Friday, May 14, 2010

HIPOKRASI AZIZAH

1. Lagaknya memang ketara. Azizah kini cuba meraih simpati dari golongan wanita dengan menampilkan imej isteri dan ibu yang baik. Di Permatang Pauh bulan lepas, antara aturcara beliau adalah melawat mereka yang uzur. Mewakili Ahli Parlimen Ptg. Pauh ujarnya, sedangkan semasa menyandang jawatan itu, Azizah amat berkira utk pulang ke kawasan.

2. Kini, pabila ada lagi jemputan buat Azizah selaku Presiden PKR ke luar KL, Azizah memaklumkan beliau sibuk sepanjang bulan ini. Sibuk mengiringi AnWAR ke mahkamah. Setiap kali tiba di mahkamah, maka tergesa-gesalah AnWAR 'menangkap' tangan Azizah untuk menaiki tangga ke bilik perbicaraan........

3. Selesai jurugambar merakamkan sudut-sudut yang menarik, tangan Azizah dilepaskan konon untuk AnWAR melayan para wartawan atau 1-2 orang teman yang hadir mengikuti perbicaraanya. Jika ada anak-anak, berjalanlah Azizah dengan anak-anaknya. Jika tiada, berjalanlah Azizah sendirian diikuti beberapa staf AnWAR dibelakangnya.

4. Azizah ialah saksi alibi utama bagi AnWAR. Namanya telah dikemukakan pihak pembela. Karpal Singh gagal mendapatkan salinan bukti-bukti pendakwa termasuklah rakaman CCTV keluar masuk AnWAR di kondominium tempat berlakunya kes. Azizah pasti 'pening' kerana tidak tahu jam berapa sebenarnya pergerakan AnWAR di sana.

5. Sebagai saksi alibi utama, pasti Azizah akan ditanya (oleh pendakwa) tentang kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan AnWAR berada bersamanya bagi menyanggah masa pertuduhan. Jangan lupa, Sivarasa juga nyatakan AnWAR berada di pejabat PKR mempengerusikan mesyuarat ketika itu.

6. Mana satu yang betul? Azizah atau Sivarasa kerana Azizah nyatakan AnWAR bermesyuarat di rumah. Sivarasa kata pula mesyuarat di pejabat! Kerana itulah AnWAR berhempas pulas mahukan rakaman CCTV tersebut. AnWAR mahu Azizah 'berlakon' sesuai dengan skrip dikarang AnWAR. Azizah hanya mengikut sahaja.....

7. Cukup-cukuplah Azizah. Lebih mulia jika Azizah nyatakan beliau memang tidak tahu apa yang sebenar berlaku antara suaminya dan Saiful daripada terus bercakap tentang konspirasi yang Azizah sendiri 'kelabu' mengenainya. Nama Azizah juga dimasukkan sebagai saksi alibi secara tergesa-gesa. Pasti ada sesuatu yang tidak kena mengenainya.............

Sekian

8 comments:

naDim'IQ said...

INSAFlah wahai Jijah, lafazkanlah DUA KALIMAH.. dirikanlah SOLAT.. dan berSYUKUR..

coz Xtau TERIMA TAKDIR, jadik ar PKapirR parti FAMILY TREE..

Lord Garam said...

itulah, dah letih tgk wayang laki bini nie. bila masa nak bertaubat pun kita tak tahu. makin disorok makin terbukak hipokrasi laki bini.

x-pkr said...

naDim,,,

jijah dlm dunia imaginasi dan hipokrasi.........

TokeyGaram,,,

depa main wayang sampai luar kelambu, tu yg semua meluat tu...

Anonymous said...

Sekarang kami cuma serang Brother Anwar Bin Ibrahim( BABI ) sahaja. Kami masih ada rasa BELAS DAN SIMPATI kepada Wan Azizah dan anak-anak kau.Jangan nak menipu lagi. Sudah sudah la tu
( Peringatan dari Ezam)
Jangan sampai satu keturunan kau nanti akan dicop PENGKHIANAT BANGSA MELAYU wahai Dr AZIZAH..
Kesabaran itu ada batasnya...

Anonymous said...

salam...ape la korang nih...klau dh mmg x suka smpai suku sakat deorg korang x suka..pd aku xyah tgk jauh2 smpai yg dlm kelambu dh laa..cuba hangpa bandingkn cmni jer..kurge pak najib dgn kuarge anwar ibrahi atau nik aziz..agak2 korang laa..cuba guna mata hati jgn guna mata kepala..sape yg nmpk cahjya imannye..banding si rosmah dgn wan azizah agak2 ler yg mn nmpk cahye imannye...banding pulak ank2 pak njib kita dgn anak2 anwr ibrahim dan anak2 nik aziz..dh le..aku tau jauh di sudut ht korag tau ape jawapnye..tp korang punye mentaliti ni dh 50 thn di jajah dek UMNGO..tu yg x boley nak pk sendiri tuh...adiosss

bekas pengundi pas said...

Skeptikal dan tipikal sangatlah cara berfikir kau anon di atas.Kalau beginilah cara kau menilai baik buruk orang,syurga neraka,maka syaitan pakai jubah mesti kau anggap tok wali.Nak mati esok masa sakarat iblis menyamar jadi macam2 tau untuk menyesatkan kau,jadi janganlah naif sangat.

Buta2 aje kau kena kencing.Dajal esok keluar pun tak ngaku dajal kalau kau nak tahu,kalau tak takkan berduyun2 umat Islam ikut dajal.Taktik dajal ni samalah macam yg anwar ibrahim buat mengaburi mata dengan penampilan dan janji2 beracun.

Tak payahlah kau susah2 serkap jarang semua orang yg celik mata nampak kemunafikan anwar sebagai umno.Itu satu lagi kecetekan akal penjilat anwar dan pembangkang.FYI penulis blog ini juga bukan umno termasuk juga pembaca2 blog ini.FYI juga aku sendiri bekas penyokong pas dan anwar si drama king satu ketika dulu harharhar

Anonymous said...

to bekas pengundi pas..sbb itu aku kata toksah ler duk tgk yg ghaib2 yg benda nko sndiri pun x tau...kan aku kata buat perbandign luaran shj..kurge nik aziz kuage najib..tu jer..aku ty soaln tu pun ko x tau jawab hahhaha...itu laa biler hati hitam dan gelap yg baik pun nampk jahil...rosmah dgn rmbut merebang2 sah2 laaa x ikut perintah agama..woi berdosa tau pompuan muslim x pkai tdung..klu yg tu pun dia sbg pemimpin x leh buat mcm mn rkyat marhain mcm aku ni nak respek...tp tu la kan ckp berbuih kat korang UMNGOK PUN X GUNA SBB dah mmg ngok pun..mcm ni laa aku akn mntk pd allh moga pengikut UMNGOK ni di buka pntu hatinya..wey komen la plak kes bung mokhtar hehehe...bini cun oooo...

Anonymous said...

Apa la blog ni teks hitam bacgroung gelap, susah baca la