Friday, October 8, 2010

SAIFUDDIN NASUTION DAH CAKAP DGN BAPA RAHIMI?

1. Sah! Juak-juak PKR tenggelam punca akibat laporan polis oleh Rahimi Osman, bekas pegawai khas AnWAR yang menyatakan beliau dipaksa menantangani dua akuan bersumpah dengan pengawasan peguam Saiful Izham dan Latheefa Koya. Tindakan mereka yang berselerak menyerlahkan betapa mereka tidak pernah jujur terhadap perjuangan mereka sendiri.

2. Masing-masing cuba bertindak 'hero' bagi memenangi hati AnWAR atau cuba mencari undi pada pemilihan tertinggi PKR nanti. Syed Husin Ali menafikan tindakan samseng menghalang sidang media Rahimi berpunca dari PKR, sedangkan terang-terang mereka yang membuat kecoh itu dikenali dari zaman reformasi 1998 lagi bersama AnWAR dan PKR.

3. Salah seorang dikenali sebagai Pushpa, cukup sinonim dengan demo jalanan anjuran PKR. Sebutlah dimana saja demo memprotes kerajaan, maka akan kelihatanlah wajah Pushpa ini. Kini beliau dilantik oleh Khalid Ibrahim sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Wajarkah seorang perusuh jalanan dan samseng dilantik sebagai ahli MAjlis?

4. Saifuddin Nasution juga tidak habis-habis ditugaskan mencuci najis yang ditinggalkan AnWAR-Azmin. Sejurus laporan polis Rahimi dibuat, sumber dalaman memberitahu Saifuddin diarah AnWAR untuk mencari bapa Rahimi. Misinya adalah memujuk bapa Rahimi supaya menyerang kredibiliti anaknya!

5. Pastinya ada habuan untuk bapa Rahimi berbuat begitu. Sehingga kini bapa Rahimi tidak termakan pujukan itu. Apakah ini bukan rasuah pada pandangan mereka? Ataupun AnWAR cukup terdesak hingga tidak memikir halal-haram asal saja kredibiliti Rahimi hancur. Apakah Saifuddin juga terdesak mahukan sesuatu dari AnWAR hingga sanggup berbuat begitu!

6. Pastinya susah menjadi setiausaha agung PKR kini. Segala-galanya terpaksa dilakukan hatta mencuci najis tinggalan AnWAR-Azmin sekalipun. Calon-calon lain juga terkehadapan menyerang Rahimi untuk memenangi hati AnWAR sekaligus dipilih Azmin bagi menaiki 'kapal' yang sama semasa pemilihan nanti.

Jika Saifuddin tidak puashati dengan artikel ini, maka ambillah tindakan sewajarnya. x-pkr punya asas kukuh menamakan beliau dalam insiden ini. Sementara itu juga kita menuntut agar Pushpa digugurkan keanggotaanya sebagai ahli Majlis Bandaraya Shah Alam atas perangai samseng beliau. Syed Husin jangan cakap saja, bertindaklah sewajarnya......

Sama-sama kita tunggu apakah Syed Husin semakin dijangkiti penyakit 'denial syndrome' yang telah lama melanda AnWAR. Apakah Syed Husin juga sudah jadi seperti Saifuddin yang hanya cakap tak serupa bikin! Kita nantikan tindakan seterusnya dari PKR........

Sekian.

9 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, si Saifuddin ni bukan orang tidak berilmu, ilmu agama juga boleh tahan... tapi dek kerana taksyub dengan Anwar, maka biarlah dia hidup bersekongkol dengan kemungkaran Anwar....

x-pkr said...

bro yang gambi,,,

betul...sokong membabi buta bakal menjurus kpd sokong membawa rebah!

Pakteh said...

Salam
pakteh dapat 3 m/s salinan akuan bersumpah Rahimi yang terbaru dari blog Selangordaily dan esok salinan lengkap akan dipaparkan.

boleh lihat di blog pakteh di http://www.betoika.blogspot.com atau pegi terus ke selangordaily.

Jika betoi..memang hebat projek 16 sept anwar...isk isk isk

Panglima Perang Cyber said...

mereka akan buat apa saja utk kejar kuasa

hanizam said...

bro, nilah BARUA-BARUA anuar...sanggup buat ape saje...

Anonymous said...

KALAU ADA SESIAPA JUMPA BAPAK RAHIMI SURUH BAPAK RAHIMI BUAT REPOT POLIS.....DA LA TAU PUAK2 NI PENIPU...MANA ADA KEADILAN.. JIKA CAKAP SIKIT NAK SAMAN ...PELIKNYA AZIZAH/NUAR TAK SAMAN PULAK EZAM.. BURUKKAN MEREKA SEMUA....TUNGU DA LIHAT.. YANG PASTI SOKONGAN PKR KINI MENJUNAM.. JATUH..

Anonymous said...

waktu minta maap dgn media baru ni nampak sungguh muka tak ikhlas mcm terpaksa saja. Ini baru lepas kena bancuh dgn Anwat la ni yg hang berlagak konfiden cakap depan media macam tak bersalah lepas tangan macam tu ja. Kan dah kena cuci dengan Nuar dah tahu tugas hang mmg sebagai pencuci najis Anwar-Azmin dan pengikut PKR, jalankanlah tugas yang diberi, jgn nk cuci tangan hang saja. Hang jgn igt media bodoh mcm hang, hang boleh bodoh2kan media pulak.Depa dah tahu hang minta maap tak jujur, muka pendendam hang jelas terpancar Saipuden...

Anonymous said...

syed husin ali mempunyai semangat perjuangan politik yang menuntut keadilan untuk semua.cuma kesilapan syed husin ialah bila beliau berganding dengan anwar ibrahim.
beliau terpaksa mengikut rentak tarian pkr.
sebaiknya..syed husin keluar saja dari pkr..
banyak ngo2 yang bolih syed husin sertai jika beliau benar2 ikhlas dalam perjuangan untuk rakyat.
beliau akan dikenang dan dihormati jika tidak bersama pkr.

Singh Is Kinng said...

Salam Tuan X-Man,

Tidak kurang juga hebatnya Rahimi dicaci maki dlam FB.

Pasal menggigil tu ... cerita ni ada kelangsungannya ... sebab kalau Anwar berani kerana benar ... sebab apa dia lari ke Turkish Embassy ... amat lah memalukan ... HI HI HI