Tuesday, April 5, 2011

AZIZAH DAH TONTON ADEGAN 'PANAS' ITU?

GAMBAR BUKAN LANJUTAN DARI AKSI VIDEO DLM ADEGAN RAMAS MERAMAS

1. Episod AnWAR makin panas dan menarik. Dalam debaran penamaan calon di Sarawak, AnWAR begitu mencuri tumpuan petang semalam dan hari ini. Sebahagian dari rakaman video seks yang didakwa melibatkan dirinya mula diedarkan dalam laman maya semalam. Hampir semua media arus perdana dan alternatif membawa cerita ini.

2. Persoalan buncit atau tidak perut lelaki pelaku dalam video seks itu makin terjawab! Saya pasti ramai yang teruja menantikan 'aksi' seterusnya dalam video itu. Dari rakan-rakan yang telah menonton video itu, pelaku dalam video itu dikatakan amat 'gagah' bertempur di medan. 'Senjatanya' juga diberitakan amat luarbiasa!

3. Namun AnWAR tetap AnWAR, tidak habis-habis menepis dan cuba mengalihkan isu pokok. Di Sarawak, AnWAR khabarnya tertekan dengan pengedaran video tersebut. Teman-teman PKR mengatakan muka AnWAR amat berkerut petang semalam sebaik dimaklumkan sudah ada klip video seks di laman maya.

4. Sama berkerut dan menggelabahnya AnWAR seperti mula-mula dimaklumkan Saiful Bukhari telah membuat laporan polis dirinya diliwat. Sumber menyatakan, kebimbangan AnWAR sebenarnya hanya satu, iaitu TAKUT AZIZAH MELIHAT VIDEO ITU! AnWAR sebenarnya arahkan semua surat dan bungkusan yang diterima ditapis dahulu oleh pegawainya samada di rumah atau pejabat.

5. AnWAR risau akan ada salinan video dihantar melalui pos kepada Azizah atau Nurul Izzah tanpa pengetahuannya. Kerana itu sebelum ini pantang ada bungkusan yang diterima di rumah atau pejabat atas nama Azizah atau Nurul Izzah, ia pasti dibuka oleh petugas dahulu atas alasan keselamatan.

6. Kini AnWAR di Sarawak, Azizah masih di KL dan hanya akan ke Kuching petang nanti. Nurul Izzah tidak dapat dipastikan, namun belum bersama 'papa hebatnya' di Sarawak. AnWAR risau semasa ketiadaan beliau memantau Azizah dan Izzah, apakah mereka tidak cuba menonton klip video tersebut?

7. Apakah tidak ada yang akan memberitahu Azizah dan Izzah bahawa sebahagian dari video tersebut tidak memaparkan adegan-adegan berat dan panas? Maknanya ia belum sampai ke tahap 'geli' untuk menonton bagi mengesahkan bahawa lelaki itu bukan suami yang pernah disifatkannya anugerah tuhan?

8. Apakah anak lelaki AnWAR, Muhammad Ehsan yang kini berada di Amerika Syarikat dijamin tidak menontonnya? Ehsan diberitakan pernah 'confront' bapanya itu dalam isu Saiful, dan sahabat-sahabat terdekat AnWAR mengetahui perkara tersebut! Apakah ahli-ahli PKR juga dijamin tidak akan menontonnya sedangkan capaian dalam laman maya begitu mudah?

Semua perkara ini bakal membuat AnWAR sakit kepala! Namun percayalah, AnWAR seboleh mungkin akan menimbulkan keraguan terhadap video tersebut. Cuma AnWAR tidak lagi boleh menyembunyikan 'bahasa badan' beliau bila berdepan isu ini. Beliau kini amat mudah naik angin, marah-marah biarpun dengan penyokong sendiri. Semuanya serba tak kena buat AnWAR sekarang biarpun masih dilihat cuba untuk mengawal perasaannya sebaik mungkin.....

Sekian

2 comments:

Anonymous said...

Adakah anda masih lagi ahli PKR?
Kalau anda masih lagi ahli saya teka anda Yusmadi, betol tak?... atau isterinya yang cun... saya minat giler dia tuh sejak dia amik SRP lg.

Video;
perot Anwar buncit dalam video tersebut. So, pintu toilet dlm tu juga ikut buncit.

-mat bunch-it

Anonymous said...

bandingkan bentuk kepala yg sama!! anugerah dari tuhan! 100% sama!

http://www.flickr.com/photos/61419295@N07/5591750866/