Monday, March 22, 2010

AnWAR, AASIL, RPK, NAZRI DAN KALI.

1. Aasil Kazi Ahmad, nama yang kian terkenal kebelakangan ini. Seorang berketurunan Pakistan memegang paspot Amerika Syarikat. Bertugas sebagai pegawai khas kepada AnWAR dan berpangkalan di Washington. Kelibatnya pernah kelihatan di pejabat PKR dan rumah AnWAR. Punya peranan penting mempromosi jenama 'Anwar Ibrahim' di peringkat antarabangsa. Juga punya kepakaran teknikal dalam teknologi maklumat. Seorang 'media specialist' yang menguasai kepakaran hubungan awam di AS.

2. Raja Petra Kamarudin (RPK), seorang putar alam yang didakwa tunjang Malaysia Today. Punya kepakaran mensensasikan cerita. Bermula sebagai penggerak 'Free Anwar Campaign' di alam maya tahun 1998. Gunakan kesempatan ini untuk tonjolkan dirinya di peringkat antarabangsa. Kemudian menjadi penggerak utama Suara Keadilan tahun 2000-2002. W/pun tanpa permit, akhbar tersebut cukup laris, tetapi dilaporkan tak untung. Melarikan diri ke luar negara setelah tembelang putar alamnya makin pecah.

3. Datuk Ahmad Nazri Abdullah, bekas Ketua Pengarang Berita Harian di zaman AnWAR berkuasa. Banyak menulis untuk menjual jenama 'Anwar Ibrahim' di akhbar tempatan. Disifatkan sebagai 'taiko' dunia media ketika era AnWAR menguasai kerajaan. PM ketika itu pun tidak dihormati oleh Nazri. Proksi AnWAR ketika saham Realmild diambilalih dari UMNO dan dijual kepada individu. Melarikan diri ke London setelah AnWAR ditangkap dan kini kembali ke Malaysia serta bertindak sebagai 'media strategist' kepada AnWAR.

4. Datuk Kalimullah M. Hassan, bekas Ketua Pengarang NST. Hanya 'hidup' di zaman Pak Lah berkuasa namun kekayaannya 'tak habis makan'. Mula berjinak-jinak dengan AnWAR setelah Pak Lah mula kehilangan sokongan di kalangan pimpinan UMNO.W/pun berbeza alasan, AnWAR dan Kali berkongsi matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kepimpinan DS Najib. Pernah menemui AnWAR secara berkala di KL, Singapura, Hong Kong dan London. Seorang 'media expert' yang membantu propaganda AnWAR.

Empat orang personaliti ini punya kepakaran dalam media serta punya rangkaian dengan media-media antarabangsa. Nazri dan Kalimullah bertindak sebagai perancang dengan rangkaian masing-masing, manakala RPK dan Aasil bertindak sebagai 'spin doctor' memutarbelit isu dan memesong pemikiran masyarakat. Kerana itu, tidak hairanlah AnWAR sentiasa mendapat tempat di media antarabangsa, dan tentunya strategi AnWAR menjayakan rancangan ini melibatkan wang yang bukan sedikit jumlahnya.........

3 comments:

Anonymous said...

Kalau Datuk Kali dah buat connection dgn Anwar, apa pulak peranan Khairi Jamaluddin. Datuk Kali juga begitu intim dgn Khairi? Tolong jawap ...

x-pkr said...

anon,,,

Kali ni opportunist, apa ruang yg ada utk jatuhkan kepimpinan negara, dia buat...

KJ, dia masih rapat dgn Kali. Biz partner yg akrab. hubungan KJ-Kali jelas, Hubungan AnWAR-Kali juga jelas!

Hubungan AnWAR-KJ masih samar, namun dlm kesamaran itu ada cahaya di hujung terowong....

x-pkr said...

anon,,,

Kali ni opportunist, apa ruang yg ada utk jatuhkan kepimpinan negara, dia buat...

KJ, dia masih rapat dgn Kali. Biz partner yg akrab. hubungan KJ-Kali jelas, Hubungan AnWAR-Kali juga jelas!

Hubungan AnWAR-KJ masih samar, namun dlm kesamaran itu ada cahaya di hujung terowong....