Tuesday, July 7, 2009

AnWAR PKR (PUN KAKI RASUAH)

1. Ketika menjadi Menteri Kewangan, AnWAR berselindung di sebalik 'Program Kontraktor Wibawa' untuk menganugerahkan banyak projek-projek utama kerajaan kepada kawan-kawannya dlm bidang pembinaan. Lankhorst Pancabumi Sdn. Bhd., TRC Sdn Bhd, Johawaki Sdn Bhd dan Pembinaan Ahmad Zaki Sdn Bhd sering memperolehi kontrak-kontrak besar kerajaan w/pun 'rotation' bagi mendapatkan projek adalah bergilir di kalangan 200 kontraktor binaan.

2. Saya tidak pertikai syarikat-syarikat yang telah disebutkan, kerana mereka 100% bumiputera. Sekarang pun ada antara syarikat tersebut telah gulung tikar dan hidup segan mati tak mahu. Namun ada juga yang berjaya mengharungi rintangan dan kekal bertahan hingga kini. Saya dimaklumkan penganugerahan projek-projek tersebut adalah 100% kuasa Menteri Kewangan serta tidak boleh dicabar w/pun melalui proses perundangan. Ini yang wajar dipertikaikan! KUASA MEMBERI PROJEK!

3. AnWAR juga telah menganugerahkan projek penyelenggaraan sekolah seluruh Sabah dan Sarawak kepada Datuk Sng Chee Hua, jutawan Sarawak, pernah menjadi rakan niaga Datuk Ibrahim Abd. Rahman (bapa AnWAR) dalam SAAG Bhd. Rumah mewah Datuk Ibrahim (2 buah bersebelahan) di Country Heights, Kajang yang bernilai RM?? juta adalah faedah semasa menjadi Pengarah di SAAG Bhd. dan IOI Corp. Bhd, semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan.

4. AnWAR pernah juga menarik anugerah projek pembinaan Hospital Slim River dari Tabung Haji Construction untuk diberi kepada Health Solution Sdn Bhd, sebuah syarikat yang induknya di Singapura. Pengarah Urusan Health Solution, Desmond Teoh sering mengunjungi AnWAR di KL dan Desmond kini rapat dengan YB Malek Kassim (Exco PPinang). Health Solution dalam rangka melobi beberapa projek di PPinang menggunakan AnWAR dan Malek, namun menghadapi beberapa kesukaran teknikal yang berkaitan kuasa kerajaan pusat.

5. Berkaitan penarikan projek Tabung Haji Construction, TS Hamid Othman (bekas Menteri JPM) menyedari dan kesal dengan tindakan AnWAR. Berkaitan dengan Datuk Sng Chee Hua pula, kos hiasan kayu dalam bahagian rumah AnWAR di Segambut ditaja oleh Datuk Sng Chee Hua. Kayu tersebut dibawa dari Sarawak. Perkara ini diurus oleh bekas pegawai AnWAR yangbertanggungjawab dalam media, kini usahawan berjaya.

6. AnWAR masih punya sebahagian adegan video V.K. Lingam yang tidak mahu diserahkan kepada SPRM, w/pun diminta berbuat demikian. Kini beliau menggunakan sebahagian video tersebut untuk 'bargain' pemilikan bangunan PKR yang didaftarkan atas nama 'seorang ahli keluarga yang dipercayai'. 'Deal' tersebut amat mudah, pemilik premis (Tropicana) harus bersedia 'memudahkan' urusan pemilikan dan AnWAR tidak akan mendedahkan sebahagian lagi isi kandungan video tersebut, sekurang-kurang buat masa ini. (Sudahlah sumber pembiayaan pejabat PKR dari wang judi, prosesnya pula dari kegiatan RASUAH....)

Apakah tindak-tanduk AnWAR itu bukan rasuah namanya. Jika orang lain buat itu rasuah, jika AnWAR yang buat, mahu disebut apa ? AnWAR ini licik orangnya, dipercayai segala perlakuannya ini tidak meninggalkan kesan, ahli PKR sendiri tahu AnWAR mengamalkan ini, namun sering terpedaya dengan alasan remeh AnWAR, namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kan jatuh ke tanah jua.................

Sekian.

8 comments:

Anonymous said...

Bapa Anwar ada ladang di Sandakan, kawasan Sakilan, Ladang Dato' Ibrahim. tp sign board sdh turun masa beliau jd TPM tu.

denaihati said...

Bro tumpang guna pendedahan ini di http://1-malaysia.blogspot.com

x-pkr said...

denai,,,

silakan......

Anonymous said...

Kalau nak cerita tentang Anwar disemua zaman dari tahun 1982(ahli UMNO biasa)hingga tahun 1997 (timbalan perdana menteri/menteri kewangan) mungkin 1001 malam pun belum habis2 crita rasuah, maksiat judi, salah guna kuasa dan serba mak nenek lagi.Anwar adalah Political Animal yang memenuhi ciri2 dan sifat2 yang sewajarnya sebagai Political Animal.

Tetapi mengapa selepas dipenjarakan bagi Pemimpin PAS/DAP dan penjilat Anwar dalam PKR mereka menganggap Anwar telah dibersihkan sebersih2nya?? sedangkan kesan dari Political Animal Acts anwar itu boleh dilihat merata2 sehingga kini masih ujud dan terus berfungsi lagi.

Betullah buku tulisan Prof Shahnon - SHIT, Anwar adalah umpama Najis yang dibasuh cuci dikulitnya tetapi ain Najis tetap ujud sampai bila2 dalam dirinya.

Itu pun masih ada Pemimpin Pembangkang mengajak pengikut mereka berdemo semasa perbicaraan Anwar nanti......wap najis diri Anwar telah memabukkan penyokong2nya!! semoga mereka yang tidak berdosa diselamatkan dari wap najis diri Anwar . drali

x-pkr said...

drali,,,

setuju dgn sdra.....

Singh Is Kinng said...

Salam Mr X-Man,

Satu pendedahan yang menarik.

Tetapi saya cuba mencari fakta mengenai peranan YB Kamaruddin Jaafar dalam menentukan pengagihan kontrak semasa Anwar jadi MOF.

Wassalam.

x-pkr said...

Mr. Singh,,,

setahu saya Datuk KJ ni c/man lankhorst. Dia tukang lobi projek jer. Sapa nak dpt projek cpt atau yg besar2, kenalah sumbang byk kat IKD.

atau pun sumbanglah kpd FIM, Forum Ilmuan Islam, medan AnWAR menunjukkan keintelektualannya kpd bizman2 yg tak mau pi masjid belajar, tapi nak dkt dgn AnWAR yg kononnya islamic, maka itupunn bizman ni pun kena npk islamic....

tak kira sykt yg bukan Datuk KJ ada kepemtingan, asal saja donate byk kat IKD atau FIM, Datuk KJ leh tolong lobikan projek...

yg Datuk KJ punya syer dlm sykt awam (listed co.) belum kira lagi....

Anonymous said...

Bro X,

Anything on Arus Murni Sdn Bhd? Dedah sikit..!

Anonymous GSX-R