Thursday, April 21, 2011

AnWAR PULANG HARI INI ?

1. Mengikut rekod perjalanan, AnWAR sepatut kembali ke tanahair hari ini setelah 'melarikan' diri semasa proses p/raya Sarawak berlangsung. Penulis optimis AnWAR akan pulang, mungkin singgah sebentar di kota Singa bagi melempiaskan hajatnya...........bertemu dengan seorang dua personaliti yang punya kepentingan dalam karier AnWAR.

2. Kita juga teruja menantikan kes liwat II yang bakal disambung 25 April ini. Apakah keputusan nanti AnWAR perlu membela diri atau tidak? Kepulangan awal AnWAR juga pasti punya misi untuk membincangkan strategi bagi menghadapi apa jua keputusan mahkamah nanti. Atau apakah ada strategi lagi untuk menangguhkan lagi keputusan mahkamah nanti!

3. Kepulangan AnWAR kali ini tentunya dinantikan banyak pihak. Selain isu jam tangan OMEGA yang ditepis dengan pelbagai alasan oleh AnWAR dan Azizah, masyarakat juga menantikan komennya mengenai hal Raja Petra. AnWAR mengatakan akan membuat ulasan mengenainya selepas p/raya Sarawak.

4. Azizah yang tidak mengikut suami 'anugerah tuhan' itu juga tidak membuat sebarang ulasan mengenai kenyataan Raja Petra. Mungkin AnWAR terlupa atau terlalu sibuk mahu menyediakan skrip buat Azizah. DAP juga barangkali terlupa mahu bercakap mengenai RPK, mungkin terlalu sibuk meraikan kejayaan mereka di Sarawak.

5. Cuma yang 'menyibukkan' diri bagi melupakan kesengsaraan akibat kalah teruk baru-baru ini dengan memberi komen mengenai RPK adalah PAS! Kata Hj. Hadi, isu RPK adalah isu tepi jalan yang tidak perlu diperbesarkan. Manakala Mustafa Ali pula berkata 'kita' tidak akan sekali-kali menerima kembali RPK.

6. Isu ini adalah isu fitnah, mana boleh dikata isu remeh tepi jalan yang tidak wajar diperbesarkan! Mustafa Ali pula bercakap atas kapasiti apa mewakili 'kita' itu? Kasihan juga melihat telatah pemimpin PAS ini! Mungkin saja setelah dilabel liabiliti oleh penyokong sendiri, kumpulan hadi dan Mustafa mahu kembali mendapatkan kepercayaan 'boss' besar pakatan.

7. Seperkara yang menarik lagi, kita nantikan adakah AnWAR akan mengulas panjang isu RPK, atau seperti biasa menuding jari kepada pihak lain menutup kelemahan sendiri. Juga apakah DAP terlalu sibuk pula selepas ini berkempen di Singapura membantu PAP di sana, dan tidak mustahil juga PAS akan turut serta di sana membantu DAP, bagi meyakinkan orang melayu singapura bagi mengundi PAP nanti..... yang akhirnya akan menenggelamkan kepanasan pengakuan RPK ini!

Sekian.

5 comments:

KL BOYZ said...

harap dapat dilink blog KL BOYZ disini..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Anonymous said...

anwar akan balik minggu ni.. bersepah org ckp dia nak buat ceramah di seri iskandar perak 23.4.2011 ni.. menyemak la anwar ni!

Jeffry said...

RPK DAH TAK RELEVAN LAGI BG PAS SEBAB YG KENE BEDAL ADALAH HJ HADI. SEMUA ORG TAU HJ HADI SEBENARNYA PENYOKONG KERAJAAN PERPADUAN CUMA MALU NAK MENGAKU DI SEBABKAN MASIH MAHU 'MKN GAJI' DGN ANUWAR DAN KIT SIYAL. JGN HARAP LA PAS NAK KEMBALI KE PANGKAL JLN. PENDIRIAN PAS = ALANG2 DAH SESAT BIAR SESAT TERUS HUHUHU

Gelombang Wangsa Maju said...

SALAM X-PKR,

MOHON IZIN LINKKAN BLOG SAUDARA BERSAMA BLOG KAMI. WASALAM ...

Anonymous said...

Saya tau apa omen ANUwar pasal RPK.
RM2juta, konspirasi, Najib-Altantuya, etc...Hehehe..