Monday, October 11, 2010

GILIRAN MUSTAFA KAMIL PULA 'DIMAIN' AnWAR

1. Saya sempat meneliti selangordaily yang telah menyiarkan akaun bersumpah kedua Rahimi Osman. Jika ia benar sperti dicerita, kita harus mengutuk perbuatan AnWAR, Saiful Izham, Latheefa Koya serta Yusmadi Yusuf atas tindakan tidak beretika mereka. Tambahan pula mereka mengetahui bahawa AnWAR sememangnya penipu besar!

2. Khabarnya, sekembali saja AnWAR dari luar negara, beliau terus memanggil beberapa personaliti dalam PKR secara berasingan. Antaranya adalah Mustafa Kamil Ayub. AnWAR mahu Mustafa mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kemasukan Rahimi Osman ke dalam PKR bagi menimbulkan persepsi Rahimi memang sengaja dihantar oleh UMNO/BN.

3. Kenapa Mustafa Kamil? Ini kerana pimpinan tertinggi lain dalam PKR telah tercalar reputasi mereka. Saifuddin yang diharapkan telah gagal dalam misinya memujuk bapa Rahimi, bahkan Saifuddin kini dilihat tidak lebih dari pecacai pencuci najis yang ditinggalkan AnWAR. AnWAR perlukan imej 'orang baik' bagi menyerang kredibiliti Rahimi.

4. Mahu bersandar kepada sahabat ABIM yang senior, nanti banyak pula soalan kepada AnWAR. Sahabat-sahabat JIM boleh dipersoalkan kesetiaan mereka kepada AnWAR kerana mereka tetap mendengar cakap ketua mereka yang kini berada dalam PAS. Maka Mustafa adalah calon terbaik, selain Mustafa sendiri ghairah mahu mendapat sokongan PKR.

5. Kerana ghairah mahu 'dilihat' kuat mempertahankan AnWAR, Mustafa Kamil bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan. Malaysiakini yang pro AnWAR giat memberi ruang kepada Mustafa hingga beliau 'naik syok'. Mustafa barangkali lupa beliau banyak kali telah 'dimainkan' oleh AnWAR dan sekutunya dalam percaturan politik PKR.

6. Jika beliau mahu mempersoalkan Rahimi, maka Mustafa juga wajar mempersoalkan kemasukan Annuar Tahir dan Dr. Ghazali Basri dari ABIM yang terlebih dahulu meninggalkan PKR kerana tidak yakin dengan perangai AnWAR. Annuar Tahir (kini menyertai PAS) hingga kini secara ikhlas menceritkan perangai putar belit AnWAR sebagai ahli politik!

7. Bagaimana AnWAR-Azmin tidak boleh dipisahkan tetap menjadi topik Annuar Tahir apabila bercerita tentang PKR. Ini adalah pengalaman beliau semasa menjadi Setiausaha Agung PKR yang pertama. Kenapa Mustafa tidak mahu mengatakan Annuar Tahir dihantar oleh UMNO untuk menyertai PKR dan kemudian keluar lalu mencerita perangai AnWAR?

8. Buat Mustafa Kamil, percayalah, diri saudara kini sedang dimanipulasi sepenuhnya oleh AnWAR dan Azmin. Azmin jauh sekali mahu menjawab dakwaan Rahimi kerana tidak mahu kebenaran semakin terbongkar. AnWAR juga mahu berlagak 'macho' walhal sudah menggelabah mencari alasan menepis dengan Azizah.

Hanya Mustafa Kamil saja di kalangan imej 'orang baik' yang sudi menyerang Rahimi, itupun dengan harapan bakal meningkatkan sokongan ahli PKR terhadapnya kerana kuat membela AnWAR dalam isu ini......

Sekian.

5 comments:

Anonymous said...

Udah-udah ler tu, Anwar... Muhasabah diri anda.

U have gone too far...!

Cintai Malaysia Tanahair Kita said...

Kesian Anwar! Tembelang kian pecah..
Mustafa Kamil..umpama ayam berkokok tapi jubur penuh dgn tahik!

Anonymous said...

musibah byk menimpa ke atas AI tapi dia x insaf2 gak....dan x serik2 melakukan rancangan jahatnya..

Anonymous said...

Itu tanda nya Allah telah membalas segala perbuatan nya yg dikutuk allah itu pun tak insaf insaf lagi masih lagi dengan kerja kotor dia cukup lah tu jangan sampai besuk nak jalan pun tak bolih bercakap pun org tak faham dah.

Anonymous said...

slm,mustafa kamil????ha..ha..ha..budak2 hingusan bole la ditipunya......heeee...heeee...heee