2. Kali ini warga Penanti dikorbankan AnWAR bagi menghadapi p/raya kali ketiga dalam masa 13 bulan. Pelbagai fitnah dan pembohongan bakal dibuat AnWAR lagi demi memenuhi agenda peribadinya yang tak kunjung tiba. Mungkin slogan dari Penanti ke Putrajaya pula bakal ‘dinyanyikan’ AnWAR. Mungkin juga ada tarikh baru untuk AnWAR menumbangkan Kerajaan Pusat BN.
3. Penanti memberikan keyakinan kepada AnWAR untuk menang, namun ianya tidak penting. Matlamat AnWAR adalah untuk ‘memanjangkan’ talian hayat karier politik beliau yang dihimpit pelbagai isu kini [moral, rasuah dsbnya]. Ini juga usaha berterusan AnWAR ‘menghidupkan’ PKR yang semakin layu dilanda konflik dalaman.
4. Bukit Lanjan [Eli Wong] juga ‘senjata’ AnWAR meneruskan misi beliau. Pasti AnWAR menjangka Eli akan terus diserang dengan isu peribadinya yang panas. Strategi mengekalkan Eli adalah langkah sementara bagi mengelakkan p/raya serentak. Sama-sama kita nantikan, selepas Penanti, Bukit Lanjan pula menjadi gelanggang AnWAR menguji populariti.
5. Semuanya dengan satu matlamat, AnWAR mahu mengekalkan momentum populariti beliau. AnWAR semakin gila mengejar kuasa. Pendapat pimpinan PKR sendiri yang menentang beliau dibalas dengan cercaan dan kata-kata nista. AnWAR kini dikuasai nafsu amarah yang tidak terhingga. Tersemat dalam hatinya dendam kesumat yang membara membuat dirinya hilang pertimbangan kewarasan. Mungkin ada hikmahnya juga, maka terserlah wajah sebenar AnWAR, manusia yang hanya mengejar agenda peribadi tanpa mengira baik buruk tindakannya….
Salam Hormat.
No comments:
Post a Comment