Wednesday, April 29, 2009

TERSIRAT DLM ROMBAKAN AnWAR.

Saya memetik kenyataan AnWAR mengumumkan rombakan jawatan dlm PKR. Berikut adalah analisis saya berkaitan jawatan tersebut:

Kata AnWAR:

Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.

Yang tersirat:

Saya telah ulas dalam artikel AnWAR liwat Wan Azizah.

Kata AnWAR:

Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.

Yang tersirat:

Langkah pertama AnWAR meminggirkan Syed Husin sebagai Timbalan Presiden PKR. Syed Husin tidak pernah punya semangat kemelayuan, diakui sebagai pejuang gigih memperjuangkan ideologi sosialis. Tidak punya pengaruh langsung di kalangan akar umbi PKR kecuali dari kelompok asal Parti Sosialis dalam PKR. Amat sederhana dalam penampilan namun tidak memberi impak besar dalam PKR. Diangkat sebagai timbalan PKR atas jasa beliau ‘menguburkan’ Parti sosialis utk bergabung dgn PKR. Bakal disingkirkan sbg Timbalan dlm Kongres PKR akan datang.

Kata AnWAR:

Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustaffa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Yang tersirat:

Azmin anak emas AnWAR dulu, kini dan selamanya. Langkah ini akan untuk mengukuhkan kedudukan Azmin di kalangan tenaga penting PKR. Memberi ruang kepada Azmin berkuasa serta rapat dgn pimpinan negeri dan bahagian. Azmin akan menentukan siapa yang boleh bertanding di peringkat bahagian dan siapa bakal terpilih sbg calon p/raya. Tak baik dgn azmin bermakna mengurangkan peluang sbg tenaga penting dlm PKR dan tiada peluang terpilih sbg calon p/raya. Pelantikan ini satu strategi halus mengukuh kedudukan Azmin dalam PKR sekaligus bertanding Timbalan PKR dalam Kongres akan datang.

Kata AnWAR:

Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.

Yang tersirat:

Dato’ Sallehuddin, rakan AnWAR dari MCKK [boleh juga dibaca MC Gay Gay]. Bekas GM Langkawi Marble Bhd. serta AJK MACOBA [Persatuan Murid Tua MCKK]. Tiada impak politik, hanya digunakan AnWAR utk hubungan beliau dgn bekas murid MCKK yang kaya bagi tujuan dana. Tidak disenangi golongan akar umbi PKR kerana tidak punya sentuhan politik dlm berurusan dgn golongan bawahan PKR. Gaya koporat serta maki hamun adalah pegangan utama Dato’ Sallehuddin. Bermula sbg s/u agung, kemudian ditendang ke Wilayah Persekutuan sbg timbalan PKR negeri, ahli MPT dilantik dan akhirnya kembali sbg s/u agung PKR utk menjaga kepentingan AnWAR.

Kata AnWAR lagi

Lain-lain perubahan adalah:

Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution

Yang tersirat:

Pertemuan dgn Walter Chia, pegawai kedutaan Singapura memberi ‘mileage’ kpd saifuddin. Hubungan rapat Saifuddin dgn ‘link’ JIM [Jama’ah Islah Malaysia] membolehkan beliau mendapat tempat di hati AnWAR. Bertuankan Dr. rahim ghouse, saifuddin mampu membantu AnWAR mendapatkan dana antarabangsa yang simpati dgn gerakan islam palsu AnWAR. Selain itu, saifuddin juga digunakan AnWAR sbg jambatan dgn pemimpin Erdogan PAS. Umum tahu Saifuddin amat rapat dgn TG Nik Aziz dan Husam Musa. Kekuatan Saifuddin ini dimanipulasi AnWAR mengukuhkan cengkaman AnWAR ke atas PAS. Tidak ‘ngam’ dengan Azmin, namun ini antara contoh dasar ‘Pecah dan Perintah’ AnWAR.

AnWAR melantik:

Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fuziah Salleh

Yang tersirat:

Fuziah, dari JIM, amat rapat dengan Azmin. Pernah menjadi timbalan kpd Azmin dlm biro p/raya PKR. Doktrin JIM mahu dilaksanakan dalam PKR dgn gerakan secara ‘underground’. Fuziah akan merangka program melatih kader-kader baru PKR yang akan menghubungkan mereka ini secara langsung dgn Azmin. Maka kedudukan Azmin akan lebih kukuh dalam PKR. Tidak ‘ngam’ dgn Wan Azizah dan akan melapor terus kpd AnWAR dan Azmin dgn mengetuai j/kuasa latihan. Sentiasa menjadi jambatan AnWAR dgn wanita JIM utk dipengaruhi agar sentiasa menyokong PKR.

AnWAR melantik:

Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul

Yang tersirat:

Johari sealiran dgn Saifuddin, bukan ahli JIM namun 100% menyokong JIM. Bertuankan Dr. Rahim Ghouse, Johari akan bekerjasama dgn Fuziah utk merekrut ahli-ahli baru PKR bagi mengukuh cengkaman golongan ini dalam PKR. Johari akan bekerja bagi menaikkan Azmin dalam PKR. Selain itu, Johari akan diguna AnWAR utk mengenalpasti ahli-ahli Parlimen BN utk berpaling tadah, atau sekurang-kurangnya mengekalkan hubungan akrab dgn UMNO kerana Johari ‘boleh’ berkawan dgn YB-yb UMNO ini.

AnWAR melantik:

Pengarah Strategik - YB Tian Chua

Yang tersirat:

AnWAR akan menggunakan Tian Chua sebagai jambatan dgn NGO-NGO seluruh dunia. Lulusan dari Institute of Social Studies, Netherlands, Tian Chua punya jaringan luas dgn NGO antarabangsa yang anti-Malaysia. Sumbangan antarabangsa boleh diharapkan dari Tian Chua dalam bentuk dana, pemikiran dan ekonomi. Selain itu AnWAR akan menggunakan Tian Chua utk berdemo di jalanan bagi menekan kerajaan. AnWAR tidak pernah mempercayai Tian Chua dan hanya menggunakan Tian Chua utk dana dan demo shj.

AnWAR melantik:

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustaffa Kamil Ayub
Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Yang tersirat:

Mustaffa lambang ‘kegagalan’ org ABIM dlm PKR w/pun memenangi Naib Presiden. AnWAR menggunakan Mustaffa sbg bekas Pengerusi Majlis Belia ASEAN utk jawatan ini. Sebenarnya jawatan Mustaffa itu hanya jawatan retorik yg tiada impak besar dlm pembangunan belia di ASEAN. Namun Mustaffa harus diberi tempat demi menjaga hati org ABIM dlm PKR.

Dr. Tan Kee Kwong, bekas Pengerusi GERAKAN Wilayah Persekutuan. Ada desakan meletak Dr. Tan sbg pengerusi j/kuasa ekonomi PKR, namun AnWAR bimbang mendapat tentangan dari melayu PKR. MB Selangor sendiri guna Dr. Tan sbg penasihat ekonomi negeri w/pun ada tentangan dari melayu PKR Selangor. Maka Dr. Tan dilantik timbalan kpd Mustaffa bagi mengaburi mata melayu PKR, sedangkan beliau memainkan peranan besar dlm hal-ehwal ekonomi PKR.

AnWAR melantik:

Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : Jonson Chong

Yang tersirat:

Latheefa dan Jonson dari paksi Parti Sosialis PKR. Ketua Penerangan dan Komunikasi bukanlah merupakan jawatan penting dlm PKR. Mereka dilantik utk menjaga hati kelompok sosialis dlm PKR selain menunjukkan ia memenuhi aspirasi anak muda berbilang kaun dlm PKR. Mereka akan menjaga ‘organ’ PKR iaitu Suara Keadilan. w/pun penting namun jawatan ini bukan di peringkat pembuat dasar. Ia hanya menurut saja arahan AnWAR utk menyerang musuh AnWAR dan Azmin, termasuk dlm PKR sendiri. Dari segi bisnes, Latheefa dan Jonson akan menggunakan jaringan mamak dan cina utk melariskan jualan surat khabar PKR ini.

AnWAR melantik:

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose

Yang tersirat:

Bekas Duta dan diplomat Malaysia. Punya kedudukan yang tinggi dlm masyarakat. Anwar sekadar mahu menunjukkan PKR menghargai bekas penjawat awam seperti ini. Dato’ Yeop Adlan ‘dicuri’ AnWAR dari PAS sebenarnya kerana PKR tiada ahli yg dipandang tinggi oleh penjawat awam. Lantaran itu pelantikan ini hanya sekadar melepas batuk di tangga tanpa apa-apa bidang kuasa strategik.

AnWAR melantik:

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Mohammed Yussof, Sdr Paul Kadang, YB Raveentharan dan Sharifah Shahidah.

Yang tersirat:

Halim merupakan org Azmin sekian lama, selain cenderung kpd JIM. Oleh itu beliau mendapat tempat sedangkan dari segi prestasi, Halima mat mengecewakan.

Paul, dari paksi Malaysia Timur, seorang kristian. Juga tidak menunjukkan prestasi baik dlm PKR , namun dilantik krn AnWAR mahu menunjukkan Sabah/Sarawak mendapat tempat di hati AnWAR. Realitinya, AnWAR mahu menggunakan mereka.

Raveentharan dilantik kerana mahu menjaga kelompok HINDRAF yang mula longgar dgn AnWAR. HINDRAF ‘demand’ jawatan yg lebih kanan, namun seperti biasa AnWAR berjanji akan melantik mereka apabila tiba waktunya nanti. Kena tipu lagi……

Sharifah Syahida, anak kawan AnWAR Syed Kamaruzaman. Dilantik dari paksi anak muda yang berkebolehan bertutur bahasa inggeris melebihi org inggeris sendiri. Rapat dgn Nurul Izzah dan mereka ini mewakili kelompok melayu yang tidak sedar diri setelah diberi pelbagai peluang dlm bidang pelajaran. Rapat dgn Azmin dan Khalid Jaafar IKD.

Akhir sekali AnWAR umumkan:

Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Choo Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain.

Yang tersirat:

Dr. Md. Nur Manuty, bekas Presiden ABIM yang pernah merajuk dgn AnWAR. Dijanjikan AnWAR jawatan rektor di IPTA Selangor, namun janji tinggal janji. Pelantikan ini tidak disenangi kelompok JIM, namun inilah AnWAR, pecah dan perintah. Pelantikan ini hanyalah utk menjaga hubungan AnWAR dgn ABIM.

Dr. Tan Yee Kew, bekas Naib Ketua Wanita MCA Pusat, kononnya perlu diberi tempat dlm PKR. Juga pelantikan ini hanya tangkap muat saja tanpa apa-apa kuasa eksekutif.

Manikavasagam, juga atas faktor HINDRAF agar tidak lari meninggalkan AnWAR. AnWAR tidak mempercayai manikavasagam, naamun perlu diberi tempat agar AnWAR mudah mengawal beliau.

Baru Bian, seorang iban Sarawak. Dilantik krn mahu menjaga hati pengikut PKR Sarawak.

Wee Choo Keong dan Gobalakrishnan tidak langsung dipercayai AnWAR. Wee Choo Keong masih Presiden sebuah parti lain dan tidak menjadi ahli PKR, namun dilantik AnWAR krn ‘harus nampak’ Wee tunduk kepadanya. Gobala pula hanya diguna AnWAR utk memikat hati masyarakat India. Juga boleh digunakan AnWAR utk demo jalanan.

Analisis ini menunjukkan AnWAR tidak pernah ikhlas melantik seseorang itu. Juga AnWAR telah meletakkan seseorang itu bukan krn kelayakan, tapi berdasar ‘berapa rapat’ mereka dgn AnWAR. Ini juga membuktikan bahawa AnWAR memang pengamal dasar pecah dan perintah nombor wahid di Malaysia demi memenuhi tuntutan nafsunya utk kekal berkuasa dlm PKR dan pakatan pembangkang….

Salam Hormat.

5 comments:

Anonymous said...

mengarut punya posting .aku pun boleh tulis apa aku nak kata.perang saraf kut.aku duduk dlm pimpinan dan org kuat anuar takde pun plan macam tu.kah kah kah .plan dia lain,blog hampesss.

pedang srikandi said...

salam......ana respect blogger ni...bagus....teruskan perjuangan menentang ANWAR

TAAVEEKUN PERAK said...

mike mmg hebat.byk yg mike tahu mengenai struktur dalaman pkr.tman suka sgt membaca blog mike.syabas mike.

x-pkr said...

pedang srikandi & rahman,ahchong,muniandy...

t/kasih atas sokongan, saya sekadar berkongsi apa yg diketahui ttg perkara tak betul dgn. AnWAR. sokongan teman-teman amat saya hargai...

anonymous...

sikit pun saya tak kecil hati, saya akan terus berkarya selagi terdaya...

x-pkr

Dot said...

tahniah x-pkr,

hanya jauhari mengenal manikam.

bekas pejuang reformasi semakin ramai yg menyedari perjuangan kosong mrk bila orang yg mereka sanjung2 hanya menunggu masa di tunjukkan natijah solat2 hajat mrk selama ni!

yg rapat & terdekat dah ramai blah...

yg cuba rapat & dekat hanyalah mrk yg tidak tahu siapa nwar sebenarnya...

sepatutnya tanyalah dgn mrk yg pernah rapat & terdekat dulu2...