Sunday, December 6, 2009

KENAPA AnWAR CACI PM AUSTRALIA.

1. Perkembangan terkini sosio-politik tidak memihak kepada AnWAR. Bermula cercaan penyambung lidah Yahudi - Far Eastern Economic Review yang melabelkan AnWAR sebagai 'chameleon', lawatan ke Amerika Syarikat yang dikira gagal, perkembangan politik tanahair yang begitu kucar-kacir bagi pakatan pimpinannya. Paling terkini, penolakan mahkamah terhadap permohonannya untuik menggugurkan kes liwat dan lawatannya ke Australia yang juga dikira gagal mencapai misinya.

2. Di Australia, AnWAR ditemani Dr. Rahim Ghouse, sang arab celup yang bermastautin di sana. Mengetuai sebuah koperasi 'islam' di Melbourne, Dr. Rahim Ghouse banyak mengatur program-program menaikkan nama AnWAR di sana. Seperti di Amerika Syarikat, AnWAR banyak menyalurkan wang kepada kumpulan pelobi-pelobi bagi menaikkan namanyha di Australia. Dari zaman Gareth Evan menjadi Menteri Luar Australia sehinggalah kepada Alexander Downer di zaman John Howard PM Australia, AnWAR begitu mahsyur di sana.

3. Anaknya Ehsan pernah bersekolah disana dibawah kelolaan Sheikh Umar Hallak, dengan urusan yang cukup mudah. Imigresen Australia begitu bertolak ansur dengan proses kemasukan Ehsan dan toleran dengan Sheikh Umar Hallak yang menguruskan sebuah sekolah di sana (Australia dikenali sebagai negara yang beitu tegas dlm undang-undang Imigresen serta tidak 'muslim friendly'). Rangkaian Gareth Evan dan Alex Downer yang mengatur serta memudahkan segala urusan AnWAR di sana.

4. Tentunya rangkaian ini berkait rapat dengan Gerakan Muslim Liberal serta agenda tersembunyi yang didokong oleh Amerika Syarikat. Ketika itu John Howard adalah sekutu rapat Amerika Syarikat yang diketuai oleh George Bush Jr. yang banyak melanyak islam secara terang-terang. Alex Downer (bekas Menteri Luar Australia) pula adalah keturunan Yahudi yang masih punya keluarga di negara haram Israel. Beliau banyak menyusahkan umat islam di Australia tetapi begitu baik dengan AnWAR.

5. Zaman berubah, w/pun Amerika tetap Amerika dan Australia tetap Australia, namun kepercayaan mereka kepada AnWAR kian pudar. Di Australia, AnWAR sudah hilang tempat bergantung. Pengaruh Gareth Evan dan Alex Downer kepada PM baru Australia adalah 'zero'. Percubaan AnWAR sedikit berjaya apabila Menteri Luar Australia yang baru, Stephan Smith 'memberi muka' kepada Gareth Evan (bekas Menteri Luar Australia) yang memohon beliau menemui AnWAR. Namun PM Kevin Rudd tetap tidak 'beri muka' kepada AnWAR.

6. Bila tidak dapat bertemu, maka dicacilah PM Australia itu. Sebenarnya AnWAR bukan sahaja tidak dapat menemui PM Australia, PM Singapura dan Presiden Indonesia juga tidak dapat ditemui AnWAR! Kenapa AnWAR tidak mengherdik mereka? Ini helah politik AnWAR mengaburi minda penyokongnya. PM Singapura tidak diherdik kerana menjaga sensitiviti masyarakat Cina yang menyanjung Singapura. Presiden Indonesia tidak diherdik bagi menjaga hati rakan-rakan Indonesia yang banyak membantunya selama ini.

7. Di Thailand, AnWAR berjaya menemui Presiden Abhisit Vejajiva atas permintaan Gabenor Bangkok dari Parti Demokrat, Putera Sukhumvand yang punya pertalian rapat dengan Raja Bhumiphol. Mungkin sebagai PM baru, Abhisit harus mencari jalan berbaik dengan raja mereka. Di Australia, tiada apa-apa kepentingan PM Kevin Rudd mahu menemui AnWAR. AnWAR ke sana pun tidak mewakili negara atau Parlimen Malaysia. Beliau ke sana mewakili dirinya bagi program yang tidak diiktiraf kerajaan Australia pun.........

Nilailah sendiri hipokrasi AnWAR ini. Semasa di Manila, Wan Azizah sudi diterima Joseph Estrada dalam lwatan peribadinya, AnWAR menyatakan Estrada sahabat sejati dan menjunjung demokrasi. Duta Malaysia ketika itu DAtuk Arshad Hussein membantah bagi pihak kerajaan Malaysia. AnWAR menyatakan Malaysia mencampuri hal ehwal dalaman Filipina! Ketika Madeline Albright sudi menemui Wan Azizah semasa persidangan APEC di KL, KL membantah secara rasmi namun tidak dihirau Albright. AnWAR mengatakan KL tidak tahu menghormati tetamu.......

Kini AnWAR mencerca PM Kevin RUdd di bumi Australia! Tidakkah ini telah mencampuri urusan dalaman negara Australia. Tidakkah AnWAR begitu biadab sehingga tidak tahu menghormati tuan rumah? Nilaikanlah sendiri.................

18 comments:

Anonymous said...

Salam..klu kena kt dia,semua boleh..biasalah PAK SHEIKH kita,matlamat menghalalkan cara!

asrole said...

Biasala tu, kalau orang puji dia,dia kata penjunjung demokrasi, kalau orang tak peduli dia .dia caci...bak kata FEER ,sesumpah...

Anonymous said...

dia tak berani herdik presiden US dan perdana menteri Israel lagi setakat ni..kenapa ya? he..fikir2kan sendiri..

WBHim

ellizie said...

Nampak sangat artikle bodoh. 1. DSAI tak ada pun nak jumpa PM Australia. 2. Anak dia Ehsan dok study kat Lim Kok Wing..

story properly la

x-pkr said...

ellizie,,,

t/kasih sudi singgah....ehsan sekolah di australia 1998-2000. cuba check dgn Azizah...tanya juga kat AnWAR knp di call gareth evan minta atur pertemuan...

apa pun terima kasih krn sudi singgah dan harapan saya datanglah lagi...kita boleh bertukar2 pandangan.

Unknown said...

ellizie.. cam elizabeth bogel wong lak..wahahaha padan muko hang!

Anonymous said...

Kesian ellizie ni....dah kena kencing anuwar

Anonymous said...

kesian ellizie..nanti masuk bagi la salam dlu.haha

ellizie said...

salam, komen2 yang tak membawa kepada kemantapan pemikiran , asyik cerita lama, tak ada cerita hijrah atau perubahan ke?

kudaterbang said...

ellizie,

Cerita lama adalah sejarah. Walaupun kita berjalan ke hadapan yang dibelankang ke lihat juga. Macam pandu kereta. Kena lihat juga keadaan di belakang kita.

Tapi aku faham, Pro Anwar memang tak jaga belakang itu sebab Anwar boleh cucuk ikut belakang.

Anonymous said...

ellizie....jangan2 ko dah pekena dengan anwar tak.....bila cakap pasal anwar cam marah je......ko dah cerita lain lak...cerita lama la, nak mantap pikiran la.....macam2.....kalau otak dah kena kencing anwar, nak mantap macamana lagi....kesian kat ko....

Anonymous said...

salam apela korang ni...sama islam pon nak bergaduh n kutuk2..aku xsokong mane2 tapi korg buat tuduhan ni korang ader bukti ker?setakat cakap jer kat sini xde bukti tu namnya fitnah besar tuh..mcm kes anwar liwat, kes blum pn selesai siasatan, korng dabuat kptsn...sedare seagama...ingat lah betapa besar nya kesalahn memfitnah ataupun membuka keaiban orang lain lebih-lebih lagi saudara seagama...Allah tu lebih tau dari kamu..klu pn btul apa yg kamu ckp btul, kamu kna igat kamu pun ada cerita yg aib, dan tidak mustahil crita yg mengaibkan kamu diketahui ramai satu hari nanti

akumanusiabiasa said...

kuat tul korang kutuk anuar ni....
egat mne tau suatu ari nnti orang yg korang kutuk2 ni jd PM m'sia....
mne thukan...
kuasa ilahi..

Anonymous said...

aku cukup meluat tgk artikel bodo mcm ni..pastu main tuduh je2.. korang sokong la umno pengkhianat bangsa tu,,,habis suma harta negara di angkut,,kes2 mcm ni x nak plak diorang tangkap sebab fitnah,,kalau kes altantuya,,bukan main lagi,,sape fitnah di carinya,,,aduuuh,,,fikir2kan renung2kan,,,selamat beramal!!

keroist said...

macam ni la bro...
aku setuju gak ngan anynomous tuh..
mcm kes altantuya tuh tau2 senyap je... yg sepatutnya kene tangkap boleh lak lepas.. last2 yg pecacai tula kene tanggung akibatnya...

satu lg pasal isu liwat ni pun pelik btoi aku... gaya ckp dalam blog ni kononya mcm warak, ingat tuhan... tp yg aku peliknya klu betul ko nak kene liwat apsal ko x melawan... pastu apsal lepas 2 hari br nak buat report.. ko kene paksa ke buat keje cam ni... ingatla tuhan beb... klu setiap org kat mesia ni buat smayang hajat & berdoa supaya ditujukan bala kepada org yg membuat fitnah tu.... wallahualam... mgkin azab yg bakal di terima tu lambat tapi masih sempat utk ko bertobat bro....

Anonymous said...

Semua yang bagi komen dalam tak guna otak semua sekali..jangan nak tuduh sape2 sebab semua pun tak tahu..dengar cakap orang sikit terus percaya.. belajar dulu tinggi-tinggi,mendalami ilmu agama,bukan duk reka cerita kat sini..allah je yang tau perkara sebenar..allah juga maha kuasa, membinasakan sesiapapun atau mana-mana kerajaan zalim pun yang diinginiNya..lihatlah bagaimana nasib firaun dan pengikutnya.. nak jadi macamtu?

Anonymous said...

emo lah Melayu, patutlah tak boleh bersatu..

zid said...

dah lama tak suka Anwar dah..