Monday, April 11, 2011

OHH !! NO NO.... AnWAR

1. Kali ini AnWAR pula yang melompat! Sidang akhbar beliau semalam menyerlahkan sikap Punai sihat Ekonomi Negeri Selangor, negeri yang telah membentangkan Akta Kebebasan Maklumat di sidang DUN baru-baru ini. Akta ini diluluskan bagi rakyat memperolehi maklumat secara terus bagi wakil rakyat di Selangor atau mereka yang berkepentingan di Selangor!

2. Namun apa dah jadi semalam? AnWAR marah-marah bila ditanya tentang jam tangan Omega. Sekali lagi Utusan Malaysia jadi sasaran walhal yang bertanya adalah seorang wanita dari 8 TV di bawah naungan Media Prima. Yang mula-mula membawa isu jam tangan Omega ini pula adalah akhbar-akhbar Cina seperti Sin Chew Jit Poh dan Oriental Daily!

3. Mengapa AnWAR tidak menyerang mereka? Takut kehilangan undi kah? Pertanyaan dari wartawan TV3 juga tidak dijawab, hanya cemuhan dilontar dari mulut AnWAR sambil keningnya berkerut (menahan amarah barangkali). Apakah ini kebebasan akhbar (media) yang dilaung beliau selama ini? Apa jadi dengan Akta Kebebasan Maklumat pula?

4. Kita tahu taktik AnWAR yang terus 'memancung' soalan-soalan maut kepadanya kerana tidak mahu ada soalan lanjutan dari masalah perbadinya. W/pun nampak 'demokratik' kerana memberi peluang wartawan yang bertanya menghabiskan soalannya, AnWAR sebenarnya menekan wartawan itu agar gugup serta melakukan kesilapan.

5. Tidak masuk akal jika AnWAR jujur mahu polis yang meminta jam tangan tersebut darinya jika benar jam tangan tersebut masih di dalam simpanan Azizah! Sejak bila AnWAR begitu mulia mahu menyanjungi kerja-kerja polis? Sedangkan sebelum ini beliau amat galak menyerang institusi polis setiap kali berhadapan kemelut moralnya.

6. Jika benar jam tangan tersebut ada dalam simpanan mereka, saya pasti tak perlu tunggu diminta oleh pihak polis. AnWAR atau Azizah akan menunjukkan objek tersebut kepada umum dan bersedia menyerahkan kepada polis dengan pengawasan ketat dari peguam mereka terutama KArpal Singh!

Inilah wajah sebenar manusia yang didakwa anugerah Tuhan oleh sang isteri yang juga sama perangai dengan suaminya. Masing-masing bersilat menepis cuba 'menghalalkan' tindakan mereka agar terus mendapat sokongan. Yang penting bagi mereka, matlamat peribadi terus dipelihara manakala rakyat terus dibiarkan dalam keadaan keliru.......

Sekian..

1 comment:

Anonymous said...

lawak terbaru... siapa ada jam tangan omega... ada orang nak beli mahal ni.. kui3x

http://www.majalah.com/?classified:mencari-jam-omega-yg-ada-emblem-kerajaan-arab-saudi:6P7VVCMK5K