Tuesday, April 19, 2011

AnWAR: LAGI MAU CAKAP BAIK KA?

Waterfornt: pandangan dari depan Hotel Hilton Kuching

RAkyat Sarawak sudah bersuara!

DAP menang 12 dari 15 kerusi iaitu 80% menepati sasaran.
PKR menang 3 dari 49 kerusi iaitu 6.12% mencapai sasaran.
PAS tewas kerusi yang ditandingi! 0% - tidak mencapai sasaran langsung.

Etnik Melayu/Melanau semua menolak AnWAR dan sekutunya. PBB menang semua 35 kerusi.

Masyarakat Iban, Bidayuh, Dayak dan Orang Ulu juga majoriti menolak AnWAR :
PRS menang 8 dari 9 kerusi yang ditandingi!
SPDP menang 6 dari kerusi yang ditandingi!

Majoriti di kalangan mereka juga penganut Kristian Protestan, sekaligus menolak pendirian Persekutuan Kristian Malaysia (didominasi oleh Katolik) yang berpihak kepada AnWAR dan sekutu. Lim Guan Eng juga seorang penganut Kristian Katolik!

SUPP (mewakili masyarakat Cina) tewas dan menang 2 dari 19 ditandingi.

Lain-lain etnik seperti India Muslim dan lain-lain juga berpihak kepada BN serta peyumbang kepada kejayaan besar BN.

Nilaikan sendiri pecahan data yang tidak seberapa ini. Itupun AnWAR masih boleh kata pencapaian 'kita' masih membanggakan! Penyokong pembangkang harus buka mata siapa 'kita' yang dimaksudkan AnWAR.

Nak pertahankan PKR, Azmin kata undi popular PKR meningkat! Itu memanglah, jika dah bertanding 49 kerusi, pasti akan dapat biarpun satu undi. Barangkali ini tujuan PKR bertanding sampai 49 kerusi, mahu mendapat undi popular, bukan nak menang sangat....

BN (khusus PBB) harus akui undi popular mereka merosot biarpun menang. Sesuatu perlu dilakukan kerana BN harus menang lebih bergaya di masa hadapan. Menang undi dan populariti. Sekali ditekankan, demi memenuhi kehendak masyarakat Cina, keluarkanlah mereka dari pentadbiran negeri. Adalah lebih baik penghargaan diberi masyarakat Melayu/Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu serta Dayak yang setia menyokong BN.....

Sekian.

3 comments:

Salam Perjuangan said...

Salam Perjuangan,

Moga kesatuan kita dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Malaysia mendapat bantuan Allah SWT demi menyelamatkan Generasi kita yang akan datang.

Mohon jasa baik link blog saya. Terima Kasih

http://idealismalaysia.blogspot.com

Anonymous said...

Mau sedapkan hati yang duka lara je tu. Sindrom terbaru mereka.... "Sindrom Sedapkan Hati" - bese ar, perangai org yg sering kalah.

usin said...

cina berkehendak agar wakilnya ditiadakan dalam kabinet negeri. dalam kempen dap, sekiranya majoriti cina tidak mengundi bn, bermakna harapan mereka agar tiada wakil cina dalam kabinet negeri akan tercapai.ada cina yang menyatakan bahawa dengan tiada wakil dalam kabinet bermakna satu bentuk motivasi bagi mereka untuk berdikari. jadi, tunaikanlah kehendak cina tersebut. jangan hampakan mereka...please!!!