Monday, January 4, 2010

LIDAH AnWAR BERCABANG-CABANG

1. Bantahan terhadap kebenaran penggunaan nama Allah oleh penganut Kristiani semakin memuncak. Banyak pihak telah menyuarakan pandangan. UMNO, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Nik Azizi (flip flop?) menentang keputusan hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan. Kita percaya banyak lagi bantahan akan timbul dan momentum ini harus dikekalkan bagi menunjukkan kesungguhan kita! Jangan hangat-hangat tahi ayam dan cuba meraih keuntungan politik dari isu ini.

2. Di mana sang pembuka ruang bagi umat Kristiani mempercepatkan langkah membawa perkara ini ke mahkamah? AnWAR masih membisu seribu bahasa! Beliau yang dikenali sebagai 'juara' isu kali ini agak perlahan dalam mengambil kesempatan terhadap isu ini. Di mana juga pandangan parti pimpinan Wan Azizah dalam isu ini? di mana golongan 'ustaz' dalam PKR terhadap isu ini? Badrul Amin tak nak keluarkan 'fatwa' bahawa sesiapa yang membantah keputusan mahkamah itu adalah golongan 'syaitan'?

3. Khabar terbaru mengatakan w/pun AnWAR diam, sms beliau tetap berjalan melalui balaci politik beliau yang kelabu asap! AnWAR menyatakan keputusan hakim Lau Bee Lan adalah perangkap untuk memecahkan pakatan pembangkang. AnWAR juga menasihatkan ustaz-ustaz dalam PAS agar berhati-hati dengan taktik UMNO yang konon kini sangat 'desperate' meraih simpati rakyat. AnWAR menambah ini taktik yang sama diguna oleh Dr. Mahathir (skg Tun) untuk memerangkap PAS dahulu dalam isu negara islam.

4. Kepada yang rasional dan ikhlas terhadap pembangunan islam di Malaysia, sms AnWAR tidak menjadi 'kudis' pun. Ramai yang dapat menjangka mengapa AnWAR begitu risau sekiranya PAS berpandangan yang sama dengan UMNO dalam isu ini. AnWAR cuba menjadi 'duri dalam daging' berkaitan isu ini. Di hadapan masyarakat Kristian (termasuk ketika pertemuan dengan Pengerusi Majlis Gereja), beliau menyatakan sokongan terhadap pengunaan kalimah Allah oleh Kristiani. Di hadapan umat islam, beliau membantah penggunaan tersebut selain cuba memutarbelit fakta.

5. AnWAR kini dilihat masuk perangkap yang dipasangnya sendiri. Tujuan awal beliau menyokong golongan ini adalah untuk meraih sokongan. Apabila disanggah oleh beberapa penyokongnya ketika itu, jawapan 'standard' beliau, "tak pa, kita selesaikan nanti bila i jadi PM (merujuk tarikh 16 Sept lalu)". Komen sorang sahabat AnWAR yang telah 'mufaraqah' dirinya dari AnWAR, AnWAR terlalu taksub untuk berkuasa, maka itu beliau 'termakan' kata-kata Maciavelli "Tujuan menghalalkan cara" dan Gobbel " Pembohongan yang diulang-ulang, akan menjadi kebenaran".

Anehnya, ini modal AnWAR menyerang Dr. Mahathir dulu dan kini mula terpalit ke dirinya kembali. Hujah AnWAR yang berkoyan-koyan menghalalkan penggunaan kalimah Allah ada asasnya serta boleh diperdebat. Namun dalam konteks Malaysia, ianya mudah. Penggunaan itu dibantah kerana tidak mahu umat islam keliru dengan penggunaan Allah oleh dua agama yang berbeda. Apakah AnWAR juga mahu megelirukan umat islam dalam hal ini...........

Sekian

3 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..AL JUBOREE NI KAN SPESIS SESUMPAH. KLU DLM POLITIK DIA BLH BERTUKAR2 KALER INI KAN PULAK BAB AGAMA. DIA BLH KASI PUTAR LAJU2 MCM RODA IMPIAN BROO. JANJI AKIDAH ORG ISLAM TERGUGAT! YG LAIN2 DIA X AMIK PUSING. KEHKEHKEH

Jeepers Creepers said...

anwar sengaja mencipta huru hara untuk mengalih perhatian rakyat dari kes dirinya.

inikan tindakan anwar sejak 1998 lagi.

Anonymous said...

slm,kdg2 kebenaran itu datang tanpa kita menduganya,NAAH!maka terkedulah manusia HIPOKRIT ini seketika!MENCARI AKAL APA TINDAKAN SEPATUTNYA!namun jgn disangka dia diam kerana timbulnya kesedaran..tapi mencari alasan utknya terus MENYESATKAN!!!PERCAYALAH!!!!!!!!!!