Monday, April 20, 2009

AnWAR 'DITAMPAR INSTITUSI KESULTANAN

Saya meneliti titah ucapan Baginda Sultan perak dengan penuh tawadhu’ dan insaf akan masa depan umat dan negara. Sejak kemelut politik melanda Perak, inilah titah baginda yang pertama menggambarkan rasa kekecewaan baginda yang teramat-amat sangat. Saya menyimpulkan titah baginda kepada 3 keadaan utama:

1. Politik

i. Baginda menyifatkan kumpulan tertentu menyemai rasa benci boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

ii. Jika kita renungkan perkembangan mutakhir politik negara, perkara ini memang terjadi. Dalam keghairahan berkempen, segalanya dihalalkan atas nama politik. Fitnah, pembohongan, dan cerita rekaan di tabur.

iii. Tiada bukti hakiki dan saintifik bagi menyokong tuduhan yang dilemparkan. Segalanya dibuat bagi melahirkan persepsi songsang terhadap yang dituduh. Pentas ceramah bagai medan melelong barangan.

iv. Apabila api pembohongan ditiup, makin bersemaraklah bara, yang kemudiannya bakal menjadi api besar memusnahkan segalanya.

v. Masyarakat suka mendengar cerita-cerita fitnah yang sensasi, ditambah dengan ‘perasa’ humor yang tidak membosankan. Namun situasi ini akan meruntuhkan apa yang telah dibina di Malaysia selama ini.

2. Ekonomi

i. Titah Baginda, rakyat Malaysia telah terlalu berlebihan berpolitik hingga menjejaskan produktiviti negara dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

ii. Politik yang berlebihan mengundang situasi yang tidak stabil kepada negara dan ini keadaan ini tidak digemari oleh pelabur-pelabur antarabangsa.

iii. Tambahan pula kecenderungan pembangkang mengadakan demontrasi jalanan membantah apa jua keputusan yang tidak memihak kepada mereka. Demonstrasi aman akan berakhir dengan keganasan apabila arahan pihak berkuasa diengkari.

iv. Sejarah demonstrasi, tiada yang aman. Paling tidak akan berlaku kerosakan harta awam seperti tiang telefon, pondok telefon dsb akan dimusnahkan. Ketua ‘demonstrator’ pasti tidak mampu mengawal keadaan bila ribuan yang terlibat.

v. P/raya yang berulang kali juga melibatkan kos tinggi dan mengundang kebosanan pelabur. Apakah Malaysia perlu terlalu banyak p/raya kecil atas sebab yang dicipta pembangkang sendiri?

3. Sosial.

i. Lebih 50 tahun Malaysia merdeka. Masyarakat majmuk negara ini selesa dengan toleransi dan saling mempercayai untuk memperteguh apa yang telah terbina.

ii. Kini masyarakat berpecah. Mereka saling menuntut apa yang telah dipersetujui dahulu. Ini kerana mahu mencapai agenda peribadi dan melunas dendam kesumat yang tidak pernah padam.

iii. Jauh sekali ianya atas kepentingan negara kerana jika kepentingan negara didahului, tidak akan ada fitnah, cerca nista serta tiupan api kebencian. Juga tidak akan ada justifikasi politik yang berpanjangan dalam setiap tindakan yang diambil.

iv. Yang ada bagi pecinta negara adalah semangat mahabbah[muhibah], kerjasama jitu serta berkorban demi membangunkan negara tercinta.

Saya pasti, ramai dari kalangan cerdik pandai penyokong AnWAR membaca titah ucapan Baginda ini, namun berapa ramaikah yang membaca titah ucapan Baginda Sultan Perak ini dengan penuh tawadhu’ dan berlapang dada? Apakah mereka juga menuruti saranan AnWAR agar membaca kitab “Adab Perbedaan Pendapat Menurut Islam” tulisan mentor AnWAR, Syeikh Taha Jabir Al ‘Ulwani?

Syeikh Taha menyatakan, perbedaan pendapat dalam islam dibenarkan, namun janganlah hingga membawa kepada maki hamun dan perpecahan dalam masyarakat! Apakah AnWAR terlalu sibuk berpolitik hingga terlupa nasihat mentor beliau ini, atau AnWAR memang seorang ‘opportunist’ yang sentiasa memutar belitkan fakta demi kepentingan sendiri?……..

Komen teman-teman semua amat dialu-alukan….

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

No comments: