Monday, February 8, 2010

AnWAR TIPU PENYOKONG SENDIRI

1. Sabtu lalu, dikhabarkan PKR bermesyuarat di Shah Alam mengatur strategi bagi meramaikan penyokong di mahkamah mengikuti kes AnWAR. Bermula Sabtu petang yang lalu, sms mula bertebaran ke seluruh negara meminta seramai mungkin datang ke kompleks mahkamah Jln. Duta.

2. Yang mengendalikan mesyuarat petang Sabtu ialah Saifuddin dan Tian Chua. Tentu saja AnWAR tidak sesekali merayu penyokongnya datang. Kerja ini biasanya akan dikendalikan oleh 'panglima perang' PKR. Khabarnya dikerah ketua-ketua cabang PKR hadir membawa 'orang' masing-masing. Ramai juga yang memberi komitmen akan hadir pagi ini (Isnin).

3. Yang berlaku pagi ini benar-benar 'membodohkan' ketua-ketua cabang dan penyokong PKR. Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan Karpal Singh yang membela AnWAR. Alasannya mahu mengemukakan bantahan dan mohon menukar hakim yang konon tidak serius dalam mengendalikan kes.

4. Ramai di antara ketua-ketua cabang dari luar KL masih dalam perjalanan ke mahkamah Jln Duta seperti dipinta keputusan mesyuarat di Shah Alam. Apabila dimaklumkan perbicaraan ditangguhkan hari ini, ramai yang merungut! Kata mereka, jika ada perancangan mahu menangguhkan sidang, bagitaulah awal-awal !!!!!!!!

5. Ini tidak, menyusahkan orang aja, komen mereka lagi. Seorang kenalan x-pkr dari utara Perak merungut dia sedang dalam perjalanan. Nak patah balik pun tak berbaloi. Nak tunggu esok, kena fikir nak tidur mana malam ni. Dia membawa bersamanya 4 orang penyokong yang perlu beliau 'tanggung' ke KL.

6. Rakan ini memaklumkan beliau tidak memikirkan sangat tentang imbuhan kewangan seperti dijanjikan pimpinan PKR, namun marah dengan sikap AnWAR yang gemar 'mempermainkan' penyokongnya. Beliau menambah, AnWAR pasti tahu atau dia sendiri yang mengarahkan Karpal memohon menangguhkan perbicaraan.

7. "kenapa AnWAR tidak boleh memberitahu penyokongnya bahawa tidak perlu datang pada hari Isnin". Beliau juga maklumkan tidak kisah jika tidak dapat masuk ke dalam mahkamah mengikuti perbicaraan, tetapi mahu pastikan mukanya dapat dilihat oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PKR yang lain terutama Azmin!

Adakah kehadiran di mahkamah sepanjang perbicaraan AnWAR akan menjadi penanda aras pemilihan PKR yang bakal berlangsung tidak lama lagi? Apakah sikap AnWAR yang terus-terusan membohongi pengikutnya masih diterima penyokongnya? Ataupun mungkinkah kerana ini penyokongnya di mahkamah Jln. Duta semakin tidak bertambah, malahan makin kurang? Mungkin AnWAR dan mereka yang seangkatan dengan PKR sahaja yang bisa merungkainya...

2 comments:

Anon 00 said...

Hehehe... teringat zaman dulu-dulu...

Beria-ia la kita ni minum air longkang yang disimbah dek FRU...

Sesak-sesak nafas kita ni hirup gas pemedih mata... hilang selipar, hilang kasut, hilang kamera...

semuanya sebab Anwar...

Bila Anwar keluar, haram tak sekelumit terima kasih pun, tapi berlagak membesar-besarkan DAP haramjadah dan PAS kononnya, depalah yang berjuang untuk dia... Bila diberitahu tentang reformis, dia hanya mendengus macam menyampah... hina bebenor ler reformis jalanan nih... ada yang sampai macam peminta sedekah supaya diiktiraf macam JamilKucing pondan tuh... last-last... habuk pun tarak... kena juga jadi pengemis kat bukit bintang dengan modal kucing-kucing laloknya...

Tak ke setan namanya?

x-pkr said...

Anon 00,,,

ana setuju sheikh..(bukan oak sheikh aaa)! golongan reformis ini dilupakan oleh AnWAR.

Hakikatnya AnWAR ni golongan elit, gitu juga Azmin, Azizah. Hipokrit gambarkan mrk sentiasa merakyat, baik jadi mcm biasa, golongan pertengahan yg dgr hati dan nurani rakyat....