Saturday, July 11, 2009

100 HARI PM NAJIB - AnWAR YANG PENING

1. Genap 100 hari DS Najib menjadi PM. Pelbagai langkah dan strategi telah diumum bagi memaksima usaha pemulihan ekonomi negara. Saya pasti banyak lagi langkah sedang dirangka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintahan negara. TPM TS Muhyiddin setakat ini juga menunjukkan prestasi baik menjadi 'orang nombor dua' yang punya wawasan membawa Malaysia ke hadapan.

2. selama 100 hari ini juga AnWAR terkial-kial mencari rentak lagu baru untuk terus mengaburi mata rakyat. AnWAR cukup tercabar dengan langkah liberalisasi ekonomi DS Najib. Inilah dasar yang dijaja AnWAR untuk dilaksana jika beliau berkuasa semasa fenomena 16 September 'diributkan' AnWAR. AnWAR terlalu obses dengan Adam Smith yang menganjurkan pasaran ekonomi terbuka teruja memburukkan DEB ketika itu.

3. Setelah PM merealisasikan dasarnya, AnWAR tetap tidak mahu mengakui dasar PM itu bakal merubah lanskap ekonomi negara sementara hak-hak bumiputera terus dipelihara. AnWAR tetap mencerca dasar yang dibawa PM sebagai dasar retorik yang tidak akan mengubah apa-apa dalam perkembangan ekonomi negara. AnWAR 'malu mata' gamaknya untuk mengakui dasar positif yang dibawa PM itu.

4. Langkah politik AnWAR juga agak terbatas sekarang. Beliau kini bertemu "buku dengan ruas". Pasti pengalaman menjadi Naib Ketua Pemuda di zaman AnWAR membolehkan DS Najib membaca setiap 'silat politik' AnWAR. Gelanggang persilatan AnWAR kini dipagar tanpa beliau melihatnya. Langkah terbaik AnWAR kini mahu mengumpan lawannya masuk ke gelanggang beliau agar bersilat jurus yang sama juga tidak dilayan!

5. Isu liwat beliau sekadar menambah kekusutan AnWAR. Di sebalik ketidak yakinan AnWAR kepada sistem kehakiman negara (spt ug diucapkan dlm byk ceramah beliau), AnWAR terus 'meliwat' sistem kehakiman negara dengan niat mahu melambat atau menggugurkan kesnya. Pelbagai provokasi cuba dibuat AnWAR agar PM dan kerajaan dilihat mencampuri urusan kehakiman, namun hanya penyokong AnWAR yang tidak rasional itu saja yang mempercayainya.

Inilah antara sebab mengapa AnWAR beria-ia mahu menggagalkan peralihan kuasa kepimpinan negara tempohari. Pelbagai usaha dibuat AnWAR, namun ketentuan Allah itu tetap benar. Kini AnWAR dilaporkan cuba membina 'jambatan' dengan DS Najib. Sementara di depan penyokongnya AnWAR mencaci dan menghina PM, di belakang penyokongnya, AnWAR menghantar beberapa utusan kepada PM.

Sebenarnya niat AnWAR terarah kepada campurtangan cabang eksekutif agar menggugurkan kes liwat beliau. Namun PM sendiri tentunya lebih tahu 'game' yang cuba dimain oleh AnWAR dan PM tahu bagaimana untuk 'react' dari tindakan AnWAR ini. Seperti slogan PM, " 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", tentunya PM sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dari mengutamakan kes AnWAR yang merupakan krisis moral beliau sendiri....

100 hari pertama DS Najib sebagai PM benar-benar membuat AnWAR sesak nafas. Mahu maju ke hadapan, berundur ke belakang, bergerak ke sisi kiri atau kanan, semuanya serba tak kena buat AnWAR! Sikap keterbukaan kerajaan bakal mematangkan rakyat untuk menilai siapa AnWAR Ibrahim sebenarnya.....

"SELAMAT 100 HARI SEBAGAI PM YAB DATUK SERI NAJIB"

Sekian.......

7 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..ANUWAR X DPT LARI LG..PELUANG DIA NAK KENCING LG DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG JLN DAH!..CUMA SAMBUTAN POSTER "SELAMAT DTG KE PENGINAPAN SG. BULOH" YG AKAN KELIHATAN HUHUHU

Anonymous said...

bro,

milik siapa banglo kat blog aku tu?
komen la sket kat situ..

Bangsaku said...

Hajat Tanpa Usaha Takkan Brjaya...Cuba Sungguh2.. Buang Melayu dan Buang Bumiputra... Hajat Hati Ka Putra Jaya.. InsAllah Thn Depan Ana ka Sungai Buluh la jua

kuga said...

Quote;

Kini AnWAR dilaporkan cuba membina 'jambatan' dengan DS Najib.


Jgn jadi paklah- melepas babi tersepit.

Anonymous said...

ALLAH maha berkuasa..yang benar tetap benar......manusia lahanat ini akan mendapat balasannya.....secara perlahan lahan...PERCAYALAH...

poyosede said...

Teruskan perjuangan DS Najib..Jangan kasi muka sama itu PAS PKR . Mereka itu bangsa Melayu ISLAM yang tak sedar yang mereka itu nak kena jual !

Anonymous said...

org muda loni

100 hari, apa benda, Manek urai tetap kalah walupun bejuta juta juta wang digunakan, ingat menang 12000 majoriti dengan wang sebanyak tu, lepas kalah, umum naik kadar tambang tu , tambang ni, api naik, inilah tradisi BN, 'barang naik'ore umno dan puak BPN suka gila sampai nak terberak dengan berita ni.

tunggulah PRU 13 nanti, aku antara orang yg akan memampooooooooh BN gila yg tak pernah insaf menzalimi rakyat.


Maaaaammmmmpooooooohhhh BN