Tuesday, April 21, 2009

AnWAR 'BAPA PERPECAHAN'

Dua ‘F’, Fuad Hassan dan Fuad Zarkashi, merupakan pengikut AnWAR di awal penglibatan mereka dalam NGO dan politik. Kini mereka memisahkan diri dari AnWAR yang mencabut akar Islam dan Melayu sebagai tunjang perjuangan. Bukan sedikit pujukan AnWAR, namun dua ‘F’ ini kental semangatnya melawan godaan AnWAR.

Menarik di sini, pengakuan Datuk Dr. Fuad Zarkashi ditulis oleh Datuk Fuad Hassan yang banyak memberi ulasan positif terhadap Dr. Fuad Zarkashi. Kedua-duanya berasal dari pertubuhan islam yang tidak boleh ‘bertentang mata’ di zaman AnWAR berkuasa. Ironinya, kini mereka bersatu menentang bekas mentor mereka satu ketika dahulu.

Datuk Fuad Hassan berasal dari ABIM, manakala Dr. Fuad berasal dari Jama’ah Islah Malaysia (JIM). Kedua mereka bersahabat baik, namun diketahui ahli kedua-dua pertubuhan da’wah ini [ABIM dan JIM] tidak sebulu antara satu sama lain. Perseteruan ini berterusan setelah ahli-ahli mereka menceburi politik hatta UMNO, PAS dan PKR. Tiada pula kedengaran ahli ABIM dan JIM yang menyertai DAP dan PRM ha..ha..ha..

Kelompok ABIM dalam PKR diketuai oleh bekas presidennya Dr. Mohd. Nur Manuty, Dr. Mohd. Nor Nawawi dan Mustafa Kamil Ayub. Manakala kelompok JIM dalam PKR kini diketuai ‘tangan ghaib’ Dr. Rahim Ghouse, Fuziah Salleh, Zuraidah Kamaruddin dan Zahir Hassan. Di kalangan ahli PKR, hubungan dingin ahli ABIM dan JIM bukan rahsia lagi. Mereka saling mencantas antara satu sama lain.

Di Selangor contohnya, EXCO Pendidikan YB Rodziah dari JIM telah mencantas pelantikan beberapa jawatan penting ‘orang ABIM’ di IPTA/IPTS di bawah kendalian kerajaan negeri. EXCO Pertanian YB Yaacob Sapari yang cenderung kepada ABIM pula tidak melayan permintaan-permintaan dari kelompok JIM dalam sektor pertanian. MB Selangor dan Azmin Ali lebih cenderung kepada ‘orang JIM’ berbanding Ezam yang cenderung kepada ‘orang ABIM’.

Di zaman 70-80an, kader-kader dari ABIM dan JIM yang ditarbiah amat taksub dengan pertubuhan mereka. Ini bermula dari Malaysian Student Group [MSG] dan Malaysia International Student Group [MISG] di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Semangat asabiah ini terbawa-bawa hingga mereka pulang ke Malaysia. ABIM lebih beruntung kerana AnWAR (w/pun lulusan UM) memilih menyertai kerajaan manakala JIM atau IRC ketika itu memilih untuk bergerak secara ‘underground’.

Setelah beberapa ketika, Saari Sungib ketua IRC ketika itu memilih untuk bergerak secara sah, beliau mengubah IRC kepada JIM. Kader-kader JIM dihantar ke dalam PAS diketuai YB Khalid Samad untuk menguasai PAS, namun gagal beberapa kali. Kini Khalid Samad berjaya mentarbiah beberapa pemimpin muda PAS seperti Dr. Syed Azman dan Dr. Hatta Ramli untuk cenderung kepada JIM.

Ketika dalam kerajaan, AnWAR menguasai kedua-dua pertubuhan da’wah ini. ABIM dikuasai AnWAR kerana beliau pernah menjadi presidennya, manakala JIM dikuasai AnWAR melalui Dr. Rahim Ghouse dan Dr. Wan Hasni. Banyak pertelingkahan membabitkan dua pertubuhan da’wah ini untuk menguasai agensi-agensi strategik politik dan koporat ketika itu. Semuanya dicatur AnWAR.

Selepas AnWAR disingkirkan dari kerajaan, ABIM dan JIM memainkan peranan penting dalam pembentukan Parti Keadilan Nasional ketika itu. Namun tidak semua pimpinan ABIM dan JIM menyertai AnWAR termasuklah 2 orang ‘Fuad’ ini. Ada juga ‘orang ABIM’ yang menyertai gagasan AnWAR tetapi telah meninggalkannya seperti Dr. Ghazali Basri dan Anuar Tahir (kini menyertai PAS). Kelompok JIM yang meninggalkan AnWAR ialah Sahri Bahri (bekas s/u agung) dan Saari Sungip, juga kini bersama PAS.

Menariknya di sini, setelah AnWAR disingkir dari UMNO, Datuk Fuad Hassan [ABIM] dan Datuk Dr. Fuad Zarkashi [JIM] boleh bersahabat baik. Bukan itu saja, mereka bersatu menentang AnWAR yang mereka kenali sejak dari Yayasan Anda lagi. Apakah selama ini AnWAR mengamalkan dasar “pecah dan perintah” bagi menguatkan kedudukan politik beliau? Apakah AnWAR berbuat begini kerana tidak mahu individu tertentu terlalu berkuasa dalam organisasi beliau, lantas punya kekuatan untuk meninggalkan beliau? Apakah jika ada AnWAR, perpecahan pasti berlaku?

Apapun saya ucapkan syabas kepada Datuk Fuad Hassan dan Datuk Dr. Fuad Zarkashi kerana membuktikan bahawa tanpa AnWAR, kita sememangnya boleh bersatu dan bekerjasama….

Salam Hormat.

1 comment:

farihan irfan said...

This article is deceiving to the max. Memang ABIM dan JIM itu tak baik sesama sendiri, tetapi bukan sebab Anwar yang jadikan begitu. Kedua-dua Fuad ni sememangnya dah tak macam dulu lagi. Fuad Hassan contohnya, beliau skarang dah tak Islamic, pakai seluar pendek dgn jeans kesana-sini, membolot tanah-tanah di KL, kawin mat saleh (bini ke-3 beb) yg pakai mini skirt. Sememangnya Anwar pun dah taknak kat orang mcm ni!

Puad Zarkashi pula tunggu masa jer tu. He will jump once he gets the green light from Anwar.