Tuesday, September 29, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (5)

1. Di Munich, segala urusan peribadi AnWAR dikendalikan oleh Azmin. Jadual terapi AnWAR juga diserahkan kepada Azmin sedangkan Wan Azizah adalah seorang doktor yang punya pengetahuan perubatan perihal rawatan AnWAR. Perbincangan dengan Dr. Thomas Hooglaand yang merawat AnWAR di Alpha Klinik, Munich juga tidak melibatkan Azizah. Azizah di Munich hanya mengambil tahu hal anak-anak di hotel penginapan mereka di Munich.

2. AnWAR juga secara halus cuba membawa Shamsidar ke Munich. Isteri salah seorang petugas AnWAR sengaja dijadikan umpan dan diundang ke Munich. Mujurlah petugas tersebut sedar mainan politik halus AnWAR. Azizah juga menghidu taktik AnWAR serta membantah keras cadangan AnWAR. Wan Azizah secara terbuka menyatakan kepada Mat Sabu di Munich bahawa sesiapa juga boleh datang melawat AnWAR hatta Dr. Mahathir sekalipun, tetapi tidak Shamsidar!

3. Wan Azizah sekali lagi menjeruk hati setelah ketibaan Sukma ke Munich, biarpun cuba dihalang beliau. Sukma langsung tidak dibiarkan lepas dari pandangan Azizah serta tidak dibenarkan 'berdua-duaan' dengan AnWAR. Namun Azizah tidak berupaya menghalang Azmin 'berdua-duaan' dengan AnWAR terutamanya di bilik rawatan AnWAR di Alpha Klinik. Menurut AnWAR, ianya urusan kerja dan Azizah tidak boleh mencampuri urusan kerja.

4. Urusan kerja di Munich yang diurus Azmin termasuklah temujanji AnWAR dari pelawat seantero dunia termasuklah Paul Wolfowitz (tika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS). AnWAR cuba mengatur pertemuan Wolfowitz dengan wakil Ikhwanul Muslimin Mesir namun wakil tersebut tidak bersetuju lantas membatalkan pertemuan itu. Selain itu AnWAR juga menerima kunjungan Pengerusi International Crisis Group (ICG), Gareth Evans di Munich.

5. Media Barat, CNN, BBC, CNBC, Bloomberg, Dow Jones, ABC, Washington Post, USA Today memberikan liputan yang luarbiasa tentang rawatan AnWAR. Cerita yang diutarakan adalah tajuk utama atau muka hadapan akhbar tentang AnWAR. CNN juga menerbangkan krew khas untuk wawancara dengan AnWAR bagi slot 'Asia Today'. BBC juga menghantar wartawan kanan untuk menemuramah AnWAR yang konon digambar sebagai 'reformis' dan pejuang rakyat oleh media barat.

6. W/pun sibuk dengan pelbagai aktiviti di Munich, AnWAR masih tidak dapat melupakan Shamsidar. Di penghujung sesi rawatan AnWAR di Munich, beliau sekali lagi cuba membawa Shamsidar ke Munich. AnWAR berhasrat membawa bersama Shamsidar dalam jet eksekutif yang membawa rombongan keluarga AnWAR ke Jeddah untuk umrah. Wan Azizah benar-benar marah dan memberi kata dua beliau tidak akan bersama AnWAR jika Shamsidar turut serta. Keluarga AnWAR juga memihak kepada Wan Azizah.

Azizah wajar bertindak begitu atas sikap AnWAR yang bersikap "1Keluarga, Azmin Didahulukan, Shamsidar Diutamakan". Azmin juga dimaklumkan sentiasa 'merengek' agar beliau dan isterinya turut serta dalam rombongan AnWAR seperti 'zaman dulu-dulu', sedangkan Wan Azizah mahu memandang ke hadapan dengan meminggirkan semua musuh-musuhnya. Biar apapun sikap Azizah membantah, "Azmin tetap Didahulukan" oleh AnWAR.

Sikap AnWAR ini jelas apabila AnWAR mengambil seorang bekas banduan bekerja di rumahnya di Bukit Damansara biarpun dibantah keras Wan Azizah. Kononnya Wan Azizah amat prihatin tentang keselamatan keluarganya apabila seorang bekas banduan bebas keluar masuk rumahnya. Apakah memang ini alasannya Azizah membantah cadangan AnWAR, atau ada sebab lain mengapa Azizah membantah, ikuti sambungan seterusnya esok.........

10 comments:

Anonymous said...

Kesian Wan Azizah....

Unknown said...

x sabar menanti episode akan datang nih..best bangat..teruskan!

denaihati said...

Tak sabar nak tunggu NEXT episod ...

pisau said...

manja jugak yer azmin dgn bang anuwar dia hehe

maskadove said...

nurul izzah tu pekak_buta@tuli.com kah?
tak kan mak dia tak cita apa-apa ngan dia.....
atau bagi dia smua tu benda remeh...

Anonymous said...

benarkah wan azizah pernah menuntut cerai kat anwar nie suatu tika dahulu apabila mengetahui perangai luar biasa anwar nie?? dan pernah merujuk kes ini kepada jabatan agama??

Anonymous said...

tiada bukti..berdosa klau apa yg ditulis adalah tdk benar...menjadi satu fitnah besar jadinya :(

Anonymous said...

incek kalau xde angin masakan pokok boleh bergoyang. dh baper byk benda yg anwar ckp tu x betul? terlalu byk sgt. heran betul ramai yg masih sokong anwar tu. aku dar kat KeAdilan smpailah skrg jd PKR byk menda yg anwar ckp x make sense langsung. kalau tak percaya g tanya AJK or Ketua Bahagian sumer akan bg jwpn sama. Itulah hakikat yg org PKR buta skrg ni. Parti Kelentong Rakyat. bodoh saper yg sokong PKR skrg ni dan amat bodoh saper yg sokong Penipu Rakyat ni.

Anonymous said...

Anonymous 12:03:00 AM

kalau nak citer lebih lanjut haa masuk la web site ni www.anwaraljuburi.blogspot.com

sure pecah perut dengar perbualan memualkan dengan mak nyah buat baju kurung

Anonymous said...

Takkan lah org nak buat cerita bohong. Dia pun org Islam tahu dosa. Kita yg tak tahu ni kena berjaga jaga jgn sampai terpedaya bila dah tahu cerita. Sedangkan Mahathir yg bimbing anwar selama 18 tahun dan benarkan anwar lawan Gaffar Baba pun percaya takkan bohong lagi. Ezam bersama anwar 30 tahun pun tinggalkan dia cuma azmin je yg masih tak sedar diri sampai jual bini dia kat anwar...mesti ada agenda sendiri...