Monday, September 7, 2009

DI RUMAH AnWAR PUN KECOH

1. Kekalutan yang melanda PKR bukan sahaja berlaku di Shah Alam, tempiasnya juga melanda rumag AnWAR di Bukit Segambut! Diberitakan minggu lalu, selain pening kepala dengan TS Khalid Ibrahim, AnWAR juga terpaksa bersoal jawab dengan isterinya Wan Azizah yang telah 'diserang' oleh isteri pemilik kondominium tempat AnWAR melalukan perbuatan terkutuk luar tabi'e.

2. Pemilik kondominium tersebut, Hj. Hasanuddin Hamid dan isterinya Puan Shamsiah merupakan teman keluarga yang rapat dengan keluarga AnWAR sekian lama. Hj. Hasanuddin, bekas ahli Lembaga Pengarah Dialog Group Berhad, sebuah syarikat senarai awam tersohor dalam industri gas dan petroliam. Memperolehi kekayaan yang tiada taranya semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan. Hj. Hasanuddin meninggalkan Dialog Group tahun 1998 dengan pampasan cukup besar dan menjadi aktivis PAS hingga sekarang.

3. Puan Shamsiah amat rapat dengan Wan Azizah, baiknya mereka hingga Puan Shamsiah menjadi tempat mengadu anak-anak AnWAR/Wan Azizah sedikit masa lalu (Wan Azizah dikenali dengan sifat kedekutnya, w/pun punya wang hasil sumbangan sahabat-sahabat koporat AnWAR tika beliau dalam penjara). Kayanya keluarga Hj. Hasanuddin/Pn. Shamsiah hingga boleh terbang ke Itali untuk menempah sebuah Ferari sebagai hadiah harijadi anak mereka.

4. Umum mengetahui Hj. Hasanuddin membataskan hubungannya dengan AnWAR setelah timbul dakwaan AnWAR meliwat di premis miliknya di Bukit Damansara. Puan Shamsiah (mungkin arahan suaminya) juga membataskan perhubungan keluarga mereka dengan Wan Azizah w/pun anak-anak AnWAR cuba meneruskan hubungan seperti biasa. Difahamkan AnWAR dan Wan Azizah yang menggalakkan anak-anak mereka menghubungi keluarga Hj. Hasanuddin bagi menggambarkan kepada umum tiada apa-apa yang berlaku.

5. Minggu lalu, hari Sabtu pagi, tanpa diketahui punca sebenar, tiba-tiba Puan Shamsiah datang ke rumah AnWAR di Bukit Segambut menemui Wan Azizah sambil marah-marah. x-pkr difahamkan pelawaan masuk ke dalam rumah oleh Wan Azizah disambut dengan kata-kata marah oleh Pn. Shamsiah. Diberitakan lagi, sambil bising-bising, Pn. Shamsiah memaki AnWAR yang disifatkannya sebagai manusia lupa diri yang membuat kerja kotor di dalam hartanya. Menurut Pn. Shamsiah lagi, mereka sekeluarga berasa malu kerana turut dikaitkan dengan kes AnWAR.

6. Mereka juga kini mengalami kesukaran kerana unit kondo tersebut kini adalah 'crime scene' atau tempat kejadian. Hasrat untuk menjual premis tersebut selepas ini juga bakal menemui kesukaran kerana unit tersebut telah terpalit dengan 'perlakuan' AnWAR dan harga mungkin jatum merudum w/pun harga unit-unit lain di kawasan yang sama mungkin terus melonjak naik. Ironinya, Wan Azizah hanya berdiam diri mendengar kata-kata Pn. Shamsiah (mungkin setuju atau tergamam?).

7. x-pkr difahamkan pemandu peribadi AnWAR, En. Abdullah Sani yang berusaha menenangkan Pn. Shamsiah! AnWAR pula kononnya tiada di rumah ketika itu (diragui kerana pemandu peribadinya sedang menyiapkan kereta).

Penangguhan kes liwat oleh AnWAR sendiri bukan sahaja membuatkan masyarakat beranggapan yang beliau bersalah atau takutkan sesuatu. Permainan 'fail dan tangguh' ini juga membuatkan keluarganya dimaki dan dihina oleh mereka yang pernah bersahabat dengan suatu masa dahulu. Namun AnWAR tidak pernah peduli, yang penting baginya adalah menangguhkan kes selama mana mungkin. Persoalan juga berkisar tentang Wan Azizah apabila beliau berdiam diri apabila dimaki oleh sahabat baiknya. Apakah diamnya tanda setuju dengan makian Pn. Shamsiah itu...............

Sekian.

27 comments:

Anonymous said...

SLM BRO...PERGH BTUL2 PERANG BESAR TUU!!..PERANG DUNIA KE-3 DH NAK STAT!!..TUNGGU MASA BILA NAK MELETUP SANA MELETUP SINI PLAK. ANUWAR DH TERKETAR2, PELUH JANTAN DH KLUAR..TU BARU KENE SERGAH DGN PN. SHAMSIAH. BLUM LG DGN PENDAKWARAYA KEHKEHKEH

denaihati said...

Bro ni cerita dari sumber yang SAHIH kan sebab nak promosi sikit kat blog ...

Anonymous said...

Teringat kata2 aruah Ustaz Fadhil Presiden PAS dahulu. "Kezaliman walaupun nampaknya hebat, ia tidak akan kekal lama.Kebenaran walaupun nampaknya lemah, ialah yang akan menang akhirnya".
Walau Harakah,Suara Keadilan dan semua blog seangkatan mereka sedang menjulang2 Anwar terutama selepas Praya P Pasir, Kebenaran akan muncul dalam masa yang terdekat ini.Hairan sungguh bagaimana pemimpin2 PAS masih percaya Anwar telah menjadi putih seputih kain putih selepas keluar penjara dulu....Biarlah....pemimpin PAS terjun dengan labu2 mereka. Bila kebenaran terbukti, pemimpin2 ini akan turut hancur bersama Anwar...
drali

x-pkr said...

bro Jeffrey,,,

kali ni AnWAR keluar air tapi tak puasssssssss.......

denaihati,,,

ini dari sumber dalaman AnWAR yg sahih.

Anon,,,

byk penyokong AnWAR kata dia hafaz satu Quran masa dlm penjara, namun tiada usaha membuktikannya. Cuma yg dia ulang ayat-ayat yg sama...

Ustaz2 dlm PAS pun syok sendiri bila AnWAR sebut 1-2 ayat yg dia hafal dlm keta sebelum ceramah...

Anonymous said...

dah tua tua pun BODO..sentence by arwah p.ramlee dan dipersetujui org2 muda malaysia..

Anak Lenggong said...

Kita sama-sama berdoa agar kes liwat nuar ini di bicarakan dengan dengan kadar segera..singkap semua benda yang terjadi...kebenaran tetap akan didedahkan dan mendapat pembalasan.

kadiology said...

salam.

Ada sedikit kesilapan fakta. En Hasanuddin still ada share dlm Dialog Group. Multi million, thanks to anwar. Rujuk Anual Report Dialog Group 2008, pg 35/36

http://www.dialogasia.com/i_annual/DIALOG2008-Main-2.pdf

lain tu semua ok.

hilbert said...

Salam X-pkr,

perang nuklear akan tercetus...perang besar hehe

ikutsukakula said...

itu ke sebabnya Anu War kureng skit keletahnya sejak dua menjak ni ??? ialah biasanya kalu menang PRK terus sambung dengan rally ceramah satu Malaya bagi tau orang kampung .. ( cam la orang kampung takde radio tv )
.. ni kat blog2 PR sebuk cakap yg Anu War dah ke Mekah,... aku nak gak tengok Anu War bergambar depan Kaabah ... bukan pe aku pun dah lama lama tak gi ziarah. Kalu ader gambar terbaharu dapat la lepaskan rindu ...... KAABAH LA ... ANU WAR WAT PE !!!

x-pkr said...

kadiology,,,

t/kasih atas pembetulan fakta, saya amat hargai....

anak lenggong, ikutsukaakula, hillbert,,,

AnWAR pandai mengayat, dia tau suis Wan Azizah kat mana, petik je, ikut arahan balik....

pisau said...

kalau tak betul takkan kak wan diam.

diam tu ada makna tu

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN said...

Salam boleh tak x-pkr bagi sedikit pendapat kekalutan olih puak indon dok hentam Malaysia semenjak dua menjak ni rasa2 macam ada klu dan kaitan dengan aljuburi ni

sudin said...

bro aku ade pelik skit citer ni. kalau hj hasanudin ni kaya sgt apsal bini dia kecoh pasal apartment tu boleh jual harga tinggi atau rendah?

Anonymous said...

Aku pernah jumpa Hj Hasannudin ni. Betul dia ada ferrari. rumah kat Bukit Damansara. Kesian...

Teruk betul Anwar ni. Rumah orang pun nak buat port maksiat

x-pkr said...

sdra sudin,

pendapat saya Pn. Shamsiah ni nak cepat-cepat let go harta dia yg dah terpalit perbuatan AnWAR. Haarga mungkin bukan keutamaan dia.

Nuar bekas banduan,,,

sekadar pendapat saya, ada benarnya tanggapan sdra. Rakan-rakan AnWAR digunakan di sana bagi mengalih perhatian serta konon dialah pembela warga indon di sini....

megat pisau,,,

setuju dgn sdra, diam tanda setuju!

Mat Yie said...

Anwar g mekah? aku baru je balik dari tanah suci ni..rabu lepas,takde plak dengar Anwar samapai sana,Dato wira mohd ali rustam adelah..
hehehehe..berani ke gi mekah die?tak penah tgk lagi gambar anwar depan kaabah ni..
tapi kalu betul2 pergi,arap2 Allah tunjukkan jalan yang benar dan bertaubat..

AMNOBODO said...

Penangguhan kes liwat oleh AnWAR sendiri bukan sahaja membuatkan masyarakat beranggapan yang beliau bersalah atau takutkan sesuatu. Permainan 'fail dan tangguh' ini juga membuatkan keluarganya dimaki dan dihina oleh mereka yang pernah bersahabat dengan suatu masa dahulu. Namun AnWAR tidak pernah peduli, yang penting baginya adalah menangguhkan kes selama mana mungkin. ///

<<<< bro>>> penangguhan kes dimahkamah tuh..kuasa anWar ker?>.....bodo piaq laaa

AMNOBODO said...

bro,
kuasa menangguhkan kes kat mahkamah tu terletak ditgn anwar ibrahim ker?...

x-pkr said...

sdra AMNO****,,,

t/kasih sudi singgah, mmg kuasa menangguh bukan di tgn AnWAR, tapi satu dunia tahu taktik failkan itu ini menjurus ke arah fail dan tangguh.

MIntanya yg bukan2 dan dia sendiri tahu tidak logik w/pun dibenar undg2. mahunya hanya penangguhan atau pengguguran kesnya.

Jgn lupa singgah lagi, satu mengalu2kan komen sdra lagi nanti...

Anonymous said...

Pasal anwar hafal quran aku tak tahu.. tapi mmg benar dalam penjara anwar setiap minggu didatangi oleh rakan-rakannya dari kalangan ustaz masa ABIM dahulu mengajarkannya feqah dan disiplin ilmu agama yang lain.. aku tahu ni sebab antara yang mengajar anwar ialah bapa kawan baik aku sendiri..

Sebenarnya kalau korang rajin bacalah buku "Kebangkitan Pelajar Islam" oleh Zainah Anwar yang mana menceritakan bagaimana Islam bangkit di Malaysia diatas tangan seorang pemuda bernama Anwar Ibrahim pada tahun 70an bersama grup PKPIM

Malah aku baca karya sarjana barat bernama john el-esposito yang juga menyebutkan bahawa kebangkitan Islam di Malaysia adalah berasal usulkan gerakan dakwah grup-grup anwar zaman 70an. This is fact

Kalau berdasarkan latar belakang anwar versus saiful... sah saiful jatuh dalam golongan yang tidak boleh dipercayai langsung..apatah lagi melihat kepada keluarganya..

Tapi ye la.. aku tak tahu kalu anwar jadi lain pulak lepas masuk UMNO dulu.. maklumla UMNO ni parti penuh ngan dosa dan noda mudah sahaja orang terjerumus dalam lembah maksiat..

Sepanjang pergaulan aku ngan ahli UMNO satu perkara aku respek ngan diaorang.. sentiasa bercita-cita besar.. apa yang ada dalam dunia semua macam nak genggam.. lagi satu kalu bab agama mereka semua mesti nak ambil tengah-tengah yang mana rasa sesuai kat akal. Contoh kalu bab tudung tak pakai takpe..Islam tak memaksa... mmm.. entahlah

x-pkr said...

anon,,,

guru agama Jabatan Penjara (pinjaman dari JAKIM) dan penceramah undangan JAKIM or Jabatan Agama Islam Negeri shj dibenar melawat banduan di penjara. ada clue ustaz mana yg dimaksudkan?

buku Zainah AnWAR? Karya esposito? ada nilai akademik tulisan2 mereka, namun perlu diawasi oleh guru yg berilmu...

kebobrokan UMNO, setuju, PKR, DAP dan PAS juga sama...kita harus membetul dan mengingatkan satu sama lain..

Unknown said...

fitnah itu lebeh berbahaya dari pem
bunuhan, bertakwa lah kpd allah.di
harap jangan lah menyibarkan pembuh
ungan di bulan puasa. kalau benar apa yg saudara dakwa terhadap anwar mahkamah lah yg akan menghukum jangan lah mendehului mahkamah. alamat mukmin yg adil adalah mukmin yg tidak menjatuhi hukuman sebelum mahkamah menhukum, wallah aklam...

x-pkr said...

chegarMD,,,

t/kasih atas ingatan yg baik, saya amat hargai. ini tidak mendahului mahkamah, tetapi mendahului AnWAR yg sering berpura-pura mengelirukan org awam.

saya tetap perlukan nasihat dan pandangan sdra di masa hadapan.

Anonymous said...

salam Bro.

Anwar jangan ingat senjata israel saja canggih....

Tangan yang menghayun buaian lebih hebat dari senjata Yahudi laknatullah...ia boleh meranamkan serentak minda dan kreadibility anwar sebagai al-khafi yang bijak memutar belit.

Anonymous said...

bodo gila sape caya artikel murahan ni...blog RTM kew??

Anonymous said...

Saya salah rakyat malaysia yang sudah jemu dan muak dengan kes liwat ini. Apa yang pasti kalau rasa tidak bersalah apa hal pula tangguhkan. Jangan tangguhkan lagi kes tersebut dan selesaikan. Mulakan perbicaraan secepat mungkin dan bukan memanjangkannya selama yang boleh sehingga ..... Msia memang banyak kes yang tak tentu hujung ceritanya.

Anonymous said...

hai tak dak cerita lain ke serang pribadi betui ke cerita yang di bawa. atau sekadar ... dalil tak dak sumber x-pkr betrui ke x-pkr atauproxy umno. biag mahkamah tentukan jgn kita tambah dosa kering