Thursday, September 3, 2009

AnWAR TUNAI HASRAT DAP


1. Pengumuman keluar PKR oleh YB Mohamed Radzhi, ADUN Lunas disambut dengan serangan peribadi keatasnya. Cuma YB Zulkefli Nordin berani menongkah arus melawan gesaan AnWAR dengan kenyataan dihentikan serangan yangg bersifat peribadi terhadap YB Radzhi. Perkara ini menjadi amalan AnWAR sekian lama demi memastikan siapa yang meninggalkan perjuangannya dimusnahkan karektor peribadi.

2. Ruslan Kassim, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatu Badru, Anuar Shaari, Dr. Chandra Muzaffar semuanya dimomokkan dengan kisah yang direka cipta bagi memusnahkan keperibadian mereka setelah meninggalkan AnWAR. Seperti yang diceritakan oleh sahabat saya yang masih bersama PKR, AnWAR pernah memberitahunya bahawa Dr. Chandra mahu 'mencuba nasib' terhadap Dr. WAn Azizah semasa ketiadaannya. Dr. Chandra yang berkerusi roda itu juga kononnya mahu 'try' Nurul Izzah. Penyokong kelabu asap AnWAR ni mati-matian percaya......


3. DAP telah lama mahu mengisi kerusi EXCO di Kedah, namun terbantut dengan hanya satu kerusi DUN sahaja. Melalui Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan Tian Chua, AnWAR telah lama mendesak YB Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas. [utk. rekod saya pernah menyenaraikan nama YB Radzhi dan YB Badrul Hisham (Selangor) dlm senarai yg bakal disembelih AnWAR]. Pelbagai tekanan diarahkan AnWAR kepada Johari Abdul demi memastikan YB Radzhi melepaskan jawatan. Ketua PKR Kedah Ahmad Kassim ditempelak AnWAR kerana mempersoalkan hasrat AnWAR.


4. Langkah ini adalah sebahagian usaha terdesak AnWAR mahu menunjukkan beliau ada 'say' dalam penrtadbiran kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang. DAP mahukan jawatan EXCO di Kedah, begitu juga PAS di Pulau Pinang. Namun masing-masing punyai hanya satu kerusi DUN di negeri berkenaan. DAP yang lebih tajam pemikiran politik mereka menukar strategi. Mereka tahu AnWAR pasti akan melayan kehendak mereka jika kena caranya. Makanya mereka mendesak AnWAR menggugurkan YB Radzhi walau apa cara sekalipun dan mencadangkan ADUN Kulim YB Lim Soo Nee (PKR).


5. W/pun YB Lim Soo Nee dari PKR, hasrat DAP mahu memartabatkan kaum cina sebagai seorang EXCO di Kedah telah tercapai kini. DAP tahu jika ADUN mereka yang didesak mengisi kerusi EXCO, hasrat mereka susah hendak dilayan AnWAR. MB Kedah juga pasti tidak bersetuju. Maka PKR Kedah dengan 5 kerusi DUN, telah kehilangan seorang EXCO Melayu bagi menjaga kebajikan mereka. 2 EXCO Kedah dari kuota PKR kini diisi oleh seorang Cina dan seorang India. Inilah konsep "Malaysian Malaysia" DAP yang mahu kaum cina memegang kuasa biarpun dari parti mana sekalipun........


6. Bagi PAS pula, AnWAR hanya menawarkan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Kuasa pelantikannya adalah kuasa DYMM Seri Paduka YDP Agong. Pelantikan yang dijangka Oktober nanti pasti mendapat tentangan hebat kerana YB Salleh Man (Adun Ptg. pasir) bukanlah berkelulusan agama. W/pun bukan kemestian, tradisinya jawatan tersebut dipegang mereka yang berkelulusan agama. Belum lagi diambil kira jika SPYDP Agong menolak cadangan kerajaan negeri menamakan SAlleh Man.

AnWAR mencaturkan perkara ini sesuka hatinya. Dalam keadaan sekarang yang berpihak kepada DAP, AnWAR akan melayan serta berusaha menunaikan hasrat DAP, biarpun terpaksa menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair. Manakala PAS pula sering menjadi mangsa atas sikap bongkak mereka. Jika dulu PAS menyatakan mereka tidak pernah mendapat tempat di hati UMNO, sekurang-kurangnya UMNO memberi ruang kepada PAS untuk terus merdeka menyuarakan pendapat dan dasar parti mereka. Kini w/pun PAS ada tempat di dalam pakatan pembangkang, mereka tidak dominan, mereka juga tidak merdeka menyuarakan apa yang benar demi menjaga hati rakan pakatan.


Seperti kata seorang kawan PAS yang ditemui di Permatang Pasir baru-baru ini, "tolak pi, tolak mai, yang dapat tetap cina, yang untung tetap DAP pasai AnWAR dok bagi muka kat depa.......". Sekian

5 comments:

The Unspinners Kembali said...

sila baca surat2 ahli pkr menuntut anwar selesaikan ketua2 ranting yang kepala samseng.

AirAsiaPackages said...

ermmmm

kalau dah hati kita tertutup, kita akan tetap sokong Pakatan Rakyat walaupun kita tahu bahawa
1/ Pulau Pinang akan jadi macam Singapura. Melayu dan India dihakis secara terbuka
2/ Selangor sudah bangkrap. Percayalah, selangor sehingga 2012 hanya tinggal hutang! Sudah kehabisan duit untuk negeri.
3/ Nizar hanya dari parti PAS yang ada 6 kerusi, bukan pilihan rakyat.

Quantum Metal Consultant said...

Saudara, isu perlantikan DYMM Seri Paduka YDP Agong. Pelantikan YB Salleh Man (Adun Ptg. pasir) sebagai YDP Majlis Ugama amat jelas perancangan Anwar.

Jika DYMM Seri Paduka YDP Agong menolak perlantikan tersebut, maka dia ada ruang untuk hebahkan kepada dunia bahawa Najib dan UMNO berperanan mempengaruhi keputusan YDP Agong dan jika diperkenan maka exco tersebut akan jadi kuda taunggangannya di masa hadapan untuk memenuhi selera Dogs And Pigs.

x-pkr said...

unspinners,,,

done

airasiaPackages,,,

tepat sekali!!!

kluangman,,,

sudah terang lagi bersuluh, tu pun yg sokong AnWAR masih kelabu asap..

Ninja Turtle said...

UNTUK MAKLUMAN YB KULIM TU PERNAH GANGGU OPERASI IMIGRESEN NEGERI KEDAH KETIKA OPS SAYANG MENANGKAP WANITA THAILAND YANG BEKERJA SECRA HARAM DI SALOON MILIK PENYOKONG KUAT BELIAU DI KULIM PADA TAHUN LALU