Wednesday, February 3, 2010

ASEAN : AnWAR MASIH MENGHARAP (III)

1. Setelah Filipina dan Indonesia, fakta mengenai hubungan luar AnWAR akan dilanjutkan ke Thailand (untuk rekod, AnWAR baru saja pulang dari Manila dan Jakarta sebelum perbicaraan kes liwatnya pada 2 Febuari 2010). AnWAR melihat Thailand begitu strategik kerana Thailand adalah 'syurga' NGO-NGO antarabangsa terutama yang berkiblatkan Amerika. AnWAR bijak menghidu peluang agar jaringan a/bangsa beliau makin mantap.

2. Di Thailand, AnWAR bersandar kepada Gabenor Kota Bangkok, Putera Sukhumvand yang dikenali beliau sejak awal 80-an. Putera Sukhumvand banyak terlibat dengan program-program IKD yang giat memperjuangkan kepentingan ilmu dan dialog antara pemimpin-pemimpin 'reformasi' di negara berkaitan. Putera Sukhumvand juga hadir ke rumah AnWAR di Bukit Damansara sewaktu perkahwinan Nurul Izzah dahulu.

3. Sukhumvand adalah aktivis Parti Demokrat Thailand dan kini telah menjadi Gabenor Bangkok. Hubungannya dengan PM Abhisit Vejajiva adalah rapat kerana mereka punyai banyak persamaan (berpendidikan barat serta pendokong demokrasi terpimpin). Selain itu, mereka tiada masalah dengan keluarga diraja Thailand (Sukhumvand juga berdarah raja). Kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh AnWAR.

4. Banyak NGO-NGO yang membiayai program PKR dan pembangkang di Malaysia berpangkalan di Bangkok. International Republican Institute (IRI) dan Frederich Naumann Stiftung (FNS) punya pejabat cawangan di Bangkok dan hanya melantik wakil mereka di Kuala Lumpur. Terdapat banyak juga wakil-wakil media antarabangsa yang berpangkalan di Bangkok termasuklah dari Jerman, Peranchis dan Argentina.

5. Pastinya ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh AnWAR. Banyak juga wawancara beliau dengan media-media antarabangsa dibuat di Thailand. BAnyak juga program-program anjuran NGO-NGO yang membicarakan perkara-perkara sensitif mengenai agama islam dihadiri AnWAR di Bangkok. Termasuklah juga program 'riadhah' dihadiri AnWAR seperti berurut (spt didedah oleh blogger GAP) dilakukan di kota BAngkok! hahaha

6. Seorang lagi yang dijaja oleh AnWAR konon orang hubungannya di Thailand adalah Dr. Surin Pitsuwan, bekas Timbalan Menteri Luar Thailand. Surin, seorang muslim banyak memainkan peranan sebagai 'pendamai' di selatan Thai namun sering gagal akibat konflik politik dalaman. Kini Surin adalah Setiausaha Agung ASEAN yang berpangkalan di Jakarta Indonesia. Beliau dilihat cuba meminima hubungannya dengan AnWAR kini.

7. Dimaklumkan Surin cuba menjaga sensitiviti isu-isu dalaman negara-negara ASEAN, namun AnWAR yang hipokrit menceritakan sebaliknya. Konon Surin sentiasa menyokong beliau walhal ianya tidak benar samasekali. Tambahan pula, penasihat khas Surin di sekretariat ASEAN merupakan bekas 'fellow" IKD. Beliau adalah B. Rajaretnam, seorang warganegara Singapura yang hidup merantau sekian lama.

8. Seorang rakan x-pkr telah mengesahkan Rajaretnam berkunjung ke KL pada 19 Januari lalu dan telah menemui AnWAR atas kapasiti peribadi, bukannya wakil dari Dr. Surin. Namun AnWAR telah mencanangkan kepada penyokongnya bahawa beliau mendapat sokongan dari negara-negara ASEAN tentang kes liwatnya. Lihat betapa putar belitnya AnWAR semata-mata tidak mahu ke mahkamah.

x-pkr menyimpulkan bahawa AnWAR ini teramat opportunist orangnya! Beliau nyata menggunakan apa saja ruang yang ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa demi kepentingan diri. Kepentingan strategik negara-negara luar akan beliau gunakan jika ia membawa kebaikan untuk dirinya. Dalam kes ini, Thailand w/pun tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara di dunia ini, nyata 'dijajah' oleh Amerika sekian lama dari sudut yang lain, dan kerana itulah AnWAR amat berminat dengannya.................

Sekian.

3 comments:

june said...

hmmmmm...wonder...ape taktik AI lg lps nie untuk mengelak dibicarakan? ape2 pun semoga kita semua dijauhi bala akibat perbuatan si terkutuk nie...

Anonymous said...

tkasih utk isu asean. rasanya kurang dpt dfahamkan.. dcadngkan kaitkan icon trkenal.eg Gunakan ibarat seperti kes2 yg kita faham d mesia

Anonymous said...

Saya stuju dgn.komen X-pkr tentang
ANaWAR pemimpin PKR (Pemimpin Kaki Raba)tetapi yg. mnjdi muskil knpa
pnyokng d Perbat.....B....h (permatng Pauh)yg buta mata, buta hati,buta pemikiran mcm LEMBU ALLAH
TAALA saya tetap memberi sokongan kpd. Syaiful.....