langsung saja akan mengaitkan dirinya juga sedang difitnah dan dizalimi oleh pemerintah yang kejam. Sentimen ini akan mengundang simpati dari rakyat yang dikelirukan oleh manipulasi minda AnWAR. Beliau tidak putus-putus menggambarkan kerajaan pusat sebagai kejam.
6. Penglibatan Tengku Razaleigh juga adalah bonus buat AnWAR. Soal Ku Li akan menyertai kaukus itu nanti atau tidak, tidak penting buat AnWAR. Yang penting buat AnWAR, Ku Li telah bercakap nada yang sama dengannya. AnWAR juga akan berkata UMNO/BN sendiri juga sanggup menganiayai Ku Li, ahli mereka sendiri.
7. Isu royalti ini juga bakal memancing minat Sabah dan Sarawak untuk turut serta. AnWAR tahu dari segi undang-undang perlembagaan, mustahil bagi Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk memenangi kes ini. Namun yang penting baginya adalah PERSEPSI bahawa kerajaan pusat itu zalim!
Ini antara sisa-sisa peluru yang akan AnWAR gunakan menyerang kerajaan pusat. Ditambah dengan kepakaran AnWAR menambah pelbagai perasa dalam serangannya (w/pun sering menggunakan bahan yang sudah basi), isu ini bakal menyatukan pakatan dan menarik minat rakyat yang akan terpesona dengan 'ayat-ayat cinta' AnWAR.......
Persoalan yang timbul sekarang, di pihak kerajaan pusat, apa yang mereka buat untuk menangkis dakyah-dakyah AnWAR ini. UMNO, BN sepatutnya sudah kehadapan dalam menjangkakan isu yang bakal dibawa AnWAR! Namun sebaliknya berlaku, kerajaan nampaknya sedang terperangkap dalam beberapa isu kebelakangan ini.......Benarlah kata negarawan Malaysia Tun Dr. Mahathir, "Melayu memang mudah lupa"...........

12 comments:
STUJU BRO!..BN/UMNO MCM XDE SMANGAT MELAWAN!. SEMUA MENIKUS!. ADOIYAIII
talian hayat anwar lepas 'geram' pada siapa? hi hi hi
Biasala anwar ni memang kaki pusing.. sekarang nak jadi hero di kelantan dengan isu royalti minyak..untuk kaburi rakyat Kelantan setelah gagal menjatuhkan kepimpinan PAS Kelantan bagi menaikkan "Kaldai"nya menerajui PAS..malangnya tak berjaya .. Sedarkah Nik Aziz bahawa "kolonel Mat" yang dikatakannya itu sebenarnya mungkin Anwar sendiri..
-Prebet Mat-
Kepada X-PKR,
1. Apa akan jadi dgn kes Al JUBURI jika UMNO/BN tumbang pilihanraya akan datang?
Adakah Al JUBURI ni akan bebas?
2. Memang PAS sekarang agak bijak memanipulasi isu royalti & memang kerajaan sendiri terperangkap. Kisah Ku Li yg main tarik tali juga mengundang kegusaran.
3. Kebanyakkan umat melayu memenag mudah lupa..cuba tengok peristiwa 13 May & isu pijak gambar 3 wakil lompat. Cuba baca blog Al Maksum Khalid Samad..
setuju...bukannya sibuk nak ubah modul BTN, sibuk nak kata Tun M rasis...
Dah tau, pemimpin UMNO takkan nak gentel telo aje...hehehe. Kadang-kadang yang biadap perlu dilayan dengan biadap juga.....
Saya setuju dengan pendapat anda bhawa UMNO/BN lembab dalam memberikan penjelasan kepada rakyat. Mereka tidak terkehadapan dalam membetulkan manipulasi politik pembangkang. Sebaliknya sibuk dalam politiking parti sendiri.
Kalau kita pergi berbincang dengan politikus UMNO samada di bahagian atau cawangan, isu yang dibincangkan bagaimana memburukkan rakan atau menjatuhkan rakan. Tiada semangat perjuangan seperti ahli PAS atau PKR (perkara ini perlu kita akui).
Dalam hal royalti minyak, tidak penerangan konkrit oleh UMNO/BN melalui ceramah kepada rakyat(ceramah lebih dekat dengan rakyat kerana penyampaiannya mudah). Sebaliknya saya pernah mencadangkan kepada seorang pemimpin UMNO berkenaan hal ini tetapi beliau mencadangkan agar rakyat membaca akhbar arus perdana milik kerajaan. Saya anggap pemimpin ini tidak berada di peringkat akar umbi(w/pun selalu ada program dengan rakyat) kerana persepsi rakyat sekarang ialah akhbar atau TV milik kerajaan hanya boleh dibaca analisa dan penerangannya tetapi tidak boleh dipercayai kebenarannya. Nampaknya w/pun kalah teruk dalam PRU12 tetapi pemimpin UMNO masih bersifat 'denial syndrome'.
UMNO/BN bukanlah tidak baik tetapi pemimpin yang diberikan amanah selalu membuatkan penyokong seperti saya kecewa dengan tindakan mereka.
UMNO lesu dalam membetulkan persepsi rakyat contoh dalam royalti minyak. Saya pernah cakap kepada seorang pemimpin UMNO agar dibuat penjelasan tentang isu-isu yang dimanipulasi pembangkang. Pemimpin UMNO itu kata baca dan tonton saja media kerajaan seperti akhbar dan televisyen.
Inilah mentaliti pemimpin UMNO yang masih dalam tidor yang lena. Dia tak tau yang rakyat sekarang ni memang baca dan tonton TV tapi kurang mempercayai maklumat yang disampaikan berkaitan penjelasan kerajaan.
Itu sebab UMNO/BN macam dah penat jadi kerajaan.Kalau dah tak minat, cakap aje,senang kita pakat-pakat bagi kerajaan kat PR...
bro jeffry,,,
apo nak dikato...
Dr. Sid,,,
siapa makan cili, dia rasa podeh...hehe
anon,,,
mari berusaha dan berdoa agar ianya tidak berlaku...
anon,,,
tegur bukan tanda marah...ianya tanda sayang...mari kita bantu mrk yg masih dibuai mimpi!
setuju sangat bro... Umno memang lembab dan tak mampu tangkis isu pembangkang... Bila isu BTN dimainkan.... Umno dengan umno pula bertelagah... Macam ni pun boleh jadi menteri...
Yang pemuda pula lebih aktif lobi projek...tolonglahh... Jangan biarkan rakyat terjemahkan undi kepada pembangkang bukan kerana mereka hebat tapi kerana bosan dengan telatah pemimpin UMNO dan BN..
salam, hahah umno-bn, asyik bertelagah.. semua usaha secara ad-hoc, btn, semua ada pendapat..tapi kosong...macam otak ahli ahli umno yang porno ketuanan melayu. takut sangat tak dapat bantuan walau dah kaya secara ali baba... semua nak projek dan bukannya buat, tapi makan atas sngin. benda rm 10 jadi rm 1000... macamana nak maju macam thailand atau south korea.. gunung pun habis dengan mentaliti subsidi.
haha pelik tapi benar.kenapa lah blog ni hentam anwar ibrahim je?klu dah 'EKSTRIM' sgt, cube lah buat artikel yg berfakta bukan auta..ni lah die AMNO..suka jaga tepi kain org tapi kain sendiri xdjage..
Post a Comment