Thursday, July 9, 2009

AnWAR OBSES BERBAHASA INGGERIS

1. PPSMI akan kembali ke bahasa Melayu 2012. Menjelang tarikh pelaksanaan sepenuhnya, pelbagai langkah akan dibuat agar kepentingan semua dipelihara. Kerajaan tidak hipokrit apabila akui bahawa PPSMI tidak gagal sepenuhnya. Apa pun, tahniah kerana mengakui dasar yang diperkenalkan itu perlu penambahbaikan dalam pelaksanaannya.

2. Pembangkang pun tumpang sekaki dalam menaikkan 'rating' isu ini. Mereka akan mendabik dada kononnya merekalah yang membuatkan kerajaan merubah dasar yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Sementara itu mereka akan terus menempelak pula nanti kerana usaha kerajaan yang menumpukan penambahbaikan Bahasa Inggeris. Apakah cukup merubah pengajaran dalam Bahasa Melayu sementara Bahasa Melayu terus diabaikan. (asyik bangkang je..)

3. Ketua Pembangkang amat hipokrit dalam isu ini. W/pun ini tampak remeh, tapi sebagai 'pejuang bahasa' kononnya, AnWAR perlu laksana apa yang dikata. Sepanjang perbicaraan kes liwat beliau yang lalu, AnWAR begitu teruja menggunakan Bahasa Inggeris. Barisan pendakwaraya tika itu mencadangkan perbicaraan dalam Bahasa Melayu, namun ditolak AnWAR dengan mengatakan Bahasa Melayu tidak cukup kuat untuk beliau berhujah!

4. AnWAR juga menggunakan Bahasa Inggeris mengendalikan mesyuarat pakatan pembangkang. Kit Siang, Guan Eng, Sivarasa, Tian Chua, Khalid Samad juga selesa menggunakan 'medium' Inggeris mengutarakan pendapat mereka dalam mesyuarat. Sebagai 'Pejuang bahasa' (kononnya la) AnWAR perlu mendidik mereka agar menggunakan Bahasa Melayu. Barulah Sivarasa, Wee Choo Keong, Zaid Ibrahim boleh bertutur Bahasa Melayu dengan baik. Dengan Syed Husin pun AnWAR lebih banyak bertutur dalam Bahsa Inggeris w/pun Syed Husin lebih selesa berbahasa melayu!

5. AnWAR juga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu dalam keluarganya. Nurul Izzah sehingga hari ini berucap dalam Bahasa Melayu seperti 'terjemahan dari teks Inggeris'. Semua anak-anak AnWAR terdidik dalam penggunaan bahasa Inggeris secara maksima. Dua anak bongsu AnWAR bersekolah di Sekolah antarabangsa di Mont Kiara yang tentunya menggunakan 'medium' Inggeris. Wan Azizah juga cukup bangga dengan loghat 'Irish' hingga bergulung-gulung lidah bila bicara dalam bahasa Inggeris.

Adalah menjadi hak AnWAR bagaimana mahu mengatur keluarganya, namun setiap kali AnWAR mendakwa dirinya pejuang Bahasa Melayu, saya tersenyum sinis melihat 'lakonan' AnWAR. Saya hanya melihat beliau berbicara menggunakan Bahasa Melayu setiap kali berceramah di tempat umum, bermesyuarat dengan pimpinan PAS (itupun diselitkan juga frasa-frasa Bahasa Arab yang dihafal) dan bicara melalui telepon dengan Nik Aziz dan Hj. Hadi.

Isunya mudah, bagaimana hendak melihat Lim Kit Siang berbicara Bahasa Melayu dengan baik jika AnWAR sebagai ketua mereka tidak menunjukkan contoh yang baik. Apakah nanti jika mereka berkuasa, perbahasan di Parlimen akan dibenarkan dalam Bahasa Inggeris (melalui pindaan undang-undang). Sebagai manusia bermaruah, AnWAR perlu mengotakan apa yang dikatanya. Merenung kata-kata Rendra yang juga sahabat AnWAR, "kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kepada perjuangan". Ada benarnya juga AnWAR telah khianat kepada perjuangan yang telah diasaskannya sebagai pejuang bahasa.......

Sekian.

14 comments:

najamarine said...

salam bro...

hehehhehhe...dah munafik bro,depan lain belakang lain la.tgk la kalau ade org menempelak dia pasal isu bahasa ni,jawapan seorang yg pakar dalam putar belit..orang kampung bole la dia ni nak belit...

bukan sume org termakan dengan omongan si peliwat tegar ni bro..tapi ade yg tahu buat2 tak nampak je.sume pemimpin2 PR tahu akan hal liwat ni,tapi amik sebagai berkecuali..

kesian tgk penyokong2 diaorg di perbodohkan,di buta tulikan..yg kebanyakkannya orang beragama islam dan sebangsa dengan kita.

x-pkr said...

naja,,,

mmg terlalu byk hipokritnya, lps tu dia divert isu brp byk lagi menteri yg buat mcm tu....

Kita akui tapi menteri2 tu tak de la susah payah nak tonjolkan diri pejuang itu dan ini.....

AnWAR bpk hipokrit la mcm tu gamaknyer ye...

Anonymous said...

Salam tuan blog...

Harap jgn tuan terlalu mengharap agar annuar bermaruah... maruah beliau sememang nya sudah maruahnya hilang ditelan zaman akibat pengaruh dan kuasa... tak perlulah pembangkang mendabik dada isu PPSMI... teringat saya pada kata2 MP bukit mertajam yang tak mampu berbicara fasih dalam bahasa melayu... katanya ini produk pendidikan Malaysia... tapi bagaimana pula dengan DS presiden MCA.. beliau fasih berbahasa melayu... beliau juga produk pendidikan Malaysia.. sememangnya mereka (dibaca PR) lakukan hanya untuk kuasa... tak perlu dibanggakan dengan anuar yang hanya mahu mendapatkan sokongan... mimpinya ke putrajaya tidak pernah padam.. haram kesnya di mahkamah boleh menghantar beliau menginap di hotel sungai buluh...

terima kasih tuan blog..

Generasi Pejuang Bangsa said...

Anwar mmg kita tahu hebat dlm berbahasa inggeris ..itu mmg aku tak nafikan . Mereka keluarga berada ,memang anwar akan ajar anak2 dia bercakap bahasa inggeris di rumah.

tapi kalau sampai ke meeting pKR pun bahasa inggeris kira memang tolak tepi la juga bahasa melayu ini. Mungkin mereka boleh bg alasan kita parti bilang kaum tp negara ini yg rakyatnya semua kena tahu cakap bahasa malaysia .. itu nama rakyat malaysia

nasdin said...

salam bro,,,

anwar pejuang bahasa? sekolah di stowell BM, High school BM, MCKK semua medium English.

masuk um tiba2 jadi pejuang bahsa melayu? MMg aku tak caya mamat ni...

x-pkr said...

anon,,,

setuju dgn sdra, apa lagi yg kita boleh hrp dari AnWAR selain lakonan beliau semakin menjadi2 skg?

PB,,,

itula...jika AnWAR sendiri mulakan dgn bahasa asing, takkan kita nak harap Kit Siang dll berbahasa melayu.

Kit Siang, Guan Eng ceramah bhs melayu tunggang terbalik pun org melayu tepuk tgn....

nasdin,,,

tahniah, sdra dari Cherok Tok Kun ker?

Unknown said...

DSAI layak terima pelakon putar belit peringkat global.... Andai la ada anugerah itu saya menyokong undi terhadap anugerah tersebut. Apa pendapat sahabat?

Anonymous said...

Amboi bukan main hebat lagi menyokong pembangkang marahkan menteri sebab hantar anak-anak ke sekolah antarabangsa. At least Hishamuddin belajar di Victoria Institution dan anak-anak Datuk Pirdaus di Convent.

Anak-anak Anwar di Mont Kiara rupanya. Teruskan pendedahan.

Anonymous said...

Anwar munafik!

x-pkr said...

ibnusulaiman,,,

ana sokong sheikh...(bukan pak sheikh aaa)

anon...
t/kasih

Anonymous said...

Inilah yang Machievelli sebut sebagai 'Political Animal" - di Malaysia Anwar adalah antara murid handalan Machievelli walaupun dalam cakap2nya dia selalu sebut kata2 penulis arab, indonesia, ulamak dll. Sebenarnya itulah ajaran Machievelli.

Wajar sekali di promosikan gelaran ANWAR SI POLITICAL ANIMAL dimasa depan. drali

azienmat said...

Bro bukan munafik, tp dasar tak mahu orang lain maju.
Sahabat2 & Sedara2 kalau nak maju dan berjaya jangan harapkan orang lain, tiada siapa boleh diharap lagi. Terpaksa usaha dan fikir sendiri utk maju dan berkuasa lepas ni.

Anonymous said...

BERTENANG BRO..kita teruskan menonton lakonon manusia lahanat ni....moga ALLAH bersama kita..

Anonymous said...

Benarkah dakwaan ini?Ada bukti??