Thursday, September 10, 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (II)

1. Kehidupan sebagai isteri menteri buat Wan Azizah tidaklah seindah mana. Naluri perempuan (tambahan pula isteri menteri) yang inginkan peralatan dan jenama yang mahal dihalang oleh sikap hipokrit AnWAR yang konon mahu sederhana bagi mengekalkan imej 'penda'wah' beliau. Wan Azizah akur namun naluri wanitanya memberontak, dan sekali sekala terlepas juga barangan bermutu dan berjenama mahal dibelinya. Ini pasti mengundang kemarahan AnWAR yang ego dan hipokrit itu.

2. Semasa AnWAR menjadi menteri, wujud tiga orang lain yang sentiasa membayangi Wan Azizah. Mereka adalah pembantu rumah AnWAR (punya pertalian keluarga bau-bau bacang, berpangkat ibu saudara) yang dipanggil Mak Andak, Sukma (adik angkat yang tinggal serumah) dan Azmin Ali. AnWAR lebih mendengar cakap Mak Andak dalam urusan rumahtangga. Anak-anak AnWAR juga lebih mendengar arahan Mak Andak ini dari Wan Azizah. Memang segala urusan rumah diurus oleh Mak Andak ini.

3. Wan Azizah amat mencemburui Sukma kerana AnWAR juga tidak pernah melarang Sukma membeli dan memakai jenama-jenama mahal utk dirinya, manakala untuk Wan Azizah semuanya dilarang! Larangan AnWAR ke atas Wan Azizah hanya kerana beliau isterinya dan "nanti apa kata orang". Dengan Azmin pula, Wan Azizah cemburu kerana AnWAR sering melebihkan Azmin dan keluarganya. Percutian ke luar negara yang sepatutnya untuk mereka sekeluarga, menjadi tawar untuk Wan Azizah kerana AnWAR akan membawa keluarga Azmin bersama.

4. Kebanyakan pimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Islam semasa Wan Azizah menjadi pengerusinya tahu dilema hidup Wan Azizah ini. Mereka tahu Wan Azizah dimarah, diherdik dan ditengking oleh AnWAR. (Kejadian memukul tidak dapat disahkan). Yang lebih penting lagi, mereka juga tahu AnWAR tidak melayan Wan Azizah sewajarnya. AnWAR sentiasa melebihkan 'orang lain'. Setelah AnWAR dipecat, ada di kalangan AJK Tertinggi Puteri Islam secara sinis memuji 'bini tu jugak la yang bela dia' dengan merujuk kepada AnWAR dan Wan Azizah.

Wan Azizah yang sekian lama memendam perasaan dan terbuku di hati, tiba-tiba mendapat peluang keemasan untuk berbuat sesuatu selepas AnWAR ditangkap 1998. W/pun terkejut hilang status isteri TPM secara tiba-tiba dan AnWAR pula ditangkap selepas itu, Wan Azizah memulakan tindakan menyingkirkan watak-watak yang sering menghantui dirinya dengan penuh bijaksana dan 'very political'. Mungkin beliau banyak belajar dari taktik AnWAR yang sering berbuat begitu terhadap siapa yang dimusuhinya.

Ikutinya sambungannya di bahagian ketiga nanti....................


7 comments:

Anonymous said...

Memanglah Anwar bawak keluarga Azmin. Kan dia sok kat Shidah, sampai jadi kes besar dulu.

Anonymous said...

tak sangka ni "pak sheikh" yg sebenarnya..hehe..tak sabar bro nak tunggu next part..jgn simpan lama2..hehehe

Sir Shah said...

anwar bawak kluarga azmin gi bercuti? ade azmin bawak adik dia tu, ala.. si amboi amboi amboi.. azwan. kot kot kalau dia bawak azwan, xpasal2 anwar dok menempel je kt azwan tu. heh.. tp bang azmin xkesah. nk bini bang azmin pun boley..

Anonymous said...

azmin dan azwan kan tak berapa ngam...

Wong Pencen said...

Hebatnya x-pkr ni kan, boleh tahu macam-macam. Sehinggakan perasaan Wan Azizah pun dia tau.

Kepada pembaca sekalian, berhati-hati. Jangan terlalu cepat percaya cerita orang, apatah lagi cerita orang yang kita tidak kenal pun.

Anonymous said...

sokong ngan wong pencen

Anonymous said...

hati2 korang semua mungkin ini cerita hidup x-pkr sendiri,jangan terus percaya.