Saturday, July 4, 2009

AnWAR PERLU SALAHKAN DIRI SENDIRI !

1. Krisis Pakatan Pembangkang mewarnai kancah politik tanahair minggu ini. PAS, PKR dan DAP sedang mengalami saat-saat sukar dalam 'ikatan' pembangkang. Perasaan tidak puashati sesama sendiri tidak dapat dibendung lagi!

2. Lim Kit Siang kedengarannya amat bersetuju dengan tindakan DAP Kedah setelah pertemuan 2 jam dengan Pengerusi DAP Kedah, w/pun cuba berlapik mengatakan keputusan penuh akan dibincang di peringkat j/kuasa tertinggi DAP minggu depan. Hj. Hadi dan Nik Aziz masih berdiam diri w/pun desakan dari ahli PAS agar segera bertindakbalas!

3. Ketua Pakatan Pembangkang menyalahkan media atas apa yang berlaku. "Sudah terang lagi bersuluh", dan "bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa". Itulah pepatah tepat ditujukan kepada AnWAR. Di Pulau Pinang sendiri DAP dan PKR kini saling menyindir dan mempertahan parti masing-masing.

4. Sekadar berkongsi pengalaman, inilah perangai AnWAR, enggan mengakui kelemahannya dan sering menunjuk pihak lain atas kelemahan dirinya. Selain tidak ikhlas untuk berpakat, AnWAR tidak menyelesaikan perbalahan ketika mengurus krisis. Beliau lebih senang mengalih tumpuan dan mencari isu lain untuk diperbesarkan. Tanyalah mantan-mantan pengikut AnWAR yang telah meninggalkan beliau!

5. Masalah yang sekarang melanda adalah hasil "Pakatan Pilihanraya" yang terbentuk dalam mas yang singkat. Fundamental perjuangan mereka juga amat berbeda. Jenama 'AnWAR' yang menyatukan mereka hanyalah sementara kerana mereka saling memperguna antara satu sama lain, tidak ikhlas menyokong dan mendokong sesama mereka.

6. Belum pun lama, bibit perpecahan antara mereka kian ketara, biarpun pemimpin mereka cuba menutupnya. Hubungan mereka "nampak tenang di permukaan, tetapi bergelora di bawahnya". Mereka cuba berbuat apa yang dibuat oleh BN dalam pakatannya, namun lupa muafakat BN dihasilkan atas rasa murni, luhur dan toleransi manakala pakatan pembangkang diasaskan dari rasa dendam, kebencian dan manipulasi antara mereka.......

Salam Hormat.

8 comments:

penyair dari gunung said...

hahahaha...suzana manja sudah gabra sekarang!!!

Mohd Sufian said...

SALAM Bro, Kalau dan jiwa membangkang... Sampai masuk liang lahad sekali pun 100% salahkan Kerajaan jelah kerjanya, tak mahu salahkan diri sendiri terlebih dahulu a.k.a Muhasabah diri. :D

maskadove said...

anwar tu anwar lah... ulasan dia hanya hentam kromo saja... utara kata ikut dan saja... yang mana ikut teradap... main ikut sedap... tak kra depan mau pun belakang... balun saja...
yang nombot 2 pulak awat pak lebai ulam mak nik ajis tak berkokok pun... lebih krung macam jalak lenteng lah... poyo pun poyo jugak lah... tapi nak buat macam mana... macam mana telo pun , talibarut kata baguih jugak....

AnTi AljUbuRi said...

anwar al juburi memang celaka!! Semoga Allah melaknatnya di dunia !!!

najamarine said...

betul la bro...dari 8mac thn lepas lagi dah terang2 mereka hanyalah berpakat untuk pilihanraya..selepas menang masing2 menunjukkan belang.selepas memenangi beberapa buah negeri,mereka dengan rakus mengambil kesempatan dengan mempergunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri bukan untuk rakyat..

yg paling menyerlah ialah PKR,hanyalah parti perpecahan yg berasaskan dendam dan tamakkan kuasa.mudah mengambil kesempatan di atas situasi politik semasa.AnwarIbrahim adalah punca segala kerosakkan yg berlaku.sebeanrnye PAS dan DAP sedar akan hal ini tetapi hanya ingin mengambil kesempatan ke atas PKR untuk menang pilihanraya..

tahniah PAKATAN RAKYAT kunun..

Mr y said...

salam mr xman. kerna pikir PR sajalah maka PKR teruk => kerna pikir Pilihan Raya sajalah..maka.. Penang Kedah Rosak teruk.

Anonymous said...

Saya berpandangan krisis di Kedah adalah perancangan Anwar dan Lim Kit Siang untuk memulas tangan PAS ke belakang.Anwar dan DAP tidak mempunyai senjata yang ampoh untuk menghalang Kerajaan Perpaduan, ugutan merupakan jalan yang terbaik untuk Anwar dan DAP bermain tarik tali dengan PAS.Anwar telah guna strategi UGUTAN ini berlambak2 kali semasa berkuasa dalam UMNO dulu!!

PAS ada pilihan samada utk meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan, akibatnya Jatuh Kerajaan PAS Kedah yang mengharapkan beberapa ekor ADUN PKR ataupun Lupakan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan PAS selamat. Anwar gunakan DAP sebagai umpan pertama dan berlindung dibelakang DAP untuk Memulas Tangan PAS KeBelakang. Kesian kat PAS no.....dok tak paham2 lagi politik Anwar dan DAP. Jika hipotesis ini benar, Jalan kearah Kerajaan Perpaduan di Negeri Kedah sebenarnya semakin dekat..., lupakan DAP, lupakan PKR, ADUN UMNO sedang menunggu untuk mempertahankan kerajaan PAS Kedah, demi untuk Islan dan bangsa kita. Tapi kalau mata pemimpin PAS masih kelabu....PAS sedang 'digging their own grave deeply....drAli

x-pkr said...

penyair gunung,,,

dah tak manja lagi dah.....

sufian,,,

asyik terbayang putrajaya je...tu yg tak npk benda lain dah...

maskadove,,,

penyokong depa tak npk apa dah...anwat jugak yg untung...

naja,,,

AnWAR PKR (pun kaki rasuah) jugak...

Mr. Y,,,

PKR (pun kaki rasuah) hehehe...

ali,,,

setuju...