Monday, February 22, 2010

AZIZAH BAKAL CANSELOR UNISEL?

CIK FAEKAH HUSSEIN (Ahli Lembaga Pengarah UNISEL)


1. Exco Selangor YB Dr. Xavier Jeyakumar umumkan Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) sekarang Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan disambung perkhidmatannya yang dijangka tamat Jun 2010. MB YAB Tan Sri Khalid Ibrahim pula kata kerajaan negeri masih belum membuat apa-apa keputusan tentangnya lagi.

2. 'Tip' dari UNISEL menyatakan pengumuman Xavier si doktor gigi tu hampir pasti! TS Khalid masih lagi bermain tarik tali, tidak mahu umumkan secara jelas. Beberapa nama telah dicadangkan bagi menggantikan Datin Seri Rosmah. Yang lebih menarik perhatian, cadangan nama itu juga datang dari beberapa sumber.

3. AnWAR seperti biasa punya agenda sendiri di Selangor w/pun cuma Penasihat Ekonomi yang hingga kini tidak dijelaskan terma perkhidmatannya! Beliau mahukan Azizah sebagai Canselor baru. Konon kata rakyat yang mahu padahal AnWAR yang mahu sebagai balasan 'bantuan' Azizah terhadap beliau kebelakangan ini.

4. Azizah kini bergelar Datuk Seri anugerah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, AnWAR yang mengusulkan kuat kepada Lim Guan Eng. Kini beliau mengusulkan nama Azizah kepada TS Khalid, namun kurang disenangi Khalid. Lalu AnWAR menggunakan Azmin mempengaruhi Exco Selangor bagi menekan Khalid.

5. Tekanan juga dibuat melalui 'org dalam' UNISEL, iaitu melalui Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Sdn. Bhd., Cik Faekah Hussein. (gambar) Beliau bekas setiausaha politik Dr. Wan Azizah semasa Azizah Ketua Pembangkang di Parlimen 2002-Mac 2008. Sejurus menawan Selangor, Faekah Hussein dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di UNISEL.

6. Cadangan Azizah sebagai Canselor dibantah hebat oleh YB Dr. Halimah Ali (exco pendidikan Selangor) yang lebih relevan membuat kenyataan berkaitan hal ini berkaitan berbanding Xavier! Tidak diketahui mengapa ini terjadi. YB Rodziah (juga exco) membantah cadangan nama Dr. Wan Azizah. Mereka dilihat mewakili suara MB Selangor.

7. Mereka cenderung menamakan Dr. Syed Husin Ali sebagai Canselor, sesuai dengan kepakaran Syed Husin dalam bidang akademik. Malangnya cadangan ini dicantas oleh AnWAR, Azmin dan yang seangkatan dengannya dengan mencadang Syed Husin sebagai Senator di Dewan Negara. Khalid "Gagap" terpaksa akur dengan permainan ini.

Kecenderungan AnWAR 'menghadiahkan' sesuatu kepada Azizah kebelakangan ini dilihat ada kaitan dengan kes liwat AnWAR yang sedang berjalan. Kemunculan nama Azizah sebagai saksi alibi kes ini juga memeranjatkan. Memang Azizah pernah dipanggil polis 2 tahun dahulu berkaitan kenyataan alibi Azizah tentang AnWAR, tetapi nama Azizah tiada dalam senarai awal sebagai saksi pembela/alibi di pihak AnWAR. Namun apabila nama Azizah disenarai secara tiba-tiba dalam senarai saksi alibi AnWAR, pasti ada yang tak kena!

Nantikan sambungan analisis tentang apa perkara yang tidak kena itu...................

3 comments:

TokeyGaram said...

Tuan,

Tumpang tanya siapakah gambar wanita itu.?

x-pkr said...

tokeyGaram,,,

Beliau ialah Faekah Hussein, Bekas s/u politik Wan Azizah, kini Ahli Lembaga Pengarah UNISEL. Sgt berpengaruh terhadap wan Azizah!

Dulu masuk mesy MPP dan Biro politik PKR w/pun hanya ahli biasa PKR!

seorang peguam 'SPA' by profesyen. Bergiat di PKR bahgn Kuala Langat. berumur 40-an and still available.

kini bila Azizah dah takde jawatan, beliau tumpu di UNISEL n biz guaman dia.

penyokong Azizah dulu, kini dan selamaya.........

Anonymous said...

Jayakumar cadang saap pulak ? Ronnie Liu yang sokong ARAK tu kah ...